KELOPAK mata dibuka secara perlahan. Aaira mengerang sedikit tatkala terasa sakit pada seluruh tubuh. Baru Aaira sedar bahawa dirinya telah pun diikat. Aaira melepaskan keluhan ringkas.
Bunyi pintu dikuak dari luar itu membuatkan Aaira berpaling. Serius riak wajahnya apabila wajah Sean menyapa kornea mata. Bibir lelaki itu tersenyum sinis. Seakan suka dengan apa yang dia lihat sekarang.
"Rise and shine, my lady." Mahu saja dia termuntah mendengar suara yang menggoda itu. Ingat kita suka la dengar suara dia yang terkepit-kepit tu?
"Oh, you are not even surprised by me. It seems like you have done figuring out, I guess." Lagi nak cakap!
Aaira hanya diam saja dari tadi. Langsung tidak berminat untuk melawan kata-kata lelaki itu. Dah memang semuanya itu betul, nak cakap apa lagi kan?
Kadangkala menyesal juga dia pilih kerja ini. Kenapa la dia masih lagi tak dapat pengajaran dari yang lepas? Degil. Nak juga buat. Kan nyawa sendiri dah nak melayang.
Tapi, adakalanya Aaira suka kerja yang berbahaya seperti ini. Kerana dia mahu saja lenyap dalam dunia ini. Walaupun dia tak mampu untuk mengakhiri nyawa sendiri.
"Now, shall we go back to the topic?" Suara itu buat Aaira rasa meluat. Dengar suara yang lembut itu tidak langsung memberikan gentar selain daripada rasa annoying. Kenapa dia tak boleh cakap macam biasa je.
Cacat kut.
"Apa yang topiknya? Tak ada, kan?" Balas Aaira kasar sebelum berpaling ke tempat lain. Tak mahu pandang wajah itu.
Sehinggalah dia mendengar suara itu ketawa kecil. Memakinya. Merendahkan maruah dirinya. Semua terselit di dalam tawa itu.
"Oh, no. You're wrong, my lady. We still have a lot to talk about." Aaira mengalihkan pandangan ke arah bunyi pistol yang berada di hadapannya. Kosong matanya menatap pistol itu. Seolah-olah tidak memberi kesan terhadapnya.
Kan dia kata kadangkala dia tak kisah pun malah mahu saja dia mati cepat. Mungkin inilah pengakiran buatnya.
"Do you know what is this?" Aaira ketawa kecil. Sinis dan dingin.
"Only an idiot don't know what that is." Tenang saja jawapan yang Aaira berikan kepada Sean sejurus dapat menerbitkan senyuman manis di bibir Sean.
Tapi dia benci akan senyuman itu.
Matanya tajam melihat pistol yang dihalakan ke dahinya tanpa sebarang getaran langsung. Sebaliknya, bibir Aaira senyum sinis.
"Kau rasa aku akan takut ke dengan pistol tu? Aku dah banyak lalui, Sean. Bukan mentah macam kau!"
Buk!
Rahangnya terteleng sedikit akibat daripada tumbukan itu. Kuat. Sehingga Aaira dapat rasa hujung bibirnya berdarah tapi dia kisah apa.
Tiada apa yang dapat takutkan dia sekarang ini.
Not even death.
Because she was waiting for it to claim her life.
Aaira ketawa sinis. Matanya tajam menikam wajah itu.
"Tu aje? Tak sangat kau ni lembik sangat. Layan perempuan boleh, tapi nak lawan tak boleh eh?" Sinis ayat itu dilontarkan pada Sean.
Sean mengetap rahang. Dia mahu tengok sejauh mana perempuan ini boleh pergi. Tapi, dia pula yang ketawa sinis.
"Aku cuma tahu layan perempuan je eh? Apa kata sekarang ni aku layan kau pula." Terus mati senyuman di bibir gadis itu. Tangan yang diikat itu digenggam bentuk penumbuk. Erat sehingga tangan itu menjadi merah.
Dia boleh mempersoalan kematian, tapi bukan untuk maruah.
"Biasanya perempuan macam kau ni sedap..."
"Aku lebih rela mati kalau macam tu." Bidas Aaira keras. Matanya memerah menahan rasa geram di dada.
"Yakin?" Soalan itu Sean tanyakan pada Aaira. Pistol tadi itu ditujukan tepat ke dahi Aaira selepas itu.
Kini, tiada senyuman di bibir mereka berdua itu.
Dalam hati, Sean agak kagum dengan tingkah laku Aaira yang langsung tidak menunjukkan rasa gentar. Matanya bukan terselit perasaan takut melainkan perasaan dendam yang membara di hati.
"Tapi kan, apa kata aku seksa kau dulu? Lepas tu baru aku layan kau eh?" Sejurus itu, pistol itu dihalakan pada bahu kanan Aaira.
Bang!
Bergema bunyi jeritan Aaira di dalam bilik itu. Deruan nafasnya jelas kedengaran di telinga Aaira.
Namun, Sean mengerutkan dahi apabila selepas beberapa minit, Aaira mula beriak biasa meskipun terdapat peluh di dahi.
Sean berasa tidak puas melihat wajah itu senang. Lantas, pistol diangkat semula tapi kali ini sasarannya adalah pada lengan kiri Aaira.
Bang!
Bunyi erangan Aaira menguasai bilik ini. Seperti tadi, cuma darah sudah banyak keluar. Peluh semakin rancak keluar. Cuma yang membezakan kejadian tadi adalah pernafasan.
Jika tadi mengambil masa beberapa minit untuk Aaira mengatur nafas, kini hanya mengambil masa beberapa saat saja untuk Aaira mengatur nafasnya itu.
Sean terkedu.
"How did you..."
"We were both a villain, Sean." Bidas Aaira sinis. Matanya memandang tepat ke arah Sean yang jelas terkedu itu. Sekali-sekala dahinya berkerut sedikit menahan sakit
"But that doesn't make you the greatest." Aaira menghadiahkan senyuman manis kepada Sean.
"A true villain is a person who had so much experience. They know how to cope with the pain but somehow hurt people to deal with it."
"And you... know nothing." Sean mengetap rahang. Untuk kali terakhir, dia menghadiahkan tumbukan padu pada rahang gadis itu.
"Tak apa. Tak ada kisah pun pasal benda tu. Yang penting, kalau mati pun mati juga, kan? Mari tengok esok pagi ni macam mana ya?" Sean senyum sinis. Tapi semua tahu bahawa dia sentap dan ego.
"Night, my lady."
AAIRA mendengus geram dalam diam. Luka tembakan yang semakin sakit itu buatkan dahi Aaira berkerut. Sakit. Matanya terpejam seketika. Tenang. Nafas diatur supaya menjadi tenang walaupun agak tersekat sedikit.
Focus. Focus. Focus.
Matanya dibuka semula sebelum melilau sekeliling. Menganalisis tempat kediaman ini. Kemudian, tangannya menyeluk pinggang seluar belakang. Tempat dia selalu letak dagger. Apabila dapat capai, dagger itu diambil untuk merungkaikan tali tersebut.
Bibir Aaira menyenget sinis.
Ikatan tali sudahpun terlerai. Laju dia berdiri dari kerusi itu.
Perlahan-lahan dia menapak menghampiri pintu. Perlahan saja supaya tidak ada bunyi yang terhasil daripadanya. Pintu dibuka.
"Kau...!" Belum sempat lelaki itu mahu menjerit, pantas Aaira menutup mulut lelaki itu menggunakan kain tudung yang dikoyak sedikit itu.
"Shh... shh..." Aaira menurunkan badan itu perlahan-lahan.
"Auch!" Rintihnya tatkala luka tembakan di bahu itu semakin sakit.
Tak ada masa untuk memikirkan lukanya, laju Aaira mencari jalan untuk keluar dari situ. Matanya memandang kawasan hutan di gudang ini. Patutlah.
"She's missing!"
Aaira toleh ke arah suara itu. Luka tembakan itu sudah semakin sakit membuatkan pandangan Aaira semakin berbalam-balam.
Sebelum ada tangan yang menarik lengannya...
11 July 2024
YOU ARE READING
MISS ALPHA : CRESSIDA
Romance#2nd under The Ravenes series •The devil in disguise. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar yang menyeb...