"AWW." Ara mengaduh sakit apabila kaki kanannya terpijak serpihan kaca. Darah menitik di atas lantai menyebabkan Ara menghela nafas berat.
"Ya Allah, sayang kenapa ni?" Gabriel dengan segera mendekati isterinya. Kalut dia berlari turun ke bawah kerana terdengar bunyi pecahan kaca. Darah di atas lantai itu dipandang. Dia segera mencempung tubuh kecil isterinya dan dibawa ke ruang tamu. Tubuh isterinya diletak dengan penuh berhati-hati.
"Tunggu sini, abang pergi ambil first aid kit."
Ara mengangguk perlahan kepalanya. Dia menyandarkan belakang tubuh pada kepala sofa. Perutnya diusap lembut. Telefon bimbitnya yang berada di atas meja kecil di sebelah sofa itu dicapai.
Gabriel berjalan mendekati isterinya di ruang tamu bersama dengan peti pertolongan cemas di tangan. Dia melabuhkan punggung di atas lantai berlapik dengan carpet.
"Kenapa abang duduk bawah? Duduk la atas ni." Ara menepuk sofa di sebelahnya.
"It's okay, sayang." Gabriel membuka kotak peti pertolongan cemas itu. Dia mengambil penyepit untuk membuang serpihan kaca. Ara menggigit bibir bawahnya menahan rasa pedih. Kemudian dia mengambil kapas, ubat cuci luka dan plaster di dalam kotak tersebut.
"Abang sayang sayang tak?"
Soalan dari isterinya membuatkan dia mendonggak memandang wajah Ara yang berada di atas sofa itu.
"Mestilah abang sayang. Kalau tak sayang, tak ada lah isi dalam perut sayang tu."
Ara tersengih apabila mendengar jawapan dari sang suami. Gabriel menggeleng kepalanya apabila melihat isterinya yang tersengih itu.
"Abang..." Panggil Ara dengan meleret.
"Iya, sayang." Sahut Gabriel.
"Abang tak akan tinggalkan sayang kan?" Ara menyoal.
"I will never leave you, sayang. Never." Jawab Gabriel. Dia menatap lembut wajah isterinya.
"Kalau sayang mati—"
"Jangan cakap benda yang bukan-bukan boleh tak?"
"Hurm." Ara memuncungkan bibirnya melihat Gabriel. Gabriel menggeleng perlahan kepalanya.
˚⊱🪷⊰˚
YOU ARE READING
THE KING: GABRIEL ALEJANDRO | OG
RomanceThe leader of soft spoken Gabriel Alejandro - Seorang jejaka barat yang mempunyai Iris berwarna kelabu itu membuatkan sesiapa pun yang melihatnya tidak mampu mengedipkan mata. Seorang yang sangat cekap menggunakan senjata. Seorang lelaki yang sanga...