Johnson terus pulang setelah bermanja dengan callie. Callie melambaikan tangannya pada Johnson yang telah pulang. Tapi wajah gembiranya tadi terus hilang setelah kereta yang dinaiki Johnson melepasi pagar. Callie berpusing menatap Alan dan Jennifer. Jennifer menundukkan kepalanya. Callie melangkah ke arah Jennifer. Alan sedikit bingung.
"Asal kau biarkan dia keluar.."kata callie. Dia menampar pipi Jennifer.
Mereka terdiam. Jennifer melutut di hadapan callie. Alan memandang tidak puas hati. Kenapa mesti marahkan Jennifer sedangkan dirinya yang keluar sendiri. Alan terus berdiri di hadapan callie apabila terlihat callie ingin memukul Jennifer lagi.
"Ke tepi.."kata callie. Callie memandang Alan.
Alan memberanikan diri untuk melawan callie. Baginya callie sudah melampau. Tidak kisahlah siapa pun callie kepada mereka.
"Aku tak kan benarkan kau pukul dia. Kau tak ada hak..!"marah Alan.
"Hak.."kata callie. Dia tersenyum.
Alan tetap dengan pendiriannya. Dia tidak akan berganjak dari tempatnya berdiri.
"Sekarang biar aku tanya kau pula...apa hak kau nak halang aku.. dan.. untuk apa kau nak halang aku.."kata callie. Dia mengeluarkan pistol yang terselit di belakang pinggangnya dan mengacukan pada Alan.
Alan terkaku. Terkejut setelah callie mengeluarkan pistol. Namun dia tidak berganjak.
"Tak kisahlah untuk apa pun. Tapi yang aku tahu dia tak bersalah.. dan dia tak patut dihukum.."kata Alan. Dia masih keras kepala.
Callie terus melepaskan tembakan. Tetapi sengaja dia menyasarkan pada pasu bunga di belakang Alan. Alan menutup telinga apabila tembakan dilepaskan. Bunyi tembakan itu memasuki gelombang telinganya. Bunyi tembakan itu juga menarik perhatian orang-orang callie yang menjaga pagar.
"Kau hanya orang yang tak berguna.." kata callie. Dia menurunkan tangan ke sisi. Dia pergi dari situ.
"Jadi... untuk apa kau selamatkan aku.." tanya Alan.
Callie tidak menghiraukannya. Dia terus keluar dari rumah itu dan menuju ke suatu tempat. Alan hanya memandang callie pergi. Kemudian dia melihat Khairy yang mengikuti callie dari belakang. Dia kembali memandang Jennifer yang masih terduduk.
"Kau ok..?"tanya Alan.
"Okey.."kata Jennifer. Kemudian dia tersenyum.
"Kepada kau senyum.."tanya Alan lagi.
"Berani awak bertengkar dengan bos.. dekat sini tak ada yang berani lawan cakap dia.."kata Jennifer. Dia kembali berdiri.
"Apa-apa pun, dia tetap salah. Dia tak patut buat orang bawahan dia macam tu..tak kisahlah siapa pun dia.."kata Alan.
"Awak memang tak tahu apa-apa. Sejujurnya dia dia hak untuk lakukan apa saja pada kami. Terutamanya pada saya.."kata Jennifer. Dia menggelengkan kepala.
"Maksud kau, apa.."tanya Alan. Dia bingung.
"Saya hanya penumpang tak seperti yang lain. Saya yang minta untuk tinggal di rumah ni sedangkan saya sudah tahu apa akan berlaku kalau saya masuk rumah ni. Tak seperti yang lain yang sememangnya pengikutnya.."kata Jennifer.
"Aku.. tetap tak faham.."kata Alan.
"Sebenarnya saya adalah bekas pengikut musuh callie. Musuh yang telah bunuh ibunya. Demi selamatkan anak saya, saya meminta callie kebenaran untuk menjadi pengikutnya." Terang Jeniffer.
"Aku.. tetap tak faham apa yang kau cakap, Jennifer.."bisik hati Alan. Dia tersenyum.
"Syukur sekarang anak saya sudah selamat.."kata Jennifer.
"Anak? Yang itu ke anak kau..?"tanya Alan. Alan menunding jari ke arah gambar callie bersama anak kecil.
"Ya.."kata Jennifer.
"Kejamnya. Sudahnya kau diperlakukan seperti hamba, malah anak kau pula diambil dari kau.."kata Alan. Dia terasa marah setelah mengetahui perkara sebenar.
"Tak.. bukan macam tu. Awak dah salah faham ni. Bos sebenarnya.."kata Jennifer.
"Tak perlu jelaskan lagi. Aku pasti akan tolong kau dapatkan hak penjagaan anak kau semula.."kata Alan. Dia terus pergi.
Jennifer terpinga-pinga seketika. Tidak sempat dia memberi penjelasan. Harap Alan tidak salah faham dengan apa yang dia terangkan padanya. Dia mengejar Alan untuk menjelaskan perkara sebenar. Namun Alan sudah hilang entah ke mana.
°
°
°
YOU ARE READING
My Girl. [ Slow UpDate ]
ActionCallie yang bermaksud 'wanita yang bebas'. Nama itu diberi agar dapat memberi kebebasan di masa hadapan. Just nk beritahu yang tu je... #sila-sila.. - Slow update Terima kasih atas Support yang telah diberikan..