"Dahi kau dah kenapa Nil?" Soal Faima sebaik sahaja aku selamat tiba di pangsapuri. Badan yang terasa lenguh, aku baring sekejap di atas katil empuk. Ah! Lega rasanya.
"Aku jatuh tangga. Nasib baik tak kena jahit." Balas aku mendatar. Mata dipejam sekejap. Tangan sebelah letak diatas perut manakala sebelah lagi aku letak di dahi. Masih aku kekalkan cara aku tidur walaupun aku sedang sakit. Sike!
"Bapak lah. Penat gila! Pispa ni tak bagitahu pun nak buat kawad. Dah lah kaki aku sakit," rungut Kasturi di pintu bilik. Beg galasnya dia lempar ke tepi. Muka sikit pun tak ada senyum.
Kemudian matanya melirik kepadaku. Dia tercengang melihat aku sedang elok berbaring atas katil. Tadi teruk sangat dia barai. Nampak muka aku terus bertukar bahagia.
Biasalah, bestie!
"Eh, Nil. Sejak bila kau balik?"
"Sejak tadi." Olok-olok aku menjawab. Saja nak bergurau dengan Kasturi. Dah seminggu aku tak jumpa dia sejak balik rumah haritu.
Kasturi menjeling matanya naik keatas. Marah lah tu dengan balasan sembrono dari aku tadi. Haha
"Weh! Buka whatsapp sekarang! Tengok sir Fitri tulis apa dalam group."
Sedang kami rancak bersembang, tiba-tiba Damia masuk ke bilik. Dengan tingkah laku kelam kabut dia suruh kami menjenguk ke ruangan group kelas.
99+ new messages from group Semester 2A
Mak aih! Aku baru tak buka whatsapp 2 jam yang lalu. Dah lebih 100 mesej masuk. Nampak sangat aku tak kisah hal kelas. Group pun aku setting jadikan dia silent. Almaklumlah, orang introvert. Memang tak suka baca mesej banyak-banyak. Boleh serabutkan akal fikiran yang sudah sedia serabut.
NOTIS!
'Diminta kepada semua pelajar semester dua yang mengambil bidang perancangan bandar dan wilayah. Anda diminta untuk menghadiri satu kem bermalam di gunung jerai selama 2 hari 3 malam. Bagi anda yang tidak mahu mengikuti, sila kemukakan sebab kukuh kepada PA kelas masing-masing. Kem ini diwajibkan bagi semua pelajar semester dua program perancangan bandar dan wilayah kerana ada pointer yang akan diberikan. Sekian. Harap maklum.'
Aku baca mesej yang diforward oleh Sir Fitri dengan bibir terjuih. Hish! Aku baru nak siapkan assignment yang belungguk. Alih-alih kena pergi kem pula. Celaka mana yang pandai-pandai suruh semester 2 pergi bermalam dekat gunung jerai. Kurang asam betul!
"Siapa yang memandai suruh sem 2 pergi bermalam pulak ni? Tak ada ribut tak ada petir, apahal tiba-tiba kena pergi pulak?" Dengus Damia disebelahku. Bagai tahu je apa yang bermain di fikiranku sekarang ni. Siapa pula yang gedik suruh semester 2 masuk kem. Hanat!
"Aku dah lah kena siapkan autocad tu. Banyak lagi kawasan yang tak buat," rungut Faima pula. Wajah sudah bertukar mendung dan sedih.
AutoCAD. Satu aplikasi khusus buat para kejuruteraan. Disebabkan kos kami ada kaitan dengan kejuruteraan meskipun pada asalnya kami dari bidang perancangan bandar, Kami tetap kena lalui proses yang sama seperti para engineer. Kalau aku jadi Faima, mungkin aku dah barai separuh nyawa kena siapkan autocad. Dapat kumpulan pun tak function. Autocad ni hanya Faima yang buat disebabkan dia seorang je yang pandai dalam kumpulan tu. Entahlah, aku ni memang anti dengan autocad. Dah lah terjun bidang yang salah. Lagilah aku barai buat benda tu. Tak sepadan orang kata.
"Kaki aku sakit tak lega lagi. Kawad tadi pun aku hentak kaki pelan je." Kasturi mencelah perlahan.
"Kenapa dengan kaki kau?" Aku menyoal ingin tahu. Dari gaya dia jalan, macam teruk sangat je sakit kaki dia.
YOU ARE READING
SEMESTER DUA ( C )
Mystery / Thriller'Kata orang, berhati-hati dalam membeli barang. Kelak, buruk padahnya.' Sejak Inayah Nilliyyah melangkah masuk ke semester 2, banyak tragedi aneh yang berlaku terhadap dia. Kerap kali dia bermimpikan lembaga yang tidak tahu dari mana asal usulnya. S...