| 17

236 11 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


DAMIEN memandang wajah mereka semua yang berkumpul di rumah Gabriel. Semua tengah menunggu Gabriel turun ke bawah. Dia memandang jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 9:00 malam.

"Lama tunggu?" Soal Gabriel yang baru sahaja turun ke bawah. Kakinya berjalan mendekati mereka semua yang berada di sofa itu.

"Kau nak bagitau apa?" Soal Draco sambil menyuap yogurt berperisa strawberry itu ke dalam mulut.

"Esok, aku nak korang semua ikut aku pergi Italy. Hanz dah sediakan flight kita." Jawap Gabriel tegas. Tersedak Alex apabila mendengar jawapan Gabriel. What? Italy?

"Kitorang semua?" Soal Alex.

"Yes."

"Yeay! Pergi Italy!"

Gabriel hanya mengelengkan kepalanya perlahan melihat Draco.

"Tapi, kita semua nak duduk mana? Hotel?" Soal Edward. Draco menampar bahu Edward.

"Duduk rumah Riel lah. Dia ada rumah kat sana." Jawab Draco.

"Korang semua pandai-pandai lah cari rumah sendiri. Duit berkepuk kan? Beli lah rumah. Pehal nak duduk rumah aku pulak." Celah Gabriel.

"Mana boleh duduk rumah sekali dengan Riel. Nanti kacau lah Riel nak omen-omen dengan wife dia." Kata Alex.

"Aku dah lama tak bunuh orang tau." Kata Gabriel. Wajah Alex di pandang tajam.

Alex memandang pandangan maut Gabriel itu. Air liur di telan kesat. Draco dan Damien tertawa terbahak-bahak. Manakala Zavier dan Edward pula masih fokus memandang skrin television itu.

"Ehem."

Semua memandang ke arah Ara. Ara tersenyum nipis.

"Saya ganggu ke?" Soal Ara.

"Come here, love." Ara terus mendekati suaminya. Gabriel merangkul pinggang isterinya.

"Dah berapa bulan?" Soal Damien.

"Lima." Jawab Ara sambil tersenyum nipis ke arah Damien. Damien hanya mengangguk.

"Sayang nak pergi dapur kejap, buatkan air untuk dorang." Gabriel hanya mengangguk perlahan. Ara terus melangkah ke dapur.

THE KING: GABRIEL ALEJANDRO  | OGWhere stories live. Discover now