Bab 16

2 0 0
                                    

Malam gelap tidak berbulan. Matanya memandang langit yang mungkin akan hujan. Tangan kanannya diangkat ke langit. Kelima jari dipandang satu persatu. Dia mengeluh. Satu ketukan di pintu menarik perhatiannya. Kakinya melangkah ke arah pintu itu. Tombol pintu dipulas perlahan. Satu sosok tubuh berdiri di hadapan pintu biliknya. Lelaki setinggi 185 cm itu berdiri tegak di situ.

"Kau nak apa.."tanya dia kenapa lelaki itu.

Wajah lelaki itu layu dan pipinya merah seperti seseorang yang sedang mabuk teruk. Lelaki itu hanya diabaikan.

"Aku.."

Lelaki itu terus jatuh ke dalam pelukan wanita itu. Dia agak terkejut. Tangannya berusaha menahan tubuh lelaki itu.

"Maaf.." kata lelaki itu. Berbisik pada telinganya.

-

Alan yang kebetulan ingin ke biliknya terlihat kelakuan Callie dan Khairy yang lagi asyik berasmara di hadapan pintu bilik Callie. Cawan kopi ditangan digenggam kuat. 'Siang tadi bersama Rayyan, sekarang malam bersama Khairy..' bisik hati Alan.

Dia meneruskan langkah. Mengabaikan pertunjukan yang tidak menarik perhatiannya. Setelah itu pintu biliknya ditutup kuat agar Callie mendengarnya.
.
.

Alan terjaga dari tidur. Dia membuka matanya. Tangan kirinya tidak dapat digerakkan. Seperti darah berhenti mengalir. Matanya beralih ke kiri. Anak matanya terus membulat.

"Cal.."

Badan Alan terus direbahkan. Callie meletak kepalanya diatas dada Alan. Pada masa yang sama dia tersenyum. Alan terkejut melihat karenah Callie yang seperti anak-anak. Entah bila nya Callie masuk ke dalam bilik Alan.

"Aku.."kata Alan. Matanya memandang kepala Callie.

"Aku suka. Suka tidur di posisi begini" kata Callie.

Alan memandang lagi rambut Callie. Tangannya gatal saja ingin menyentuhnya. Tetapi risau apa pula Callie kata. Tambahan pula dia juga suka ketika seseorang tidur diatas dadanya.

"Sentuh lah.. aku tak kisah.." kata Callie.

Alan dengan perlahan menyentuh rambut Callie yang lembut itu. Dia tersenyum. Tetapi posisi itu tidak bertahan lama setelah suara Khairy memanggil nama Callie. Alan mula gelabah.

"Callie..!"panggil Khairy. Namun tiada sahutan.

"Mungkin bos keluar awal pagi ni." kata Jennifer. Dia tidak melihat wajah Callie di pagi itu.

Khairy memandang ke arah bilik Alan. Dia mula berasa curiga. Jennifer juga memandang ke arah bilik Alan. Kemudian dia memandang Khairy. Khairy terus melangkah.

"Lelaki tu, keluar tak lagi.."tanya Khairy.

"Alan, belum keluar bilik. Mungkin dia tak bangun lagi.."kata Jennifer. Dia mengikuti Khairy dari belakang.

Khairy meletak tangan kanannya di tombol pintu. Jantungnya berdegup kencang. Bagaimana sekiranya Callie bersama Alan. Fikirannya kacau. Namun pintu bilik Alan dibuka terlebih dahulu dari dalam. Wajah mengantuk Alan muncul di hadapan pintu. Khairy terdiam. Matanya mencari kelibat Callie di katil Alan. Alan memandang Khairy pelik.

"Nak apa.."tanya Alan. Pura-pura mengantuk.

"Tak.. tak ada apa-apa.."kata Khairy. Dia mengeluh perlahan.

Khairy memandang Jennifer lalu menggeleng kepala. Matanya tidak dapat menangkap kelibat Callie.

"Kau tak bangun lagi. Matahari sudah terpacak diatas kepala baru nak bangun.." kata Khairy.

"Ikut suka aku lah nak bangun jam berapa pun. Bukan ganggu kau pun.." kata Alan. Lalu menutup pintu biliknya.

Khairy dan Jennifer pergi dari situ. Alan melepaskan nafas lega. Dia memandang ke arah katilnya. Terlihat kepala Callie yang keluar dari bawah selimut. Dia tersenyum melihat wajah panik Alan. Callie turun dari katil. Dia melangkah ke arah Alan.

"Kau tinggalkan dia semalam. Kenapa..?"tanya Alan.

"Kita boleh suka seribu orang, tapi hanya boleh cinta satu orang.."kata Callie.

Alan mendiamkan diri. Menandakan dia faham akan maksud Callie itu. Callie meletak tangan di tombol pintu.  Sebelum dia pergi meninggalkan bilik Alan dia berkata sambil tersenyum. Alan sedikit kebingungan.

"Aku tak tidur dengan bekas orang. Kalau lelaki pun nak kan yang fresh , kenapa aku tak boleh.."kata Callie.

My Girl. [ Slow UpDate ]Where stories live. Discover now