BAB 20

75 4 0
                                    

3 jam perjalanan mendaki gunung secara senyap-senyap dari pengetahuan orang lain. Penat. Letih. Lemah. Semua bersatu memasuki ruang diri. Tercungap-cungap aku mahu mengambil udara. Manik-manik peluh dilap dengan belakang tapak tangan. Kasturi di belakang, sudah tertiarap lelah tidak bermaya diatas jalan tar.

"Lambat lagi ke nak sampai?" Soal Kasturi perlahan.

"Aku tak tahu. Yang aku tahu, sekarang ni kita dekat telaga pak Sheikh." Satu pondok usang aku pandang sekejap. Air di telaga laju mengalir.

Hairan. Tak ada orang pun dekat sini. Mana mereka yang lain?

Jam ditangan aku perhati sekilas. Sudah jam 5 petang. Namun melihat langit hitam gara-gara hujan, siang pun sudah berubah malam, tak ada sedikit pun cahaya menembus masuk kesini. Tubuh tergetar-getar menahan sejuk. Cuaca hari ini memang teruk. Hujan dari tadi tidak berhenti. Sekarang pun masih hujan.

Bushhh! Prakkk!

Sekali lagi telinga aku menangkap bunyi tanah runtuh yang disertakan sekali dengan bunyi pokok tumbang. Parah. Kawasan sini semakin parah! Tapi kesemua pelajar kolej masih belum aku temui.

"Nil, cuba kau pergi dekat pondok tu. Ada bunyi." Suruh Kasturi. Jari telunjuknya ke arah kesana.

Tanpa banyak songeh, aku pun melangkah pergi ke pondok. Berhati-hati aku berjalan memandangkan kawasan sudah gelap gelemat. Jambatan yang diperbuat dari batu, aku melangkah dengan perlahan. Risau andai tersilap langkah, tak pasal-pasal aku terjun dalam sungai sebersih ini.

Tangan sebelah kiri digenggam erat oleh Kasturi. Macam nak rabak isi dan kulit cara dia genggam. Takut sangat sampai tangan aku yang jadi mangsa.

Sesampainya kami di depan pondok, laju jantung mengepam gugup. Air liur ditelan kesat. Rasa berpasir kerongkong tiba-tiba. Susah kali mahu menelan.

Tangan diangkat perlahan mahu mengetuk pintu. Bergetar-getar segala usus dan urat adrenaline. Macam nak pecah dada dibuatnya pada saat ini.

Sikit-sikit bibir dibuka mahu memberi salam.

"Assalamualaikum..."

TUK! TUK! TUK!

Aku beri salam sambil tangan mengetuk pintu. Namun, tak ada tanda - tanda ada orang menghuni pondok ini. Aku pandang Kasturi. Kening diangkat sebagai isyarat mahu buat apa? Kemudian, dia hanya menjuih bibirnya menyuruh aku mengetuk buat kali kedua.

Mataku mengecil memandangnya sebelah, Haish! Semudah itu dia menyuruh. Dia tak tahu ke yang sekarang aku rasa macam nak pindah ke alam sebalik mata? Macam nak meninggal kerana terlampau takut tapi dibuat - buat berani.

"Assalamualaikum,"

Krikkk krikkk.

Masih sama. Tak ada sahutan.

"Tak ada orang lah..."

Pakkk!

Baru hendak menyembur amarah pada Kasturi, dia terlebih dahulu menolak dedaun pintu dengan kasar. Laju aku menoleh memandangnya. Mata membulat geram. Nak marah pun tak ada guna sebab benda dah jadi. Haiyyaaaa! Budak ni!

"Nil, tu bukan.... dorang ke?"

Melihat wajah Kasturi sudah berubah keruh, langsung aku memanjang pandangan ke depan semula. Hampir terjatuh rahangku gara - gara terkejut. Tak berkelip mata melihat apa yang ada didepan sekarang.

Kalau diluar kami hanya nampak pondok. Namun di dalam sini, bukan seperti rumah pondok tapi....

Satu kawasan besar yang dipenuhi hutan bakau menyeramkan!

SEMESTER DUA ( C )Where stories live. Discover now