“KENAPA awak ada kat sini?" Soal Ara hairan. Entah-entah mamat ni ikut aku.
"Aku datang sini nak makanlah, kenapa? Kau ingat aku follow kau ke?" Soal lelaki itu seraya merenung tajam ke arahnya.
"Kalau macam tu, awak duduklah dekat meja lain. Banyak lagi meja yang kosong." Kata Ara. Eyy mamat ni!
"Kalau aku tak nak?"
"Suka hati awaklah." Jawabnya ringkas. Matanya meliar sekeliling restoran itu lalu Ara perasan yang restoran itu dikelilingi oleh ramai lelaki yang berbadan tegap dan sasa diluar restoran itu. Masa aku datang tadi tak ada pun. Ke aku yang tak perasan?
"Tengok apa?" Soal Gabriel.
"Er... tak ada apa." Ara memandang wajah tampan itu. Handsomenya!
"By the way, saya nak tanya sikit boleh?" Soal Ara lembut.
"Apa?"
"Awak dengan papa saya dah kenal lama ke?" Ara menyoal. Sebelum ini, dia tidak pernah melihat papanya berkawan dengan orang muda.
"Baru je." Ringkas sahaja jawapan Gabriel.
Ara yang mendengar jawapan Gabriel itu hanya mengangguk sahaja kepalanya. Wajah tampan lelaki itu dipandang Ara. Handsome! Kan best kalau dapat suami handsome macam ni. Boleh tatap hari-hari.
"Dah puas tenung?" Soal Gabriel. Ara pantas mengeleng kepala mematikan lamunan. Terus Ara berpaling ke arah lain.
"Ma-mana ada saya tenung awak."
Wajah putih bersih itu ditatap lama oleh lelaki itu. Bibir mungil serta alis mata yang lentik dipandang penuh minat. Makanan yang dipesan Ara tadi sampai di mejanya.
"Thank you."
"You're welcome."
Anak buah Gabriel yang berada di luar restoran itu memberi isyarat. Gabriel terus bangkit dari duduk. Dia mendekati Ara lalu wajahnya di dekatkan ke telinga gadis itu.
"I have to go, see you again sweetheart." Bisik Gabriel. Memerah wajah Ara dibuatnya. Ya Allah, perasaan apakah ini? Bibirnya mengukir senyuman. Sukalah tu.
˚⊱🪷⊰˚
ALEX yang terbaring di atas sofa itu ditatap oleh Carlos. Dia berjalan mendekati Alex.
"Amboi, terbaring macam tak ada kerja. Dah lama hidup?"
"Kacaulah kau ni." Alex bangkit dari baringnya. Rambut perang yang berserabai itu menonjolkan ketampanannya.
YOU ARE READING
THE KING: GABRIEL ALEJANDRO | OG
RomanceThe leader of soft spoken Gabriel Alejandro - Seorang jejaka barat yang mempunyai Iris berwarna kelabu itu membuatkan sesiapa pun yang melihatnya tidak mampu mengedipkan mata. Seorang yang sangat cekap menggunakan senjata. Seorang lelaki yang sanga...