‧₊˚ ⋅ 04⭑๋࣭ ⭑

45 1 0
                                    

MALAS. Betul-betul malas nak masuk balik. Suasana kelab ini sungguh membuatkan Aaira rasa nak muntah. Tubuh Ayyish diikut dari belakang tetapi entah mana orang yang menolak kasar tubuh badannya sehingga dia tertolak sehingga ke tengah. Menggelabah Aaira dibuatnya.

Lengan Ayyish mahu ditarik tetapi gagal.

"Eh, Ayyish!" Makin gelabah Aaira tatkala dia memang sudah ke tengah. Mahu menangis dia dibuatnya. Alunan muzik yang kuat itu buatkan Aaira rasa nak tutup telinga sahaja. Nasib baik dia pin rambutnya dengan anak tudung. Kalau tidak, memang free hair terus jawabnya.

Kelibat Ayyish pula sudah tidak kelihatan. Memang sah dia sudah tertinggal ni! Makin rasa geli pula bila pinggulnya terkena dengan pinggul orang yang menari di sini. Dia orang ni tak rasa geli ke?

Namun, pergerakan Aaira terhenti apabila pinggulnya dengan tiba-tiba diramas oleh seseorang. Badannya terus mengeras. Automatik Aaira buat wajah serius. Dia tak suka. Dia tak suka bahagian peribadinya disentuh oleh orang. Lagi-lagi orang yang sudah kotor.

"Hey lady. Wanna grab a room?" Aaira pusing belakang. Tangan lelaki itu bergerak mahu menyentuh lebih tubuhnya akan tetapi amaran yang dilemparkan itu membuatkan lelaki itu menikus.

"Touch me. I dare you. Though you might lose a hand." Lelaki itu spontan meneguk air liurnya. Tangan kembali diturunkan. Perutnya mula kecut. Lagi-lagi apabila mendengar suara dingin itu di samping mata gadis itu yang tajam menikam wajahnya.

"I'm sorry." Lelaki itu menundukkan kepalanya meminta maaf. Tetapi, itu tidak membuatkan hati Aaira rasa puas. Aaira mahukan lebih dari itu.

"Tak payahlah ada polis kalau perkara macam ni boleh diganti dengan maaf, kan?" Sinis Aaira. Bibirnya senyum penuh makna. Suka dia melihat wajah lelaki itu kecut perut. Bibir lelaki itu sudah mula pucat. Tetapi, Aaira suka. Tiada langsung belas kasihan di dalam dirinya.

"Akta 840, Seksyen 377D iaitu melanggar kesopanan akan dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun tapi, takkanlah aku nak buat macam tu dekat kau, kan?" Aaira semakin merapati tubuh itu. Hatinya riang tatkala lelaki itu semakin melangkah kebelakang.

"Let me do this instead." Tanpa dipinta, celah kelangkang lelaki itu dihentak kuat dengan menggunakan pehanya. Menjerit lantang lelaki itu. Mujur sahaja muzik kelab ini terlalu bising selari dengan orang ramai yang terlalu mementingkan dirinya sendiri.

"Be careful next time." Putus Aaira sebelum dia pergi dari situ. Ekspresi wajahnya dikekalkan. Dia sudah tiada mood untuk bermain-main lagi. Boleh pula ada lelaki yang tackle dia dekat sini. Memang membawa kepada kematianlah namanya tu.

Aaira merengus geram. Tetapi selepas itu, dia cuba untuk meredakan amarah yang menguasai dirinya itu. Matanya dipejam seketika.

"That's hella sexy out there." Matanya dibuka perlahan. Tajam dia melihat wajah Ayyish yang tenang bersandar di dinding. Mahu sahaja dia marah, akan tetapi hanya boleh ditahan di dalam hati sahaja. Dia tak mahu untuk memburukkan lagi keadaan.

Akhirnya, Aaira biarkan saja lalu berjalan melepasi lelaki itu. Tidak hiraukan senyuman mengusik di bibir lelaki itu. Sungguh, dia rasa mahu bunuh orang sekarang ni.

Aaira kembali berdiri di depan pintu bosnya itu. Lebih baik dia tercegat di sini daripada sesat lagi di dalam kelab ini. Tubuh Ayyish sudah hilang dari radar. Mungkin semasa dia berjalan ke sini, lelaki itu terpisah dengannya.

Malas mahu ambil tahu lebih, Aaira hanya tunggu saja di depan pintu ini. Kadangkala matanya ligat merenung wajah orang yang lalu-lalang. Atas sebab itu, kadangkala dia macam kenal orang yang lalu-lalang.

VIP.

Itu yang di tahu. Dan yang pastinya, dia kenal.

"Valeska." Terus mati lamunannya tatkala ada suara yang menyeru namanya itu. Laju Aaira masuk ke dalam bilik itu.

"Where is he?" Merujuk kepada Ayyish.

"He said that he wants to get fresh air for a moment." Jawab Aaira. Kalau dia cakap Si Ayyish itu sesat, pelik pula nanti nak dikatakan begitu.

"Can you fetch some wine for our VIP customer next door? Make sure to add some aconite before you give it to him." Tubuh Aaira mengeras. Dia kenal taktik kotor itu.

Aconite.

Mustahil jika dia tidak tahu apa benda itu. Racun. Racun yang boleh membawa kepada kematian.

Tapi, adakah dia perlu patuh akan benda sebegini?

Tanpa menjawab arahan itu, Aaira terus berlalu keluar dari situ. Dadanya dipegang. Kuat. Jantungnya mula berdegup laju. Terlalu laju sehinggakan Aaira tidak boleh bernafas.

I... I can't breathe.

Trauma. Cukup dia trauma dengan benda sebegini. Aaira tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus semula. Cuba untuk mengawal semula pernafasan tapi gagal.

Inilah sebab mengapa dia benci kerja ini.

Kerana dia pasti akan buat sesuatu yang luar dari jangkaannya.

Sesuatu yang... dia tidak boleh kawal sendiri.

And I... hate it.
















AAIRA diam berada di depan bar itu. Kosong wajahnya. Pesanan pun masih lagi belum diambil. Dia tak nak. Betul dia punyai misi tetapi ini bukan seperti yang dijanjikan. Dia tetap tak mahu untuk buat kerja kotor sebegini.

"Two glass of Sean's wine and please put some aconite in it before you give it to me." Terkejut Aaira tatkala ada satu suara yang mencelah terlebih dahulu. Matanya membulat.

Tak! Dia mahu membantah akan tetapi lengannya ditarik sebelum dia sempat untuk membatalkan pesanan tersebut.

"No. Please no!" Aaira mahu pergi ke bar tersebut. Biarlah jika dia yang kena daripada mereka semua itu. Aaira tak mahu begitu.

Except, she's been dragged out by him.

Keluar saja dari kelab itu, wajah Ayyish ditampar kuat. Nafasnya masih lagi laju pada waktu itu.

"Kenapa? Kenapa kau pergi oder? Tak apa. Aku hadap hukumannya nanti. Kau pergi cancel sekarang!" Jerkah Aaira namun apa yang dia dapat sekarang ini hanyalah tubuh statik Ayyish saja.

Dahinya berkerut tatkala Ayyish ketawa kecil sebelum memandang wajahnya semula.

"Kau ingat hanya hukuman je ke yang kau hadap? Walaupun kali ni gagal, tapi Sean takkan putus asa hanya kerana kau!" Aaira terdiam. Wajah Ayyish yang kelihatan serius itu membuatkan Aaira rasa kecut perut.

Saat itu, baru dia tersedar sekali lagi. Bahawa dia... hanyalah sekadar pengintip saja. Dan dia... tidak patut untuk mengubah nasib orang. Kerana dia... hanya dinding. Melihat tetapi tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

"You need to calm down first. Hal dekat dalam tu, biar aku yang selesaikan. Aku tahu... kau mesti terkejut punya. Tunggu sini." Dan selepas itu, dia menghilang.

Aaira diam. Dia menguis jarinya sendiri.

Maybe making a comeback for me is the worst idea.

Because... after all these years, I still can't do anything.

Kerana disebabkan dia masuk campur urusan orang.

Orang lain juga yang kena padahnya.


29 May 2024



MISS ALPHA : CRESSIDAWhere stories live. Discover now