AAIRA berjalan masuk ke dalam rumah agamnya. Baru saja tadi Ayyish menghantarnya balik ke rumah semula. Katanya tak manis jika lelaki dan perempuan berdua-duaan di dalam bilik tidur.
Ceit!
Namun, Aaira pelik. Kenapa... kenapa Ayyish tidak membunuh Aaira saja? Kenapa dia tidak membuat kerja seperti ini? Atau... dia boleh saja memberikan Aaira kepada Sean semula?
Semua persoalan itu bermain di minda Aaira macam wayar bergerak. Ligat dia memikirkan. Tak lupa juga amaran yang Ayyish telah berikan semasa di dalam kereta tadi.
"Pergi. Pergi jauh dari sini. Dan jangan sesekali datang balik. Because when I find you, I will not hesitate."
Kenapa perlu tunggu sampai dia jumpa Aaira semula?
Ayyish Rafael.
Sebaris nama yang Aaira tidak boleh keluarkan dari otak. Memang sejak kali pertama melihat lelaki itu, auranya sangat misteri. Malah, mata lelaki itu juga sudah mengatakan sesuatu. Tapi apa?
Dia tidak suka akan Sean. Tapi dalam masa yang sama dia perlu juga patuhi arahan Sean. Mengapa? Apa sebab di sebalik perkara itu?
"Aaira!" Wajahnya berpaling ke belakang apabila namanya diseru lantang oleh seseorang. Tercungap-cungap orang itu mencari nafas. Penat berlari agaknya.
"Kau okey ke?" Majikannya, kawan karibnya, Fauzan datang menyapa dengan riak risau.
Dahi Aaira berkerut.
"Kau dah kenapa?" Tanya Aaira. Pelik barangkali dengan sikap Fauzan sekarang ini.
"Kau tahu tak yang kau dah tiga hari menghilang! Aku risau tahu tak?!" Marah Fauzan. Lantang suaranya menyapa gegendang telinga Aaira sekarang ini.
"Kenapa?" Riak wajah Aaira dingin. Serius matanya menatap wajah Fauzan itu. Lelaki itu nampak marah sebelum terkedu seketika.
"I'm... I'm sorry okey? Aku minta maaf sebab paksa kau. Aku kesal sangat-sangat." Ucap suara itu. Memang nampak benar serba salahnya.
Aaira terdiam. Mungkin sebab dia hilang tiga hari ini yang membuatkan lelaki itu takut.
Takut peristiwa itu berulang semula.
Aaira senyum nipis.
"Zan." Fauzan angkat kepala. Memandang tepat anak mata gadis itu.
"Ya?" Tak kasar sangat tapi tak lembut sangat nada itu. Cuma nada biasa saja.
Aaira tarik nafas dalam-dalam. Kata-kata yang bakal dia beritahu ini terlalu berat untuk dia ucap. Tapi, inilah pengakhirannya. Mungkin dia memang perlukan masa untuk berehat. Untuk bernafas sekejap.
"Aku..." Nafas dihela perlahan. Air liur ditelan kesat. Cuba untuk mencari masa yang tepat.
"Aku nak rehat la, Fauzan."
BARANG-BARANG keperluan dikemas dan dimasukkan ke dalam beg bagasi. Ralit Aaira merenung ruang-ruang bilik ini.
Ya. Dia meminta izin untuk balik ke rumah ahli keluarga dengan dua sebab. Salah satunya adalah kerana dia mahu melenyapkan dirinya seketika dari musuh dan lagi satu kerana dia memang mahu berehat.
Abangnya juga memanggil Aaira untuk balik ke rumah yang menguatkan lagi alasan Aaira untuk berehat dari pekerjaaan ini.
Bukan dia tidak suka. Malah, pekerjaaan ini banyak memorinya sama ada pahit atau manis. Namun, Aaira tak mahu untuk terus terperangkap pada waktu silam. Dia juga perlu belajar untuk melepaskan semua.
YOU ARE READING
MISS ALPHA : CRESSIDA
عاطفية#2nd under The Ravenes series •The devil in disguise. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar yang menyeb...