SESAMPAI sahaja, Gabriel melangkah masuk ke rumah agam yang mewah itu. Perkara pertama yang dia cari adalah isterinya. Kelihatan Datin Amira sedang menonton televisyen di ruang tamu itu.
"Mommy, mana isteri Riel?" Soalan pertama yang ditujukan oleh Gabriel.
"Ada dekat atas." Jawab Datin Amira.
Tanpa buang masa, Gabriel terus melangkah naik ke atas. Pintu dibuka dengan perlahan-lahan.
"Sayang." Panggil Gabriel lembut. Tali lehernya dirungkaikan. Kemeja putih yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan sehingga menampakkan otot perutnya.
Tiba-tiba pintu bilik mandi dibuka oleh seseorang. Kelihatan isterinya yang baru selesai mandi. Ara yang baru sahaja keluar dari bilik mandi itu terus berjalan menuju ke arah suaminya.
"Bila abang balik?" Soal Ara dengan lembut.
"Baru je." Jawab Gabriel. Gabriel memerhati tubuh putih milik isterinya itu yang terdedah. Kain tuala hanya paras dada hingga paras lutut. Gabriel tersenyum nakal.
"Abang dah makan?" Soal isterinya.
"Belum, sayang." Kucupan diberikan ke bibir mungil milik Ara.
"Soft lips." Gabriel menarik lembut isterinya ke dalam pelukan hangatnya. Rambut Ara diusap perlahan.
"Abang, sayang nak pakai baju." Gabriel menolak perlahan bahu mereka bagi meleraikan pelukan itu. Gabriel mengambil tuala lalu kaki berjalan menuju ke bilik air.
Ara membuka almari pakaian lalu mengambil baju tidurnya berwarna merah jambu itu. Selesai sahaja memakai baju, dia mengambil tudung shawl berwarna hitam lalu dipakainya. Gabriel yang baru sahaja selesai mandi itu memerhatinya.
"Sayang pakai tudung nak pergi mana?" Soalnya hairan.
"Adik abang ada." Gabriel yang mendengar jawapan isterinya itu mengerutkan dahi.
"Austin?" Ara menganggukkan kepalanya.
˚⊱🪷⊰˚
PASANGAN suami isteri itu menuruni tangga lalu menuju ke meja makan. Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan.
"Aisya mana?" Soal Gabriel.
"Ada dekat luar tu." Jawab Datin Amira.
"Mommy masak apa harini?" Soal Gabriel. Dia memandang lauk-pauk yang terhidang di atas meja itu.
"Bukan mommy yang masak, isteri Riel yang masak." Jawab Datin Amira.
Mendengar sahaja jawapan Datin Amira, Gabriel terus memandang ke arah isterinya.
"Sayang masak?" Soal Gabriel lembut.
YOU ARE READING
THE KING: GABRIEL ALEJANDRO | OG
RomanceThe leader of soft spoken Gabriel Alejandro - Seorang jejaka barat yang mempunyai Iris berwarna kelabu itu membuatkan sesiapa pun yang melihatnya tidak mampu mengedipkan mata. Seorang yang sangat cekap menggunakan senjata. Seorang lelaki yang sanga...