Bab 4[ RAHSIA TERBONGKAR ]

9 0 0
                                    

Alan mula kehairanan selama 3 hari callie tidak datang ke situ. Adakah sebab apa yang berlaku sebelum ini. Alan mengeluh. Dia memandang jam di tangan yang sudah pukul 9 malam itu menandakan shif kerjanya selesai.

Alan pulang seperti biasa. Dalam hatinya masih terfikirkan callie. Secara tidak sengaja telinganya terdengar beberapa tembakan di lepaskan. Alan memberanikan diri untuk pergi melihat kawasan itu.

"Ada pergaduhan.!!"kata Alan. Dia pergi dengan diam ke kawasan tersebut.

Alan mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi polis. Langkahnya semakin perlahan setelah tiba di situ. Dia memandang sekeliling kawasan itu. Terlihat 2 orang lelaki sedang mengacukan pistol kearah sekumpulan gengster. Manakala 10 orang lagi berdiri di sisi pemimpinnya.

"Bos kami tak akan duduk diam kalau kau apa-apa kan kami. Jadi.. bersiap lah untuk mati!!"kata kata ketua kumpulan yang diacukan pistol itu.

"Begitu..ya.."kata callie. Dia mendekati lelaki itu.

Callie memberi isyarat kepada 10 orang di sisinya untuk tidak mengikutnya. Lelaki-lelaki yang diacu pistol mula ketakutan. Alan yang melihat callie berada di situ juga terkejut.

"Si.. siapa dia sebenarnya.."bisik hati Alan. Fikirannya dipenuhi tanda tanya.

"Hanya seekor anak rusa yang berangan-angan menjadi raja hutan.. menyedihkan.."kata callie.

Callie mengeluarkan pistol yang terselit di pinggangnya lalu diacukan ke dahi lelaki itu. Alan yang berada jauh lagi bertambah terkejut melihat callie memegang pistol.

"Kau hanya sampah yang dia kutip. Kalau kau mati, dia hanya akan mencari pengganti tempat kau.."kata callie.

Callie melepaskan tembakan ke dahi lelaki itu. Alan menutup matanya. Jantungnya berdegup kencang setiap kali terdengar suara tembakan. Callie mengambil tuala yang diberi pengikutnya lalu membersihkan tangan yang terkena sisa darah.

"Uruskan sampah-sampah ni semua."kata callie.

Beberapa saat kemudian terdengar suara kereta polis datang ke situ. Callie memandang ke arah polis yang menuju ke arahnya.

"Nampaknya seseorang sudah melihat apa yang kau telah lakukan.."kata polis itu.

Callie mengabaikannya. Polis itu menghulurkan tangan untuk bersalam.
Callie tetap sahaja mengabaikan.

"Seseorang menghubungi pihak polis dan memberi tahu ada pergaduhan berlaku di sini."kata polis itu. Polis itu menarik kembali tangannya.

"Jadi.."kata callie.

Callie masuk ke dalam kereta tanpa memperdulikan polis itu. Polis itu mengeluh. Dia tersenyum dengan sikap jual mahal callie.

"Biarkannya. Aku akan uruskan semuanya.."kata polis itu.

"Mari pergi.."kata callie.

Callie mengarahkan pengikutnya untuk pulang dan membiarkan polis itu yang uruskan kawasan itu. 6 biji kereta bergerak meninggalkan kawasan itu. Alan yang berada jauh dari situ terkejut. Malah polis juga bersubahat dalam situasi itu.
.
.
.

Setelah 1 minggu berlalu, callie kembali ke situ semula. Matanya mencari kelibat Alan. Tetapi tidak kelihatan. Dia terus berjumpa dengan pengurus tempat itu.

"Mana pergi lelaki yang aku cakap hari tu.."tanya callie. Dia memeluk tubuh.

"Aaa.. sebenarnya.."terang majikan Alan.

"Aku tanya mana dia, bukan penjelasan!!"marah callie. Dia menatap tajam ke arah lelaki itu.

Lelaki itu melutut di hadapan callie. Kedua tangannya digosok laju. Takut dengan kemarahan callie. Tidak berani dia untuk menatap mata callie.

"Mana.. dia!"tanya callie lagi.

"Dia.. dia sudah berhenti."kata lelaki itu. Dia masih menundukkan kepala.

Callie terkaku. Lelaki itu dengan pantas berdiri dan mencari maklumat tentang Alan dan diberikan pada callie. Callie memandang fail itu.

"Ni semua maklumat tentang Alan. Budak tu.."kata lelaki itu. Tubuhnya masih menggigil.

Callie mengambil fail itu. Dia melihat isi kandungan dalam fail itu. Dia terus pergi setelah melihat alamat rumah Alan. Ternyata Alan hanya belajar hingga umur 10 tahun. Tetapi didalam fail itu tidak pula tertulis nama ibu dan bapa Alan. Callie menuju ke rumah Alan seorang diri. Dia mengarahkan pengikutnya untuk tidak mengikutnya.

.
.
.

My Girl. [ Slow UpDate ]Where stories live. Discover now