"Papa.. callie baru je habis sekolah tak kan lah..- pujuk callie.
"Callie dah cukup umur. Callie dah besar panjang. Sekarang sudah masanya callie ganti papa.." kata papanya. Waffle yang berada di atas pinggan dimasukkan ke dalam mulut.
"Tapi.."pujuk callie lagi. dia melutut di hadapan papanya.
"Kalau ada ibu kamu , papa tak kan paksa kamu. Tapi papa akan paksa adik kamu.." kata papanya. Waffle tadi sudah habis dikunyah.
"Papa buat lawak apa ni.."kata callie.
"Sejak bila aku ada adik..?"bisik hatinya.
"Sebab itu papa cakap, kalau ada ibu kamu papa tak kan paksa kamu.."kata papanya. Dia memandang ke arah callie.
"Ohh.. sorry wi-fi slow.."kata callie. Dia tersenyum.
Papanya menggosok-gosok kepala callie dengan senyuman di bibir. Papanya bangun dan menuju ke kereta.
"Papa pergi kerja dulu, ya.." kata papanya.
Callie yang berada di pintu rumah hanya angguk dan melambaikan tangan.
.
.
.Alan menatap wajahnya di cermin. Kesan lecur dibahagikan kiri wajahnya masih terlihat jelas. Dia hanya mampu menahan rasa sakit. Kalau bukan disebabkan lelaki tua itu, hidupnya tidak akan seperti ini..
Flash back :-
January 2002
Belinda datang ke arah Eden seorang ketua gangster. Eden hanya memandangnya dari jauh.
"Untuk apa kau datang.."kata Eden. Kakinya disilangkan.
"Eden.. saya.."kata Belinda. Dia memandang ke arah konco-konco Eden.
Eden yang memahami keadaan mengarahkan anak buahnya keluar. Setelah itu Belinda mula bersuara.
"Saya mengandung. Saya mengandungkan anak awak.."kata Belinda.
Eden terus bangun dan menuju ke arah Belinda. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan Belinda tadi. Dia berdiri di hadapan Belinda. Jari telunjuknya diletakkan di bawah dagu Belinda dan mendongakkan kepalanya. Dia tersenyum. Setelah melihat senyuman itu Belinda mula terasa aman.
"Jadi..kau nak aku buat apa..?"tanya Eden.
"Apa.. apa maksud awak.."kata Belinda. Pipinya mula dibasahi dengan air mata.
"Mana kau tahu ni anak aku. Entah anak lelaki lain.."kata Eden. Dia menjauhkan tangannya dari muka Belinda.
Satu tamparan kuat kena pada pipi Eden. Belinda menatap tajam ke arah Eden. Eden menatapnya kembali.
"Tak guna!!"kata Eden. Dia membalas kembali tamparan tadi.
Belinda rebah. Dia memegang pipinya. Matanya memandang Eden lagi. Setelah itu Eden menarik rambut Belinda.
"Kau ingat aku hairan sangat dengan hidup mati kau, hah!!"kata Eden lagi.
Tamparan kedua hinggap ke pipi Belinda. Belinda menjerit kesakitan. Eden tidak berhenti memukul Belinda hingga seseorang datang.
"Sayang, kenapa ni.."tanya seorang perempuan.
Perempuan itu datang mendekat dengan Eden. Belinda masih terdiam. Air matanya tidak berhenti mengalir. Tidak lama kemudian dia pun pergi. Perutnya diusap. Jika difikirkan hati mahu saja dia gugurkan janin itu tetapi bila difikirkan semula apa salah bayi berusia 2 bulan itu.
5 tahun kemudian :-
Belinda kembali menjadi pelayan atau pelacur. Demi menyara anaknya yang berusia 5 tahun itu dia sanggup menghadapi apa jua halangan di masa hadapan.
.
.
.Di rumah:-
Alan ditinggalkan di rumah sementara ibunya pergi kerja. Ketika di rumah Alan hanya menghabiskan masanya dengan tidur. Hanya dengan tidur dia dapat menghilangkan rasa lapar. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk kuat. Alan mula ketakutan. Sejak kebelakangan ini beberapa orang lelaki sering datang ke rumahnya. Tetapi setiap kali datang mereka pasti akan mencari ibunya.
"Buka pintu ni!!!"
Ketukan itu tiba-tiba terhenti. Alan bangun menuju ke arah pintu. Terlihat lelaki-lelaki itu telah pergi. Alan membuka pintu rumahnya dengan perlahan. Tidak sempat Alan mengelak pintu rumahnya tiba-tiba ditolak kuat dari luar.
Kepalanya terhantuk pada pintu rumah. Dia rebah. Dia terus menangis setelah terasa sakit pada dahinya.
"Perempuan itu tak ada bos.."kata lelaki yang mengikuti ketuanya itu.
Lelaki itu memandang sekeliling ruang tamu. Kemudian dia memandang ke arah Alan. Lelaki itu kembali memandang ke arah dapur. Terlihat teko yang berisi air panas. Dia mengarahkan salah seorang pengikutnya untuk ambil teko itu.
"Bos.."kata pengikutnya. Dia menyerahkan teko panas itu.
"Kau tak patut hidup dekat dunia ni. Kau cuma akan jadi beban kepada manusia.."kata si ketua.
Air panas itu disiram atas tubuh Alan. Kemudian mereka menggenggam rambut Alan dan menariknya keluar dari rumah itu. Alan menjerit memanggil ibunya.
"Ibu..!!!"jerit Alan. Tiada seorang pun tetangga yang datang menolongnya.
Alan dibiarkan terbaring di atas rumput di luar rumah. Lelaki-lelaki itu pergi meninggalkan Alan yang tidak sedarkan diri.
[ °°°°° ]
Callie :-
:- 27 tahun
:- 169 cmAlan :-
:- 25 tahun
:- 169.5 cmKhairy :-
:- 28 tahun
:- 185 cm°°°
YOU ARE READING
My Girl. [ Slow UpDate ]
ActionCallie yang bermaksud 'wanita yang bebas'. Nama itu diberi agar dapat memberi kebebasan di masa hadapan. Just nk beritahu yang tu je... #sila-sila.. - Slow update Terima kasih atas Support yang telah diberikan..