BAB 12

91 4 0
                                    


Pukul sembilan pagi. Kami sekelas selamat masuk kedalam feri. Perjalanan dari Jeti Langkawi hanya mengambil masa tak sampai dua jam. Itupun kalau feri tu laju. Kalau lambat, dua jam lebih lah gamaknya.

Kami duduk mengikuti nombor tiket. Feri yang dinaiki sekarang, ada tiga seat sebaris di bahagian tepi tingkat. Secara kebetulan, aku duduk sekali dengan Faima dan Kasturi. Aku berada ditengah tengah mereka.

"Nil, cuba kau tengok Umai dekat seat hujung tu." Suruh Faima sambil jarinya menunjuk arah.

Dengan perasaan ingin tahu, aku pun melihat Umai di satu seat di bahagian depan sekali. Salah satu sikap Umai, dia suka memakai earphone dimana-Mana saja dia berada. Dah jadi style. Sampaikan waktu dalam kelas pun dia masih lagi memakai.

"Kenapa dengan dia?" Aku tanya Faima.

"Aku pelik dengan sikap Umai sejak semenjak ni. Pagi tadi waktu dia ambil barang dalam bilik pun senyap je. Banyak patah orang bertanya, sepatah dia menjawab. Agak-agak semalam dia tidur mana?" Faima menyoal padaku.

"Tidur dengan tuan dia lah kut?" Perlahan aku berkata.

"Apa kau cakap?"

"Aku cakap dia tidur bilik Rita lah kut. Dia kan rapat juga dengan Si Rita tu." Cepat-cepat aku alih topik. Risau jugak Faima tahu benda yang sepatutnya dia tak boleh tahu. Tapi kalau ikutkan Faima dan dua orang rakan serumah aku pun perlu tahu pasal hal ni. Tapi bila mengingatkan kembali mengenai nyawa Kasturi, aku memilih untuk senyap saja. Nantilah aku bagitahu.

"Biarlah dia, aku nak tidur jap. Kalau dah sampai jeti kau gerak aku tau." Aku pesan pada Faima. Dia hanya mengangguk faham sambil bermain telefon. Kasturi disebelah sudah lenyap kealam realiti. Cepat betul dia tidur.

Selimut kecil aku selumbung hingga ke paras bahu. Memang dah jadi tabiat aku, kalau pergi mana-mana mesti bawa selimut. Tambah pula, jenis pengakutan seperti feri ini menggunakan aircond. Lihat sahaja sekarang, kami bertiga duduk betul-betul depan pendingin hawa. Lagi bertambah sejuk lah jawabnya.

Orang pun sudah mula berpusu-pusu memasuki ruang feri. Ramai pulak yang naik. Mungkin sebab cuti sekolah kut?

Tanpa fikir panjang, aku mula melelapkan mata. Semalam aku tak boleh tidur. Semua gara-gara memikirkan masalah kes pembunuhan Adila dan nyawa Kasturi. Andai Kasturi mati, boleh jadi aku akan jadi mangsa yang seterusnya. YaAllah, aku harap sangat sekarang aku dalam mimpi. Tak sanggup aku nak hadap benda ngeri seperti ini.

Belakang tubuh aku dicuit tidak selesa. Rasanya tadi aku tidur atas kerusi yang agak empuk sifatnya. Kenapa pula rasa macam tengah baring atas lantai?

Perlahan-lahan aku buka mata. Terkejut bukan kepalang, apabila mata aku disajikan dengan candilier mewah di atas kepala. Terkocoh-kocoh aku bangun menyeret tubuh bagi menyelamatkan diri. Risau jugak andai benda besar itu menghempap aku. Hilang nyawa aku dibuatnya.

Aku perhati keadaan sekeliling. Air liur ditelan kasar. Kini, aku tidak lagi berada di dalam feri tapi koridor. Ya, bahagian koridor hotel bilik yang kami semua menginap dulu!

Dibahagian hujung koridor semuanya gelap gelita. Tak ada langsung sebarang cahaya yang ada. Pancaran lampu hanya datang dari chandelier atas aku. Yang lain semua hitam tak ada lampu.

Plak!

Bunyi lampu dari hujung koridor sebelah kanan kedengaran. Pantas aku alih mata memandang. Namun tidak jelas apa yang dilihat. Aku raba bahagian mata. Patutlah kabur semacam, rupanya cermin mata aku tak ada. Siapa pulak yang tanggal kaca mata aku ni!

"Nil......."

Kedengaran sayup-sayup nama aku dipanggil. Aku cuba pasang telinga lagi. Betul ke aku dengar nama aku diseru?

SEMESTER DUA ( C )Where stories live. Discover now