‧₊˚ ⋅ 08⭑๋࣭ ⭑

34 1 0
                                    

PINTU pejabat Sean dibuka dengan perlahan sekali supaya dapat minimakan bunyi yang terhasil. Aaira berjalan ke arah meja Sean dengan penuh berhati-hati.

Aaira senyum riang. Level up!

Laci meja itu dibuka satu-persatu. Semua dokumen yang ada di dalam laci itu dibelek dengan terperinci tanpa tinggal satu kesan pun.

Tak jumpa di laci ini, Aaira mengambil keputusan untuk membuka laci lain pula. Masih lagi sama.

"Huh." Keluhnya. Tinggal laci terakhir saja di sini. Dengan semangat yang masih ada, tangannya membuka laci itu dan pada waktu ini, peti yang berpassword itu mendapat perhatian Aaira. Dia tahu. Pasti ada suatu yang sangat penting di sini.

Baru saja dia mahu mengodam sistem peti itu, pintu yang dikuak dari luar itu menyentakkan Aaira.

Bukan ke tiada siapa di ofis sekarang ini? Macam mana mereka boleh masuk?

"Have a sit, Ay."

"No thanks." Membulat mata Aaira mendengarnya. Sean dan Ayyish!

Lantas dia mengambil keputusan untuk menyorok di tempat yang semestinya susah untuk dijumpai. Tempat yang dia pilih juga perlu berhati-hati kerana Sean dan Ayyish semestinya orang yang sangat law terperinci. Benda yang kecil pun dia boleh spot apatah lagi benda yang besar.

Diam.

Suasana hening seketika.

Hanya kedengaran bunyi gelas bir saja. Dan semestinya itu adalah Sean. Aaira tahu akan fakta itu.

Aaira pelik juga. Biasanya Sean sekarang ini sama ada balik ke rumah ataupun pergi ke kelab. Kenapa tiba-tiba saja dia datang sini?

Bukan setakat Sean, malah Ayyish juga dia turut pelik. Bukan sekarang ni dah habis kerja ke? Kenapa lelaki itu masih lagi menemani majikannya hingga lewat malam?

"You must miss him right?" Aaira diam saja. Ingin mendengar perbualan Sean dan Ayyish dengan lebih jelas.

"Who?"

"Him. The one who gave you the reason to work here." Aaira terkedu. Tubuhnya juga terhinjut sedikit mendengar kata-kata itu.

Dapat dia dengar Ayyish ketawa kecil. Macam tiada apa yang berlaku.

"He's dead, and we can't miss him longer." Suara itu... kedengaran pasrah saja bila dia dipaksa untuk masuk ke dalam dunia gelap itu. Sakit. Dan rasa mahu mati saja.

"Until it is paid, you know that you can't run away from me, right?" Hati Aaira rasa seperti dicucuk. Mesti inilah perasaan yang Ayyish pendam. Sakit. Berbisa. Mungkin bisa itu tak mampu untuk membunuhnya tapi ia mampu menyeksa secara perlahan-lahan.

"I know."

"I know it better than anyone else."
















AAIRA diam termenung seketika. Nasib la tadi Sean mendapat panggilan dari salah satu franchise kelabnya dan terus pergi dari situ. Membuatkan kerja Aaira lebih senang untuk mengodam peti itu.

Di tangannya terdapat fail copy yang dia baru saja ambil tadi. Kini, Aaira hanya duduk diam di tepi tasik sambil merenung air tasik yang tenang. Matanya terpejam erat.

Tenang.

Dadanya berombak tenang.

Ingatannya juga tenang.

Lantas dia mengeluarkan telefon dari poket seluar. Nombor seseorang didail olehnya.

Tit... Tit...

"Helo? Adik?" Automatik bibirnya tersenyum lebar saat panggilannya terjawab.

MISS ALPHA : CRESSIDAWhere stories live. Discover now