Bab 8

6 0 0
                                    

Sepanjang tempoh itu mereka hanya diam. Alan tidak bersuara manakala Johnson juga tidak bersuara. Hinggalah Johnson mula bersuara.

"Callie, dia okey?"tanya Johnson tetiba.

Alan mengerutkan kening. Soalan apakah?. Callie pun dia belum kenal ini kang tanya dia okey ke tak. Okey apa tu yang dimaksudkan. Okey luaran ke atau dalaman. Kalau luaran tu okey la. Cantik, tinggi, body shape pun okey. Tapi kalau dalaman ni..🤔🤔🤔

"Oklah.."balas Alan.

Johnson terus memandang Alan tajam. Alan mula tidak senang duduk. Johnson menatapnya lama. ' oklah ' je. Dia ni nak cakap anak aku tak cantik ke. Atau callie yang memang tak cantik. Johnson memikirkan penampilan callie selama ini.

Semuanya okey. Tidak ada yang kurang. Cuma dia tidak pernah melihat callie memakai skirt atau blaus.

"Aaa.. tuan.."panggil Alan. Dia terkebil-kebil memandang Johnson.

Johnson memandang Alan. Alan mengalihkan pandangan ke arah sosok tubuh yang sedang menuju ke arah mereka.

"Pa.."panggil callie. Callie dengan laju melangkah ke arah papanya.

Johnson tidak memandang ke arahnya. Sebaliknya Alan yang memandang ke arahnya. Dari wajahnya sahaja sudah menunjukkan dia marah.

"Aaa.."kata Alan. Tidak sempat dia berkata apa-apa callie sudah menatap tajam dan menyuruh dia pergi.

Alan faham akan maksud tatapan itu. Dia berdiri untuk pergi. Tidak ingin dia untuk menjadi orang ketiga disitu.

"Kau, tunggu sini.."kata Johnson. Dia masih tidak memandang ke arah mereka.

"Tapi.."kata Alan. Dia duduk di kerusi itu kembali.

Alan memandang callie. Callie tetap mengarahkan Alan pergi. Alan berdiri lagi. Kemudian Johnson arahkan dia untuk duduk semula.

"Apakah. Kalau ya pun korang nak gaduh janganlah libatkan aku!!" Bisik hati Alan.

"Aku cakap, kau stay sini.."kata Johnson. Berkeras.

"Alan..!"panggil callie. Untuk kali pertama callie menyebut namanya. Ia terdengar agak marah.

Alan memandang dua beranak itu. Sepertinya perang dunia kedua akan berlaku. Akhirnya datang seorang lelaki membawa Alan pergi dari situ.

"Mari pergi.."bisik Andy. Alan mengikuti lelaki itu.

Setelah jaraknya lebih 10 meter dari callie dan Johnson dia memandang ke arah mereka semula. Terlihat callie bukan lagi callie yang tadinya seekor singa. Tetapi seperti anak kucing yang meminta susu ibunya.

"Talam dua muka.."kata Alan. Perlahan.

"Siapa.."kata seseorang. Tetiba.

Alan memandang ke arah Andy yang dari tadi berada di sebelah kirinya. Dia memandang dadanya. Terkejut dengan Andy yang tetiba bersuara.

"Bos, memang macam tu. Jangan mimpilah dia bermanja depan kita macam tu.."kata Andy.

"Bos?.."kata Alan. Dia kebingungan. kenapa mesti memanggil callie dengan panggilan bos.

Dia memandang callie. Di fikirannya masih terfikir siapa callie yang sebenarnya. Adakah dia juga seorang gengster seperti Eden. Suatu hari nanti pasti satu persatu rahsia ini akan terbongkar. Dia akan mencari setiap jawapan pada persoalan yang berada di fikirannya.

' Hanya masa yang menentukannya '
.
.

My Girl. [ Slow UpDate ]Where stories live. Discover now