Bab 18 [ PERHIMPUNAN ]

1 0 0
                                    

25 November..

Callie diberitahu bahawa keluarganya akan mengadakan perhimpunan besar-besaran. Itu bermaksud saudaranya juga akan dapat. Callie tiba-tiba terfikir untuk mengubah penampilannya ketika. Dia juga mencari pereka fesyen terkenal untuk baju yang akan dia pakai ke sana.

"Bos, bajunya sudah siap.." kata Andy.

"Bagus.."kata Callie. Dia menghembuskan nafas.

"Yang hadir adalah keluarga Diana, keluarga Fendy dan keluarga.."kata Andy. Katanya dipotong Callie.

"Uncle Ben.."kata Callie. Matanya memandang fail diatas mejanya.

"Ya.."jawab Andy.

"Mana mungkin keluarganya tak datang dalam perjumpaan seperti ni.." kata Callie.

Callie berdiri dan melangkah ke arah baju yang dibawa Andy. Dia tersenyum melihat gaun gray yang telah siap dijahit. Dia kembali memandang Andy.

"Carikan aku satu sut gray.."kata Callie.

"Sut gray..?"kata Andy. Hairan.

"Berikan kepada Alan. Aku akan bawa dia ke sana.."kata Callie.

Andy memandang tidak percaya. Sejak bila pula hubungan mereka baik. Kenapa bukan dia?. Andy mengerutkan kening.

"Aaa.. saya?."tanya Andy. Tersenyum kecil .

"Untuk apa aku nak bawa kau.." kata Callie.

"Alah.. bos. Bolehlah.."pujuk Andy.

Callie memandang Andy pelik. Jika difikirkan semula, sepanjang Andy bersamanya tidak sekali pun dia membawa Andy ke majlis atau perhimpunan seperti ini.

"Untuk pertama kali ni, aku bawa kau.."kata Callie. Dia memeluk tubuh.

"Yeah.."Andy melompat gembira.

Andy pergi dari situ. Callie tersenyum melihat karenah Andy. Pada masa yang sama dia juga terfikir perkara apa yang diadakan hingga perhimpunan ini melibatkan seluruh keluarga.
.
.

Callie melangkah masuk ke dalam dewan dimana semua saudara sudah hadir. Di sisi kirinya diikuti Andy yang memakai sut hitam manakala di kanan adalah Alan yang memakai sut gray secocok dengannya. Callie memeluk satu tangan Alan dan menuju ke arah kelopak saudaranya berhimpun.

"Eh, itu kan.."

"Mama, siapa tu. Cantiknya.."

"Wahh.."

"Itu kan, Callie. Anak Johnson.."

"Sudah besar dia. Last jumpa dulu umurnya baru 8 tahun.."

Alan terlihat kekok ketika dipandang begitu. Tambahan pula Callie yang tiba-tiba berkelakuan seperti ini. Matanya tertangkap wajah Khairy bersama seorang wanita. Kedua-dua mereka terlihat sepadan.

"Tapi siapa pula disisinya.."

"Kenapa dengan parut di wajahnya.."

Alan dapat mendengar pertanyaan itu. Alan menggigit bibir bawahnya menahan malu. Alan menutup parut di wajahnya dengan tangan kirinya. Callie yang melihat kelakuan Alan terus memberinya amaran.

"Turunkan tangan kau. Atau kau tahu akibatnya.."kata Callie.

"Kau bawa aku bersama hanya untuk memalukan aku, ke.."tanya Alan.

Callie terus menjadi marah. Dia berhenti melangkah. Dia memandang Alan yang masih menutup wajahnya.

"Kau.!."kata Callie. Dia menurunkan tangan kiri Alan.

"Callie.."panggil seseorang.

Callie memandang wanita yang memanggilnya itu. Wajah itu berjalan bersama dua orang anaknya.

"Sudah lama aunty tak jumpa kamu.." sapa Diana.

Diana adalah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan Fendy merupakan anak kedua manakala Ben anak ketiga. Johnson pula anak sulung. Johnson mempunyai seorang anak iaitu Callie. Fendy pula mempunyai dua anak perempuan tetapi disebabkan satu kemalangan salah seorang anaknya meninggal. Ben tiada anak kerana belum berkahwin. Diana mempunyai dua orang anak iaitu Khairy dan Jenny. Terdapat juga beberapa orang rakan mereka yang hadir.

"Aunty Diana.."kata Callie. Dia mengukir senyum.

"Cantik kamu malam ni.."kata Diana. Dia juga tersenyum.

"Mana ada.."kata Callie sambil ketawa kecil.

"Khairy ada cakap pasal kamu. Dia betul-betul menyesal. Aunty harap kamu dapat maafkan dia.."kata Diana. Dia memandang Khairy.

"Aaa.."Callie cuba untuk ramah dengan seorang saudaranya. Tetapi setiap perjumpaan hanya soalan itu yang diajukan. Maaf. Tak semudah itu.

"Callie, aku betul-betul minat maaf. Aku sudah menyesal.."kata Khairy. Dia menarik tangan Callie untuk memohon maaf.

Callie menarik tangannya kembali. Seorang lagi gadis menyapu dari jauh. Callie mendekati gadis itu.

"Callie..!!"panggil gadis itu. Dia melambaikan tangan ke arah Callie.

"Anna.." bisik hati Callie. Dia tersenyum melihat gadis itu.

Callie pergi ke arah meja yang gadis itu berada. Di sisinya adalah Fendy. Callie melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan gadis itu. Dia mengarahkan Alan duduk di sisi. Alan menarik kerusi yang berada di sisi Callie. Namun Khairy terlebih dahulu duduk di situ. Alan memandang Khairy.

"Kenapa. Bukankah kau cuma orang bawahannya.."kata Khairy.

"Dia cuma orang bawahan tapi ada hati nak duduk di sisi Callie.."

"Tak sedar diri.."

"Sudahnya muka hodoh.."

Mendengar percakapan itu Alan terus beralih untuk pergi. Callie menahan tangan Alan. Kemarahannya bertambah ketika mendengar bisikan dari tetamu di situ. Khairy dengan pantas menarik tangan Callie dan membiarkan Alan pergi.

"Callie, betul apa yang dikatakan mereka. Dia cuma bawahan." Kata Khairy. Dia menjeling ke arah Alan.

Callie merentap tangannya lagi. Dia kembali menarik tangan Alan untuk kekal di situ. Matanya memandang reaksi orang ramai ketika dia memperlakukan Khairy sebegitu. Sepertinya sebahagian daripada mereka tidak tahu bahawa dia dan Khairy sudah putus tunang.

"Dia bukan bawahan aku.."kata Callie.

Apa yang dikatakan Callie mengejutkan mereka semua. Alan yang mendengar ucapan itu terpesona seketika. Dia memandang cincin yang tersarung di jarinya dan Callie. Cincin itu diberikan Callie beberapa bulan lalu. Callie juga tidak berkata apa-apa setelah memberi cincin itu. Jadi Alan tidak tahu apa maksud disebalik pemberian itu.

.
.

INFO:-

JOHNSON
:- ANAK SULUNG
:- AYAH CALLIE

FENDY
:- ANAK KEDUA
:- AYAH AMANDA, ANNA

BEN
:- ANAK KETIGA
:- SINGLE

DIANA
:- ANAK KEEMPAT
:- IBU KHAIRY, JENNY

BELINDA
:- ANAK BONGSU

My Girl. [ Slow UpDate ]Where stories live. Discover now