| 3

361 18 0
                                    

ARA menuruni tangga lalu ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ARA menuruni tangga lalu ke dapur. Gelas kaca diambil. Jus oren dituangkan ke dalam gelas kaca tersebut. Dia melihat Datin Sofia yang sedang membuat air.

"Mama buat air untuk siapa?" Soal Ara.

"Tu ha, ada tetamu datang." Jawab Datin Sofia.

"Ouh."

"Nah, pergi hidang kat depan." Arah Datin Sofia kepada anaknya.

"Okey." Ara mengambil dulang itu lalu di bawa ke hadapan. Kedengaran gelak ketawa di hadapan. Sampai sahaja di hadapan, Ara meletakkan gelas yang berisi jus oren itu di atas meja.

"Ara." Panggil Dato'Hisham.

"Ya papa." Sahut Ara dengan lembut. Ara melihat seorang jejaka yang berada di hadapannya. Jejaka itu merenung tajam ke arahnya. Siapa pulak mamat ni? Kawan papa?

"Perkenalkan, my daughter. Ara Aralyn." Ara hanya tersenyum manis ke arah lelaki itu namun lelaki itu hanya menayangkan wajah yang beriak kosong. Sombong!

"Hi, nice to meet you. I'm Gabriel, You can call me Riel."

Ara hanya membalas dengan senyuman. Lantaklah, tadi aku senyum dia buat tak tahu aje! Tiba-tiba telefon Dato'Hisham berbunyi menandakan ada orang menghubunginya.

"Kejap ya." Dato'Hisham terus bangun dari situ meninggalkan Ara dengan Gabriel.

Iris coklat cair dan kelabu itu bertemu. Degupan jantung sudah lari dari biasa. Matanya berkelip beberapa kali. Mulutnya sudah tidak dapat berfungsi.

"Tuan nak apa-apa ke?" Soal Ara.

"No, it's okay." Jawab Gabriel ringkas.

Ara mengangguk perlahan kepalanya. Lelaki itu bersilang kaki dan bersandar dengan gaya santai. Auranya tampak gelap, menakutkan. Aura dia bagai menusuk jiwa aku! Dia menelan air liur apabila melihat tatapan tajam sepasang iris kelabu milik lelaki tersebut.

Gabriel mengerling jam tangannya. Hampir pukul 6 petang. Dia perlu segera pulang kerana urusan kerjanya. Dia bangun dari sofa itu lalu menghampiri gadis itu. Wajahnya didekatkan ke telinga gadis itu.

"Just call me Riel, sweetheart." Bisik Gabriel dengan perlahan lalu beredar dari situ. Ara yang berada disitu terkaku. Air liur ditelannya. Tiba-tiba jantungnya berdegup dengan laju. Mamat ni gila ke apa?

THE KING: GABRIEL ALEJANDRO  ( In Editing )Where stories live. Discover now