GABRIEL berjalan memasuki ke dalam bilik bawah tanah itu bersama dengan muka yang tegang menahan marah. Dia memandang tajam ke arah anak buahnya yang berdiri tegak menghadapnya. Gabriel dengan segera ke sini kerana dapat tahu Glock Meyer 22 yang baru tiba itu hilang.
"Siapa curi glock aku?" Soal Gabriel dingin. Matanya tajam memandang anak-anak buahnya.
Sepi, tiada siapa yang menjawab pertanyaan Gabriel. Semua memandang ke bawah. Tidak berani nak bertentangan mata dengan lelaki itu. Gerun.
"Masih tak nak mengaku?" Gabriel memandang lelaki yang berambut putih itu. Dia berjalan mendekati lelaki itu.
"Kau curi glock aku?" Soal Gabriel.
Lelaki itu menelan payah salivanya. Kepalanya masih menunduk memandang lantai.
"Tak, tuan."
"Pandang mata aku." Arah Gabriel dingin.
Lelaki itu memandang mata Gabriel.
"Kau curi?" Soal Gabriel lagi. Matanya memanah tajam mata lelaki itu.
Lelaki itu terus melutut.
"Maafkan saya tuan, saya terpaksa buat semua ni." Kata lelaki itu. Dia menunduk memandang lantai dengan badan yang menggigil ketakutan. Gabriel tersenyum sinis. Dia duduk mencangkung di hadapan lelaki itu. Wajah lelaki itu di pandangnya.
"Terpaksa?"
Lelaki itu mengangguk laju kepalanya.
"Siapa tuan kau? Anton?" Lelaki berambut putih itu mengangguk perlahan kepalanya. Gabriel menghela nafas panjang. Rahangnya diketap kuat. Rambutnya diraup ke belakang.
"Jangan bunuh saya tuan, kesian isteri dengan anak saya. Saya terpaksa buat semua ni, saya diugut." Rayu lelaki itu.
Gabriel masih dengan senyuman sinisnya.
"Mana glock aku?" Gabriel menyoal dengan dada berombak ganas.
Lelaki itu tidak menjawab.
"Mana glock aku?!" Jerkah Gabriel. Pistol di belakang pinggangnya dikeluarkan lalu menembak peha lelaki itu.
BANG!
"Argh!" Lelaki itu meraung kesakitan. Tangan kanannya memegang peha yang ditembak oleh Gabriel sebentar tadi.
"Bodoh." Gabriel bangun dari mencangkung. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Carlos.
"Uruskan." Arah Gabriel tegas.
Carlos mengangguk perlahan kepalanya. Dia berjalan mendekati lelaki itu. Revolver dihalakan ke wajah lelaki itu.
YOU ARE READING
THE KING: GABRIEL ALEJANDRO | OG
RomanceThe leader of soft spoken Gabriel Alejandro - Seorang jejaka barat yang mempunyai Iris berwarna kelabu itu membuatkan sesiapa pun yang melihatnya tidak mampu mengedipkan mata. Seorang yang sangat cekap menggunakan senjata. Seorang lelaki yang sanga...