BAJU KOT HITAM tersarung kemas pada tubuh. Selepas itu, rambut berwarna hitam itu dipakaikan pada kepala. Dia berdoa sahajalah semoga dia tidak pernah kena tangkap. Bismillah.
Jujur, Aaira tidak tahu sama ada ini pilihan yang betul ataupun tidak. Sejak peristiwa dahulu itu, dia sering takut akan keputusannya sendiri. Kerana nyawa seseorang pernah melayang kerana keputusannya itu.
Tetapi, pada waktu ini entah kenapa hatinya mengatakan bahawa ini adalah pilihan yang tepat. Pilihan yang betul dia buat.
Walaupun Aaira masih lagi ragu-ragu.
Gadis itu melihat pantulan dirinya sendiri di cermin. Cukup elegan dan tidak showing sangat. Deja vu. Inilah pantulan dirinya semasa dia pertama kali membuat kerja ini.
Cuma bezanya, pada waktu itu hanya ada perasaan gembira dan teruja. Tetapi sekarang, kosong sahaja perasaan. Tiada apa-apapun yang perlu digembira. Hari ini hanyalah hari biasa baginya.
Aaira menarik nafas dalam-dalam. Bibirnya tersenyum manis. Kemudian, cuba untuk diseriuskan semula.
"I wish you another bright day, Aaira Cressida."
AAIRA bergerak masuk ke dalam kelab yang selalu dikunjungi ramai itu. Bau arak itu menjadi tumpuannya. Aaira diam memandang manusia berlainan jantina yang sedang bercumbu itu. Ada setengah daripadanya itu sedang berpelukan dan ada setengah lagi sampai ke tahap masuk ke dalam bilik.
Bodoh.
"Miss, this way." Aaira mengalihkan pandangan kepada seorang pekerja yang menunjukkan arah kepada Aaira. Lantas, senyuman manis terukir sedikit sahaja di bibir.
Aaira hanya berdiri di hadapan bilik yang jelas tertera nama 'boss' itu. Senyuman sinis terukir di dalam diam. Akan dia pastikan lelaki itu jatuh tersungkur. Just wait and see.
Tok! Tok!
Tombol pintu dibuka. Kepala ditundukkan ke bawah. Enggan melihat wajah Sean yang sedang susuk di dalam sofa dikelilingi oleh wanita a.k.a bos barunya itu. Tetapi, sempat Aaira menjeling wajah lelaki di sebelahnya yang beriak biasa. Hampir sahaja dia ketawa.
Jerk.
"Now look at what we have here. A bodyguard and a beautiful lady at that." Nak muntah rasa Aaira dengar suara itu. Tidak dinafikan, badannya terbentuk elok bersama dengan suara yang sedap sahaja didengari.
Tetapi, apakan daya. Dialah orang yang perlu Aaira burui pada waktu ini.
"What's your name, ma lady?"
YOU ARE READING
MISS ALPHA : CRESSIDA
Lãng mạn#2nd under The Ravenes series •She was made out of chaos itself. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar...