BAB 6

82 3 0
                                    


"Aku tahu kau dengar."

Huh! Aku lepas keluhan. Telinga aku masih belum pekak untuk mendengar segala bait bicara semalam. Tambahan pula, Umai duduk dekat di sebelah aku. Kalau dia buat voice call pun aku boleh dengar, apatah lagi dia cakap ibarat memberi amaran pada aku. Argh! Umai dah gila. Kasturi pun dah nak gila.

"Nil, kau masih dalam bilik air ke?" Bunyi ketukan pada bilik air kedengaran. Suara Aikah memanggil. Aku pejam mata seketika sebelum menyahut. Sudah lama aku duduk dalam bilik air. Bukan takut atau getar mahu bertembung mata dengan Umai. Tapi, aku takut kalau aku mampu mencetuskan perbalahan besar diantara kami.

"Ya, aku kat dalam ni. Kejap lagi aku keluar." Putus aku.

"Baik. Jangan lama sangat tau. Dah nak gerak pergi kelas," sempat Aikah menitip pesan. Aku hanya membalas okey kepadanya.

Cermin tandas aku pandang sejenak. Perlahan aku hembus nafas berat. Air paip aku buka lalu membasuh muka. Otak aku masih dibelenggu dengan apa yang sedang terjadi sekarang. Aku perlu bertanya kepada Umai. Siapa lelaki semalam dan kenapa dia dan Kasturi terlibat sama.

Sungguh aku tak suka apa yang sedang terjadi. Baru masuk semester dua sudah ada perkara tidak enak berlaku. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku cekik leher Si Umai memberitahu hal sebenar. Namun, bila difikirkan balik Kasturi pasti akan terkena tempias dan nyawanya mungkin dalam bahaya.

Tapi kejap...

Bagaimana aku boleh percaya apa yang Kasturi cakap itu betul atau tak? Entah-entah dia hanya nak mainkan aku. Pada masa yang sama, Umai pun mengenakan rancangan yang serupa. Argh! Makin lama makin serabut kalau aku selalu memikirkan hal ini. Silap-silap boleh jadi bakal pesakit tanjung rambutan tahun depan.

Tak tunggu lama, aku keluar dari bilik air. Bag laptop dan semua peralatan aku bawa keluar. Hari ini hari terakhir kelas sebelum cuti minggu. Boleh lah nak tenangkan fikiran sekejap meskipun aku tahu waktu cuti dua hari itu akan dipenuhi dengan assignment yang belungguk.

Bila aku turun saja kebawah, mata aku memandang kawan serumah didalam kereta. Kereta berjenama Proton Saga milik Aikah sudah banyak hari kami naiki. Nasib badan, tak payah susah-susah nak tempah grab pagi - pagi buta. Pernah sekali tu lambat pergi kelas gara-gara grab yang susah nak dapat. Kali ini dengan adanya kereta Aikah, boleh lah bergerak laju sikit.

"Kau buat apa dalam bilik air lama sangat Nil." Faima bertanya.

"Aku sakit perut. Maybe nak datang period." selamba aku mencipta alasan. Dan alasan itu menerima anggukan dari Faima. Bererti dia percaya dengan apa yang aku katakan.

Baru setengah jalan aku terperasan sesuatu. Umai tak naik kereta dengan kami.

"Guys... Umai tak naik dengan kita ke?"

"Tak. Awal pagi tadi dia dah keluar. Katanya dia pergi kelas dengan kawan dia." Damia menjawab. Aku hanya mengiyakan. Tak tahu sama ada betul atau tidak dia pergi kelas dengan kawan. Entah-entah dengan lelaki semalam.

Astagfirullahaladzim. Tak baik Inayah kau bersangka buruk dengan orang. Haih.

Kemudian aku melihat Kasturi. Sudah beberapa hari dia senyap. Bangun je terus macam mayat hidup. Aku perlu juga selesaikan hal ini secepat mungkin. Bila ia melibatkan polis, aku dapat syak kes ini mesti berat.

Ish. Sudahlah Kasturi dan Umai digelar seorang pelajar. Boleh merosot prestasi mereka dalam kelas. Atau lebih teruk kena buang kolej.

"Baik kelas. Seperti yang sedia maklum, minggu depan pada hari isnin kita akan berangkat ke Pulau Langkawi untuk tugasan studio kita nanti. Dan saya telah pun menempah beberapa buah bilik hotel untuk korang semua berehat disana. Jadi, saya mintak sangat-sangat korang semua buat tugasan dengan baik. Kalau ditakdirkan korang kena pergi balik ke sana, korang kena pakai transport sendiri bukan pakai bas kolej. Faham?" Panjang lebar Sir Fitri menjelaskan skop tugasan. Tangan aku dari tadi sibuk mencatat.

SEMESTER DUA ( C )Where stories live. Discover now