Seperti dimesej oleh mak pagi tadi, sekarang aku sudah selamat masuk kedalam kereta. Sebelum balik dari kolej, sir Fitri memberitahu bahawa aku diberi kelonggaran untuk cuti berehat buat seketika. Dengan perasaan berat, aku terpaksa akur dengan keputusan sir walaupun hati aku berat sangat mahu meninggalkan Kasturi dan kawan yang lain.
Harap sangat selama ketiadaan aku dirumah sewa, semuanya dalam keadaan baik sahaja. Harap sangatlah.
"Adik ada masalah ka?" Soal mak dibahagian kerusi penumpang. Manakala ayah cuma diam sahaja. Barangkali mahu aku tenang dahulu.
"Tak ada la mak. Banyak assignment ja."
"Takkan sebab assighment boleh kena histeria kot?" Sindir mak.
Aku tarik nafas panjang sebelum buka bicara. "Mungkin lah kut." Malas-malas aku menjawab.
Aku dengar mak merengus. "Awat adik tak bagitahu yang kawan adik meninggal?"
"Adik takmau mak risau."
"Tak risau adik kata? Bila mak tahu yang dia meninggal disebabkan kena bunuh, lagi mak risau. Adik pula tak telefon mak lepas kejadian tu."
"Adik selamatlah mak."
"Sekarang memang selamat. Nanti? Mak tak kira, mak nak adik berhenti belajaq."
Terbeliak terus mata aku saat mendengar keputusan dari mak. Bagai tak percaya dengan apa yang mak katakan. Kalau aku berhenti belajar macam mana aku nak selesaikan masalah ni. Macam mana aku nak selamatkan nyawa orang lain dan rungkaikan sebab sebenar siapa si pembunuh.
"Adik tak mau berhenti belajaq, mak. Adik selamat ja tak ada benda buruk jadi pun. Mak janganlah risau." Aku membangkang keputusan mak.
"Nak tunggu jadi benda buruk dulu baru nak berhenti belajaq? Mak tak kira. Mak nak adik berhenti belajaq."
"Mak...." Meleret suara aku dikeluarkan dari kerongkong.
"Tak payah lah paksa dia. Kalau dia cakap tak mau, tak payah lah paksa. Inshallah, dia selamat. Kita doa lah baik-baik." Garang ayah mencelah.
"Abang tau dak yang dekat kolej dia ni ada kes bunuh? Lepastu yang kena bunuh ialah kawan dia sendiri. Cuba lah abang fikir kalau jadi apa-apa dekat Inayah. Susah hati saya, bang." Rungut emak dingin.
Ayah hanya membatukan diri. Tidak pula mahu menjawab setelah mendengar apa yang ibu katakan. Barangkali memikirkan antara logik dalam satu cerita.
"Sir Fitri habaq dekat ayah. Dia suruh adik berehat dekat rumah seminggu. Selagi adik tak sihat selagi tu duduk rumah." Ayah menambah lagi.
"Tapi ayah..."
"Tak ada tapi tapi. Betoi kata mak tu. Sejak semenjak ni kes bunuh bersiri semakin meningkat. Ayah pun risau jugak kalau jadi apa-apa dekat adik." Ayah jeda sebentar bicaranya. Mengambil nafas bagi menyambung bualan.
"Kalau adik ada masalah cepat-cepat bagitau. Jangan sorok apa-apa. Ayah dengan mak takmau adik dok pendam perasaan. Satgi jadi apa apa susah pulak." Pesan ayah padaku.
Aku sekadar mengangguk. Tidak terkeluar apa apa balasan. Kalau boleh aku mahu menceritakan segala benda yang aku alami. Tapi, otak aku tidak mengizinkan ia melepas kata.
Entahlah, rasa sekarang ini aku berada di dunia puzzle. Bersimpang siur mahu menyelesaikan masalah. Bercabang panjang bagai tiada hala tuju. Kalau tersilap langkah, mungkin nyawa aku boleh ditukar ganti. Aku mahu selesaikan kes ini secepaat yang mungkin. Kemudian, baru boleh aku berehat lama.
Beberapa minit kemudian, aku terjaga dari lena. Rupanya aku terlelap sekejap dalam kereta. Mata digosok menghilangkan kabur. Aku pandang keadaan sekeliling. Dipenuhi pokok bakau tebal. Aku mulai resah. Harap sangat aku bukan berada di dalam alam mimpi. Aku taknak mimpi yang sama berulang lagi.
YOU ARE READING
SEMESTER DUA ( C )
Mystery / Thriller'Kata orang, berhati-hati dalam membeli barang. Kelak, buruk padahnya.' Sejak Inayah Nilliyyah melangkah masuk ke semester 2, banyak tragedi aneh yang berlaku terhadap dia. Kerap kali dia bermimpikan lembaga yang tidak tahu dari mana asal usulnya. S...