Sejak itu Lia hanya mendiamkan diri. Dia hanya mengurung diri di dalam bilik. Lebih memilih untuk mengulang kaji. Lia hanya keluar dari bilik ketika ingin makan. Tetapi kali ini berbeza..
"Macam mana dengan tangan. Dah okey..?"tanya Callie. Dia duduk di sisi Rayyan yang berada di ruang tamu.
"Takit.."Rayyan menunjukkan muka manja.
Lia yang kebetulan ingin keluar dari bilik terlihat kelakuan mereka berdua. Callie menggosok-gosok kepala Rayyan. Alan yang berada di dapur juga melihat kelakuan mereka. Tetapi matanya lebih memilih untuk memandang Lia yang berada di pintu biliknya.
"Dia.. cemburu."kata Alan. Perlahan.
Alan terdiam. Dia memandang Rayyan kemudian kembali memandang Lia. Ternyata begitu. Besar kali ujian mu dek. Pasrah kan aja. Alan mengeluh. ' saingan kau bukan kaling² dek. ' bisik hati Alan. Alan terus pergi dari situ.
"Siapa budak tu.."
Alan terus memandang ke arah belakang. Terkejut tiba-tiba seseorang mula bersuara.
"Aaa.. dia, entah. Pergi tanya sendiri." Alan terus pergi.
Khairy hanya memandang dengan penuh rasa benci. Entah siapa pula yang Callie bawa pulang kali ini.
.
.Alan mengikuti Callie dari belakang. Sejak beberapa hari ini Callie kerap membawanya bagi menemaninya bersama Rayyan. Adakah dia cuba membuat Alan cemburu. Alan mengerutkan dahinya.
"Benda itu tak akan berlaku.." bisik hati Alan.
Alan memandang ke arah lain. Terasa menyampah tetiba.
"Aaa.. mom.., I pergi toilet kejap ek." Kata Rayyan. Wajah manjanya dipamerkan.
"Okay.."kata Callie. Satu senyuman terukir di bibirnya.
Rayyan terus pergi. Tetapi senyuman itu hilang setelah Rayyan pergi. Callie mengeluarkan telefon bimbitnya. Alan dapat melihat wajah palsu Callie. Seperti ini bukanlah seperti yang diinginkannya. Seperti dipaksa.
"Aaa.. Callie."Alan mula bersuara.
"Tentang semalam.."Callie terus mencelah. Dia memandang tepat ke arah Alan.
Alan terdiam. Soalan itu mengingatkan kepadanya apa yang telah terjadi pada malam itu. Alan menyentuh bibirnya. Dia mula ingat akan apa yang telah berlaku kepada mereka semalam. Dia secara tidak sedar mencium dahi, hidung dan mulut Callie. Niatnya hanya untuk meredakan kesedihan Callie.
"Tentang itu.."cuba memberi penjelasan.
"Aku.. ada cakap apa-apa, tak.."tanya Callie.
"Cakap? Maksud?"soal Alan kembali. Bingung.
"Sesuatu yang tak perlu aku cakap. Sebab aku mimpi sesuatu yang aku tak nak ia berlaku.." kata Callie. Dia kembali fokus kepada fon nya.
Alan sekali lagi terdiam. Adakah apa yang dimaksudkan Callie itu adalah apa yang Alan lakukan padanya ketika malam itu.
"Tak.. tak ada apa-apa. Kau cuma tertidur.."kata Alan. Alan mengukir senyuman. Senyuman yang tidak ingin dia mengukir nya.
"Callie.., Alan. Maaf sebab tunggu lama."kata Rayyan. Dia berlari anak ke arah mereka berdua.
"Jom.."ajak Callie.
Rayyan memeluk bahu Callie. Mereka melangkah bersama. Alan masih terdiam disitu. Telapak tangannya digenggam.
"Kenapa.., kepada kau wujudkan aku dalam hidup kau.."kata Alan.
Kalau ingin mempermainkan kenapa harus begini. Rasa sakit memenuhi ruang hatinya. Sakit yang tidak tahu punca lukanya datang dari mana.
"Atau.. aku yang salah faham."
Seribu satu soalan timbul di fikirannya. Kakinya berat saja untuk melangkah maju. Itu bukanlah apa yang dia inginkan.
"Callie, kenapa..?"
Rayyan:-
-: 17 tahun
-: 172.5 cmLia :-
-: 13 tahun
-: 160 cm
YOU ARE READING
My Girl. [ Slow UpDate ]
ActionCallie yang bermaksud 'wanita yang bebas'. Nama itu diberi agar dapat memberi kebebasan di masa hadapan. Just nk beritahu yang tu je... #sila-sila.. - Slow update Terima kasih atas Support yang telah diberikan..