| 11

236 11 0
                                    

GABRIEL mencempung tubuh kecil isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

GABRIEL mencempung tubuh kecil isterinya. Tubuh kecil Ara di letakkan dengan berhati-hati.

"Sayang nak air?" Soal Gabriel lembut. Ara tersenyum manis lalu mengangguk. Gabriel memberi gelas kaca yang berisi air kosong kepada isterinya.

"Air kosong je? Hurm."

"Ya, sayang." Bibir mungil Ara dicium lembut.

"Duduk sini diam-diam. Jangan bangun. Faham sayang?" Pipi Ara diusap lembut. Ara mengangguk kepalanya. Kaki panjang milik Gabriel menaiki anak tangga untuk ke bilik. Gabriel membuka almari baju itu. Seluar pendek dan t-shirt kosong lengan pendek di ambil olehnya. 

Tuala diambil lalu menapak memasuki bilik air. Selesai sahaja mandi, Gabriel memakai baju lalu turun ke bawah. Kelihatan isterinya sedang menonton television. Gabriel mendekati isterinya. Punggung dilabuhkan di sebelah Ara.

"Sayang lapar tak?" Soal Gabriel.

"Laparlah, sayang tak makan lagi." Jawab isterinya seraya memuncungkan bibir.

"Sayang nak makan apa?"

"Maggie!"

"No, tak boleh sayang."

"Nak maggie."

"Tak boleh."

Ara mencebik dalam hati. Ara mengalihkan tubuhnya membelakangi Gabriel. Gabriel tergelak kecil melihat isterinya itu. Merajuk pulak budak kecik ni.

"Selain maggie tak boleh ke? Asyik maggie je. Cuba makan yang lain pulak." Lembut sahaja tutur kata Gabriel.

"Yelah." Gabriel menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukan hangatnya. Ubun-ubun dikucup lembut.

"Abang masak mee goreng basah nak?"

"Nak!"

"Tapi sebelum tu boleh tak sayang cerita dekat abang apa yang jadi siang tadi?" Soal Gabriel dengan lembut. Ara memandang wajah kacak suaminya.

"Sayang masuk bilik hujung tu. Pintu tu tak kunci, sayang masuklah. Sayang tak tahu pun tu bilik dia. Lagipon dia dah mintak maaf dekat sayang. Dia cakap dia tak sengaja."

"Sayang maafkan dia?" Soal Gabriel. Ara mengangguk perlahan.

"Salah sayang jugak sebab masuk bilik orang suka hati." Kata Ara.

"Tapi kenapa dia ada pistol? Dia kerja apa? Polis eh?" Soal Ara.

"Ya, sayang." Tipu Gabriel. Belum tiba masanya untuk memberi tahu segalanya kepada gadis itu. Adakah isterinya akan membencinya suatu hari nanti jika semuanya terbongkar? Rambut depan Ara diselitkan di belakang telinga.

˚⊱🪷⊰˚

KELOPAK matanya dicelik perlahan. Pinggang langsingnya dipeluk erat oleh Gabriel. Ara mengusap lembut rambut keperangan Gabriel. Nafas hangat Gabriel menampar lembut kulit leher Ara. Tepi kepala Gabriel dikucup lembut.

Kelopak mata Gabriel yang terpejam kini tercelik luas. Iris berwarna kelabu milik Gabriel merenung wajah isterinya. Leher jinjang Ara dikucup lembut. Perut kempis Ara dikucup perlahan. Gabriel bangun dari pembaringannya.

"Dah lama bangun?" Soal Gabriel.

"Baru je." Jawap Ara. Dia bangun dari pembaringannya. Namun pinggangnya ditahan oleh Gabriel.

"Nak pergi mana hm?"

"Nak mandi lah, lepastu nak solat. Dah lewat ni." Ara terus menapak ke arah bilik air. Gabriel melihat jam di dinding. Pukul 7:00 pagi. Iphone yang berada di atas meja kecil di sebelah katil di ambil oleh Gabriel. Matanya fokus memandang skrin telefon itu.

Selesai sahaja mandi, Ara keluar dengan memakai tuala paras dada. Kaki menapak ke arah katil. Baju yang sudah dipakai itu di ambil lalu diletakkan ke dalam bakul. Gabriel memerhati tingkah laku isterinya. Gabriel tersengih nakal apabila melihat isterinya yang hanya memakai tuala paras dada.

"Apa tengok-tengok? Taulah cantik." Ara mengulingkan biji matanya. Telekung berwarna pink itu di ambilnya.

Gabriel tergelak kecil. Comel! Isteri siapa ni?


˚⊱🪷⊰˚

NAK pergi mana Austin?" Soal Datin Amira. Austin hanya mendiamkan diri. Datin Amira melihat Austin yang sedang membawa bagasi besar itu ke ruang tamu.

"Nak balik Italy." Jawab Austin tanpa memandang wajah Datin Amira. Jam tangan mewah itu dipakaikan ke pergelangan tangannya.

"Harini? Austin cakap nak balik bulan depan."

"Tak jadi." Austin mencium lembut dahi Datin Amira. Kaki panjangnya terus melangkah keluar dari rumah agam itu. Bagasi besar itu di angkat masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Ferrari itu memecut laju meninggalkan perkarangan rumah itu.

"Sampai bila dorang nak bermusuh macam tu mommy? " Soal Aisya.

"Mommy pun tak tahu Aisya. Kita doa baik-baik je untuk dorang." Datin Amira tersenyum nipis ke arah anak perempuannya itu.

"Aisya pergi dulu mommy." Aisya mencium tangan Datin Amira sebelum menapak keluar dari rumah agam itu.

"Bawak kereta elok-elok." Pesan Datin Amira.

"Baik mommy."

To be continue.

To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE KING: GABRIEL ALEJANDRO  | OGWhere stories live. Discover now