Bab 5

7 0 0
                                    

Pintu rumah Alan dibuka. Hanya terlihat kosong. Callie melangkah masuk. Dia memandang sekeliling. Hanya satu bilik. Callie membuka pintu bilik Alan. Matanya membulat. Terlihat kesan darah pada katil dan lantai.

Mukanya menyembunyikan seribu makna. Dia terus menghubungi konco-konconya. Kakinya melangkah keluar dari rumah itu. Kereta yang dipandu callie laju meninggalkan kawasan itu.
.
.
.

2 hari sebelum:-

Alan yang masih tidur terjaga setelah pintu rumahnya diketuk kuat. Dia turun dari katil dan menuju ke pintu. Tubuhnya masih lemah disebabkan demam panas. Setelah melihat kejadian tempoh hari dia membuat keputusan untuk berhenti kerja demi keselamatan dirinya.

"Kejap.."kata Alan. Pintu itu terus menerus diketuk.

Alan membuka pintu rumah. Terlihat seorang lelaki bersama 2 orang pengikut berdiri di hadapan Alan.

"Eden.."kata Alan. Terkejut. Dia mengundur ke belakang.

"Bawa dia.." kata Eden.

Alan berlari masuk ke dalam biliknya semula. Tidak pasti apa yang ditakutkan dia. Adakah sebab dia sedang lemah ketika itu atau sebab tidak mahu sejarah berulang lagi.

"Ya, tuhan... tolonglah.."mohon Alan.

Eden melepaskan tembakan. Tembakan itu terkena pada kaki Alan. Dia menjerit kesakitan. Alan naik ke atas katil. Darah pada kakinya membasahi cadar katil.

"Tak guna!!"kata Alan. Dia menahan sakit yang teramat sangat.

"Kali ni kau tak kan dapat lari lagi.."kata Eden.

Kepala Alan di tutup dengan beg hitam. Manakala kedua tangannya diikat. Alan dibawa pergi setelah tubuhnya mula lemah.
...

Badan Alan diikat pada kerusi. Kepalanya masih ditutup dengan beg hitam. Tubuh Alan disiram dengan air. Alan membuka matanya perlahan-lahan. Terlihat gelap. Hanya terdengar suara orang-orang yang sedang bercakap.

"Hoii..., bangun!!.."panggil Eden.

Beg hitam di kepala Alan dibuka. Tubuhnya ditendang kuat. Alan Memandang sekeliling.

"Eden.."kata Alan. Rasa sakit di kaki masih tidak hilang. Darah pada kakinya mengalir keluar lagi.

"Kau tak layak untuk hidup, kau tahu tak. Kau.. hanya akan jadi beban kepada manusia..!"kata Eden.

"Apa... apa salah aku.. dekat kau.." tanya Alan. Air matanya menitis.

"Kau dengan ibu kau, sama saja. Hanya sampah masyarakat!!"kata Eden marah. Entah apa yang dia marah pada anaknya itu.

Alan hanya mampu menahan sakit setelah Eden mengarahkan pengikutnya untuk memukul kedua kaki Alan.

"Aahhrr!!!"jerit Alan. Otaknya buntu.

Mereka terus menerus memukul Alan. Adakah Alan hanya akan menahan sakit. Atau dia akan ambil tindakan sedangkan tubuhnya diikat pada kerusi.
.
.
.

"Cari dia. Cari mana dia berada sekarang..!"arah callie.

Callie mula resah. Tidak pasti resah tentang apa. Dia mengarahkan 20 pengikutnya untuk mencari keberadaan Alan. Fikirannya terbayang kesan darah dalam bilik Alan. Otaknya mula keliru. Untuk apa dia perlu risau. Sedangkan Alan seorang lelaki dewasa bukan seorang kanak-kanak.

"Bos!!"panggil pengikutnya.

"Kami jumpa DNA lain dalam bilik itu. Mungkin orang itu ada kena mengena dengan hal ni.."kata rakannya.

"Cari.. cari orang tu.."kata callie. Tegas.

Setelah DNA itu disahkan callie terus mencari keberadaan lelaki itu. Setelah 3 jam mencari pengikut callie membawa lelaki itu kepadanya. Lelaki itu ketakutan mana taknya setelah tahu orang yang menculiknya itu adalah seorang ketua mafia. Sedangkan dia hanya gengster kecil-kecilan.

"Mana kau letak lelaki ni!"tanya callie. Sepucuk pistol diacukan pada kepala lelaki itu.

"Le.. lelaki. Mana ada.."kata lelaki itu dipotong setelah callie menunjukkan sekeping gambar Alan.

"Kau boleh mati bila-bila saja, kalau aku nak kau mati.."kata callie. Pistol itu dialihkan ke bahagian utama lelaki itu.

"Tunggu. Aku.. tahu dia dimana sekarang.."kata lelaki itu.

Callie tersenyum. Dia melepaskan tembakan pada paha kanan lelaki itu. Lelaki itu menjerit kesakitan.

"Sila.. tunjukkan jalan.."kata callie. Dia tersenyum sinis.

"Ba.. baik."balas lelaki itu.

Lelaki itu berjalan masuk ke dalam kereta dan memberi tahu arah keberadaan Alan. Driver hanya mengikut arah yang ditunjukkan.

.
.
.

My Girl. [ Slow UpDate ]Where stories live. Discover now