AAIRA mengelamun sendiri di situ. Kopi yang berada di hadapannya tidak langsung membuatkan Aaira tertumpu pada kopi itu. Sudah tiga hari Ayyish tidak datang kerja dan itu cukup membuatkan Aaira tertanya sendiri. Lagi-lagi apabila dia meninggalkan mereka berdua dengan wajah yang dingin.
Aaira mengeluh. Sejujurnya, dia memang la rasa sedikit bosan kerana sepanjang dia bekerja, Ayyish selalu berdamping dengannya meskipun kadangkala terbit rasa jengkel di dalam hatinya. Tapi tak bermakna dia selalu tak suka. Setiapkali dia bosan, lelaki itulah yang akan jadi penemannya.
Ting!
Automatik Aaira angkat muka tatkala bunyi lif itu berbunyi. Namun, wajahnya kembali serius melihat Ayyish yang baru saja keluar dari lif itu berwajah dingin dan serius saja sebelum dia masuk ke dalam pejabat yang menempatkan Sean.
Aaira teguk air liur kelat. Dapat dia rasakan aura pejabat ini semakin dingin. Lagi-lagi apabila sunyi saja suasana pejabat Sean itu. Bukannya dia tak tahu yang Sean itu ada bilik rahsia.
Dalam diam Aaira mengeluh.
"Kenapa kau nak kisah pasal dia, Aaira? Fikirkan diri sendiri aje la. Silap hari bulan, kau pula yang kena." gumam Aaira perlahan lalu menyambung semula meminum kopi di hadapannya.
Prang!
Perbuatan Aaira yang sedang menyedut kopi itu terus terbantut saat dia terdengar bunyi pasu dibaling. Mahu saja dia melihat akan tapinya nampak macam terlalu busybody sangat pula nanti.
Aaira geleng kepala. Menghalang sebarang tindakan melulu itu masuk memakan pemikirannya sendiri.
Stay peace and stay calm. Because when you do, there is no harms done.
"Bos ada tak?" Aaira mengeluh kasar. Masa nak minum kopi ni la ada gangguan. Kenapa?!
"Ada. Tapi, better jangan masuk dulu kut." Aaira memberikan amaran kepada gadis yang sedang memegang beberapa dokumen itu.
"Bos tengah mengamuk sekarang ini." Mudah saja jawapan yang diberikan oleh Aaira. Mata dipejam bila akhirnya dia dapat juga rasa air kopi itu melalui kerongkongnya. Dapat dia lihat gadis itu mengangguk lalu bergerak pergi dari situ.
Aaira diam.
Bunyi pintu dikuak dari luar itu menyentakkan Aaira dari lamunannya.
Terserlah wajah serius Sean di situ. Tapi, tidak pula nampak Ayyish di belakang Sean. Buatkan Aaira pelik di mana Ayyish berada. Namun dia hanya diam saja. Tujuan dia di sini pun bukan disebabkan oleh lelaki itu melainkan misi semata-mata saja.
"Let's go." Aaira menganggukkan kepala. Wajah Sean juga turut serius saja pada waktu ini. Betul sangkaan Aaira. Lelaki ini bukan di dalam mood yang baik.
Aaira selepas itu angkat bahu.
Well, everyone must have their own bad day.
AYYISH diam duduk melutut di dalam bilik yang sudah kosong itu. Darah yang keluar dari mulut itu dikesat dengan kasar. Mahu saja dia meludah ke tepi kerana rasa yang besi itu tapi terbantut apabila sedar ini bilik siapa.
Lantas, Ayyish bangun dari posisi duduknya. Kosong matanya memandang beberapa titisan darah yang jatuh di atas lantai akibat daripada pukulan tadi itu.
Dia sudah biasa akan hal ini. Mahu pertahankan apa lagi?
Malas mahu mengambil tahu lagi, Ayyish berjalan keluar dari bilik itu sebelum dia menuju ke bilik air berdekatan. Dia melihat wajahnya sendiri di sebalik pantulan cermin.
YOU ARE READING
MISS ALPHA : CRESSIDA
Romance#2nd under The Ravenes series •The devil in disguise. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar yang menyeb...