Bab 17 [ ANNA ]

4 0 0
                                    


18 Tahun sebelum..

Bagi Anna Amanda bukanlah seorang kakak yang baik. Selalu saja membulinya. Hati mula bersuara. Amanda tidak layak untuk menjadi kakaknya. Dia hanya seseorang yang akan memberi masalah kepadanya.

"Pergilah masak sendiri. Jangan asyik makan makanan aku je.." marah Anna.

"Alah.. nanti kau buatlah yang lain.." kata Amanda.

Amanda mengambil makanan Anna dan masuk ke dalam biliknya. Anna hanya menahan sabar. Itu bukanlah kali pertama baginya.

Di pantai:-

Istana pasir yang dibuat Anna terlihat cantik dibandingkan dengan istana pasir Amanda. Anna tersenyum gembira melihat hasil binaannya sendiri.

"Tengok-tengok. Cantikkan. Yang kau pun buruk.."kata Anna. Pasir ditangan di sapu.

Amanda memandang istana pasir itu. Dia mula terasa marah. Istana pasirnya dipijak hingga hancur. Kemudian ditujukan ke arah istana pasir Anna. Kedua istana pasir itu dihancurkan. Anna menolak Amanda hingga jatuh. Dia berlari ke arah dua orang lelaki yang mengawasi mereka sambil menangis.

"Dia hancurkan istana, Anna.." kata Anna. Dia menggosok kedua kelopak matanya.

"Ala.. sikit je pun.."kata Amanda. Dia memandang ke arah istana pasir milik Anna yang sudah rata.

"Kakak, jahat. Kakak, jahat!!!.."kata Anna. Tidak berhenti menangis.

Amanda cuba memujuk hati adiknya itu. Sepertinya kali ini benar-benar merajuk.

-

Hingga suatu hari Anna mengikuti Amanda yang lagi keluar seorang diri tanpa pengawasan dua orang lelaki itu. Amanda yang sedar Anna sedang mengikutinya hanya membiarkan sahaja. Tiba-tiba dua orang lelaki yang menaiki motosikal datang dari arah belakang mereka. Amanda sedar akan niat jahat mereka. Dia terus memberhentikan langkahnya. Dia memandang dua orang lelaki itu. Mereka lelaki yang sama. Ketika di pantai Amanda melihat lelaki yang sama berada jauh dari mereka.

"Anna!!"panggil Amanda. Tegas.

Amanda mengeluarkan telefon bimbitnya dan diberi kepada Anna. Ketika itu telefon bimbitnya sudah dihidupkan location. Seseorang pasti akan dapat mencari keberadaan mereka.

"Ambil ni.."kata Amanda. Dia berdiri di hadapan Anna.

"Amanda, apa kau buat ni.. aku tak nak.."kata Anna.

Anna mula gelisah. Apatah lagi salah seorang lelaki itu membawa kayu besbol. Telefon Amanda berada di tangannya. Jantungnya tidak berhenti berdegup dengan kencang. Apa yang dilakukan Amanda adalah kerja gila. Tidak pernah sama sekali Amanda sebegitu. Tetiba menjadi seorang yang ambil tahu tentangnya.

"Amanda.."panggil Anna. Air matanya mengalir deras.

Anna tidak dapat menahan sedihnya. Melihat Anna yang tidak pergi Amanda terus menampar pipi Anna dengan kuat.  Anna terkedu seketika.

"Pergi!!.."jerit Amanda.

Anna berlari pergi setelah ditampar oleh Amanda. Hatinya marah. Setelah jauh melarikan diri Anna kembali memandang ke arah Amanda. Langkahnya terhenti. Anak matanya hanya memandang Amanda yang sudah melutut di hadapan dua orang lelaki itu sambil diacu pistol. Terlihat Amanda yang sudah siap untuk pergi.

"Aku cuma tak nak benda tu, berulang lagi.."bisik hati Amanda.

Matanya memandang Anna yang sudah pergi jauh. Kedua matanya dipejam setelah pukulan yang sangat kuat dari dua lelaki itu. Di belakang kepalanya hingga terasa cecair panas mengalir keluar. Namun tidak sakit sama sekali. Tangan kanannya juga tidak lagi dirasainya. Apatah lagi kedua kakinya yang entah kayu putih apa yang telah menembusi kulit kakinya.

"Aku.."Amanda bersuara dengan perlahan.

' Bang!!! '

Anna terdiam. Hanya suara esakan yang keluar dari mulutnya. Dia bagaikan mimpi melihat Amanda jatuh di hadapannya. Anna kembali melarikan diri. Meskipun kakinya lelah.

"Tak guna. Kau cuma kakak yang tak guna!!"jerit Anna.

Anna rebah setelah dua orang bodyguard mereka datang mendekat. Anna hanya terdengar suara tembakan. Matanya mula layu.

"Ke.. kenapa.."kata Anna. Anna tertidur diam.

Setelah hari ke 3 setelah pemergian Amanda mama dan papanya sibuk menguruskan hal-hal pengebumian. Anna hanya berkurung di dalam bilik. Telefon Amanda masih di tangannya. Matanya beralih ke arah meja tulis Amanda. Terlihat buku diari Amanda yang di tiup angin. Anna melihat isi kandungan diari itu.

Day 29

Aku dapat mimpi yang sama lagi dimana seorang lelaki datang untuk membunuh Anna. Adik aku. Keadaan yang sama. Situasi yang sama. Dan reaction yang sama. Aku hanya lihat dia di bunuh di depan mata. Tanpa melakukan apa-apa.

Day 30

..

Anna terdiam. Dia mencari isi selebihnya. Adakah Amanda tidak sepadan menulisnya. Anna menyelak helaian kertas itu hingga ke belakang. Cuma tertinggal satu patah perkataan di helaian terakhir iaitu..

Sorry, Anna..
...

My Girl. [ Slow UpDate ]Where stories live. Discover now