EPILOG

114 7 0
                                    


2 tahun sudah berlalu sejak kejadian mengerikan pada semester 2. Selepas kejadian itu, aku mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Aku tahu agak sukar untuk aku meneruskan pengajian dalam keadaan tertekan. Menjejak kaki ke dalam kolej semula buat diriku terasa takut tiba-tiba. Aku risau andai kejadian yang sama berulang lagi. Sungguh, aku takut. Malam-malamku tidak baik seperti selalu yang tidur bertemankan mimpi indah. Sekarang, aku lebih kerap mendapat mimpi yang menakutkan.

Mata aku kini sudah tidak seperti dahulu. Kerap kali aku ternampak bayangan jin yang melintas atau bergolek di tengah jalan. Ada juga yang lompat serta terbang. Aku tahu itu bukan kerja manusia. Tetapi iblis semata mata mahu menyesatkan umat manusia.

Dalam masa 2 tahun juga, aku sentiasa berulang alik pergi mendapatkan rawatan tradisional oleh ustaz yang sama merawatku ketika diserang histeria dahulu. Katanya, hijab mataku terbuka setelah mula berkenalan dengan 'mereka' di alam sana. Nak atau tidak, aku terpaksa menerima ketentuan yang telah ditetapkan.

Pada awalnya, memang aku tak selesa. Tapi lama-lama, aku sudah malas mahu melihat jelmaan jin yang datang didepan mata. Mindaku telah ditetapkan untuk tidak melihat mereka. Aku letih. Penat nak layan perangai sekor sekor jin yang menyesatkan.

Kini, aku sudah bernikah. Bersama seorang lelaki yang aku kenal ketika di zaman kolej dahulu. Firash Iskandar. Tanpa aku duga, dia memang sudah memendam perasaan kepada aku. Cuma, aku sahaja yang buat buat tak nampak. Yelah, aku pergi sana untuk belajar bukan nak bercinta.

Dialah yang membawa aku pergi merawat sehingga pulih. Tak jemu dia mengulang alik mendapatkan rawatan semata-mata mahu aku sembuh. Jujur aku sangat sayang padanya. Terima kasih suamiku.

"Sayang, nak makan bakso?" Firash menyoal disebelah. Kening terjongket mahukan jawapan.

Aku sekadar mengangguk. Setelah itu, Firash pergi ke bahagian kaunter untuk memesan makanan.

Sekarang, kami berada di Jakarta. Saja mahu mengambil angin di negara orang. Kononnya, mahu berbulan madu. Tapi aku tahu, disebalik alasan yang diberikan oleh Firash, dia mahu aku rasa tenang dari segala gangguan. Kerana itu dia membawa aku kesini.

"Nampaknya, Inayah sudah bernikah."

Aku terdiam. Gegendang telinga tiba-tiba disapa dengan suara garau seseorang. Air liur ditelan kesat. Takut - takut mahu menoleh ke tepi.

Setelah melihat siapa gerangan menyapa, terus aku melopong terkejut. Mata tidak berkedip memandang si dia.

"Mega?"

Dia tersenyum lebar setelah mendengar aku menyebut namanya. Busana yang terletak pada tubuhnya masih sama. Pakaian zaman dahulu. Di sebelah Mega, terdapat seorang wanita yang berpakain putih cantik. Wajahnya berseri seperti orang melayu zaman dahulu.

"Apa kau buat disini?" Aku menyoal Mega perlahan. Aku tahu hanya aku seorang sahaja yang dapat melihatnya bukan orang lain.

"Aku berada di mana-mana sahaja, Inayah. Perkenalkan ini isteri aku. Ardayanti."

Aku melempar senyum pada isterinya. Nama cantik seperti orangnya.

"Kau pergi mana selama 2 tahun? Apa yang terjadi selepas kau berlawan dengan dia?"

Mega diam seakan mahu memproses apa yang sudah berlaku 2 tahun dahulu.

"Aku mengalami luka parah dan aku kena hukuman sama bapaku kerana keluar dari dunia ghaib. Sebab itu kau tak nampak aku selama ini." Dia senyum miring mengkhabarkan berita duka tersebut.

"Maafkan aku Mega. Disebabkan aku kau jadi macam ni. Tapi kita masih boleh jumpa kan?" Tanya aku sedikit ceria.

Anggukan diberikan pada Mega sambil tersenyum kecil. Tangannya dibawa masuk kedalam kocek untuk mengambil sesuatu. Setelah dapat, dia berikan barang itu padaku.

SEMESTER DUA ( C )Where stories live. Discover now