Bas depan mata aku perhati tanpa perasaan. Mimpi itu masih ada dalam kepala. Aku makin serabut. Sudahlah aku pening dengan assignment yang banyak, tambah pulak mimpi mengerikan semalam. Ah! Lagi buat jiwa aku tidak tentu hala.
"Nil, kau okey tak?" Kasturi menegur aku disebelah.
Lambat-lambat aku angguk kepala. "Aku okey." Dua patah perkataan aku balas. Mulut aku tak berdaya nak bercakap banyak. Tubuh rasa lemah tidak bermaya.
"Aku tahu kau tak okey." Selar Kasturi. Tangannya diangkat memeluk tubuh.
"Aku nak kau cerita dekat aku apa yang kau mimpi semalam. Aku tahu bukan harimau yang kau mimpi."
Mendengar tekaan dari Kasturi buat aku dipagut rasa gusar berkali-kali. Hembusan nafas berat aku lepaskan. Air mata mahu keluar dari kelopak mata tapi aku tahan jangan menitis. Aku tak mahu Kasturi tahu apa-apa. Aku tak mahu kawan-kawan aku cemas.
"Nanti-nantilah aku bagitahu. Sekarang jom naik bas. Sir Fitri dah datang." Aku cuba mengelak.
Bag galas aku ambil dan berjalan masuk kedalam bas. Dari hujung mata aku nampak Kasturi terpinga-pinga dengan kelakuanku saat ini.
Sesampainya dalam perut bas, aku mengambil kerusi didepan sedikit. Memudahkan untuk aku keluar andai bas berhenti mana-mana. Seperti dijanjikan, sebelah aku diduduki oleh Kasturi.
Sepanjang perjalanan, aku tidak berbicara bersama Kasturi. Dia tanya sepatah aku jawab sepatah. Bukan niat aku mahu mengabaikan dia tapi sekarang fikiran aku terganggu sangat-sangat. Mimpi semalam benar-benar buat aku tak nyaman. Lembaga berambut panjang. Mata sebelah warna putih dan sebelah lagi terjojol mahu keluar. Gigi tajam bagai ikan piranha. Lidah panjang dan cengkung. Yang paling mengerikan akal, muka sarat dengan ulat dan berbau seperti bangkai!
Ah! Sungguh aku tak boleh lupa. Benda tu seakan terus menapak dalam minda. Tidak langsung mahu keluar dari ingatan.
"Nil, kalau kau ada benda nak cerita bagitahu je aku. Aku tak nak tengok kau serabut macam ni." Kasturi menegur.
"Kalau aku cerita apa yang berlaku, kau mesti akan serabut sekali. Aku tak nak kau tahu apa yang berlaku dekat aku semalam. Biar jelah benda tu jadi rahsia." Bantah aku. Mata merenung lembut mata redup Kasturi. Jelas terpancar wajah yang risaukan aku.
"Tapi Nil, kau tu kawan aku. Mustahil aku tak tolong kau."
"Aku tak nak kau tolong aku Kas. Aku boleh tolong diri aku sendiri."
Ungkapan itu aku luahkan. Biarlah buat sementara waktu aku fikir cara untuk selesaikan sendiri. Lagipun mimpi itu baru sekali datang menjelma. Aku tak boleh letak banyak sangkaan ke atasnya. Kadang-kadang ia hanya mainan tidur.
"Baiklah kalau macam tu," ujar Kasturi agak sedih. Dia pun mulai pasrah dengan kedegilan aku.
Sekali sekali, aku paling kepala ke belakang. Dipandang satu per satu wajah kawan sekelas. Yang anehnya, ada seorang yang aku tak nampak. Dia adalah Umai. Takkan dia tak ikut site?
Kalau ikutkan, apa yang subject studio suruh buat... wajib semua pelajar ikut termasuk pergi site. Benda itu sangat penting bagi pelajar perancangan bandar. Mana agaknya Umai pergi. Sudah lama dia tak balik ke rumah sewa. Hanya terserempak ketika berada di kelas saja. Itupun tidak bertegur sapa. Macam aku cakap dulu. Kami serumah tidak rapat dengan si Umai dari semester satu. Melihat perangainya pun sudah tahu dia spesis bagaimana.
Pada awalnya, kami pelik kenapa tiba-tiba Umai datang ke rumah sewa dan mahu duduk bersama kami. Bukan apa, kami memang tak rapat dengan dia dari dulu. Tapi lepas aku selidik, rupanya Kasturi yang ajak dia menginap disini memandangkan ketika itu Umai tak ada kawan.
YOU ARE READING
SEMESTER DUA ( C )
Mystère / Thriller'Kata orang, berhati-hati dalam membeli barang. Kelak, buruk padahnya.' Sejak Inayah Nilliyyah melangkah masuk ke semester 2, banyak tragedi aneh yang berlaku terhadap dia. Kerap kali dia bermimpikan lembaga yang tidak tahu dari mana asal usulnya. S...