‧₊˚ ⋅ 11⭑๋࣭ ⭑

26 1 0
                                    

"SIAPA..."

"Shh!" Baru saja Aaira ingin bertanya, ada satu suara yang mendiamkan Aaira buatkan Aaira terdiam dengan sendiri. Layu matanya memandang lelaki itu. Tapi, tengok rahang lelaki itu dia sudah kenal dah.

Ayyish Rafael.

Automatik Aaira terkedu sesaat. Apa Ayyish buat di sini? Bukankah Ayyish sepatutnya menangkap dia dan bawa kepada Sean? Pelbagai soalan yang timbul di dalam kepala Aaira sekarang ini.

"Dah, jom." Ayyish masih lagi menarik lengan Aaira dan membawanya keluar dari situ. Tapi, nampak gayanya Ayyish masih lagi belum nampak luka tembakan itu kerana lelaki itu di dalam keadaan yang tergesa-gesa.

"Kenapa awak selamatkan saya?" tanya Aaira dengan wajah yang berkerut. Matanya merenung saja wajah lelaki itu dari belakang.

"Kenapa..."

"Diam. Jangan cakap dulu." Mulut Aaira terkunci semula. Diam dia mengikut langkah Ayyish sampailah mereka sudah keluar dari kawasan hutan ini. Nampak sangat Ayyish lebih mahir daripadanya.

Mahu saja mereka meneruskan perjalanan ke mana yang Aaira pun tidak tahu tapi luka di bahu dan lengan terasa semakin sakit menyebabkan lengan Ayyish dicengkam kuat olehnya.

"Kau dah boleh lepaskan..." Tanpa sempat Ayyish meneruskan kata-kata, Aaira sudah terlebih dahulu tumbang di dalam dakapan Ayyish. Layu saja matanya menangkap wajah cemas Ayyish yang melaung namanya.

"Cres? Cres!" Pipinya terasa ditepuk lembut supaya kekal tersedar tapi mata Aaira sudah memberat. Kegelapan sudah mula mengambil alih.

"No! No! Stay awake! Cres!" Laungan itu seolah-olah memberi semangat yang nipis untuk Aaira kekal terjaga.

Mata Ayyish turun ke bawah mahu memeriksa tubuh Aaira namun Aaira membantah. Membuatkan dirinya menerima makian daripada lelaki itu.

"Dah sakit tu buatlah cara sakit!" marah lelaki itu. Tapi, Aaira hanya ketawa saja. Walaupun rasa sakit.

"Biarlah. Menyusahkan je rawat luka ni. Kalau nak mati pun mati juga." Walaupun keadaannya agak kritikal, ia tidak sesekali menghalang Aaira untuk melawan. Dapat dia dengar lelaki itu mencarut.

"Saya penat. I want to sleep. For a very long time." Lirih suara Aaira berkata sebelum matanya tertutup.

"Cres?"

Dan itu adalah kali terakhir dia mendengar suara itu sebelum kegelapan sudah mula mengambil alih.

















MATA yang memberat itu dibuka secara perlahan-lahan. Suasana bilik ini gelap saja. Namun, Aaira dapat rasakan bahawa dia bukan lagi di hutan itu kerana badannya dibaringkan atas sesuatu yang lembut. Katil.

Tanpa sedar, setitis air mata mengalir membasahi pipi mulusnya. Mimpi. Dia bermimpi. Dan Aaira tahu itu bukanlah sekadar mimpi biasa melainkan memori yang menghantui hidupnya.

"Sakit..." rintihnya perlahan. Teresak-esak dia menangis. Dapat dia rasakan luka tembakan itu sedikit pedih setiap kali dia bergerak namun hati yang sakit itu menyebabkan segalanya sakit.

Tiba-tiba saja, ada satu tangan yang menepuk bahunya.

"Sleep Cressida, sleep." Lembut suara itu memujuknya.

"I will always be here for you." Mata semakin mamai akibat daripada tepukan lembut yang mengkhayalkan.

"No one will even gonna leave you. Not me." Dan matanya semakin berat sebelum Aaira tenggelam dalam lena. Tenang dadanya ketika itu. Tak seperti tadi yang berombak kasar apabila bangun dari mimpi buruk.

MISS ALPHA : CRESSIDAWhere stories live. Discover now