Bab 3

9 0 0
                                    

Alan diarahkan untuk menghantar 5 botol ' Taste of Diamonds ' champagne itu ke sebuah bilik VVIP. Setelah mendengar arahan itu dia mula mengatur langkah. Bilik VVIP, ini merupakan kali pertama dia melayan tetamu VVIP. Dia juga tidak pasti apa yang akan berlaku jika dia tersilap langkah.

Pintu bilik 020 diketuk. Dia melangkah masuk. Terlihat seorang wanita terbaring di atas sofa panjang. Alan memandang ke arah wanita itu. 5 botol champagne itu diletakkan di atas meja.

"Aaa..ni.."kata Alan.

"Berikannya pada bilik sebelah.."kata callie. Matanya dibuka sedikit.

"Aaa..ya."kata Alan.

Alan berdiri kembali dan pusing untuk keluar dari situ. Dia sedikit kehairanan. Adakah ini salahnya.

"Aku salah hantar, ke.."bisik hatinya.

"Tunggu.."kata callie.

Langkah Alan terhenti. Dia pusing memandang ke arah callie. Terlihat callie mengeluarkan pistol dan meletakkannya di atas meja. Alan mula terasa seram sejuk. Adakah dia telah melakukan kesalahan.

"Ya.."kata Alan. Dia terlihat sedikit ketakutan.

"Tinggalkan 1 botol di sini.." kata callie. Kakinya disilangkan. Dia memandang ke arah Alan.

"Huh, nasib baik.."bisik hati Alan.

Alan meninggalkan 1 botol champagne di situ lalu pergi dari situ. Lebihan botol itu diberikan pada bilik 021.

Setelah 1 jam berlalu, Alan tiba-tiba dipanggil oleh majikannya. Alan melangkah masuk ke dalam bilik majikannya. Matanya terpaku memandang callie yang berada di dalam bilik itu.

"Ya, boss .."kata Alan, menuju ke meja.

Callie tidak memandang Alan. Dia terus bangun dan pergi dari situ. Alan Memandang ke bawah. Tidak berani untuk memandang tetamu terhormat yang tiba-tiba sahaja ada kaitan dengan tempat kerjanya.

"Alan.."panggil bosnya.

Alan memandang ke arah bosnya. Tidak pasti apa silapnya kali ini.
.
.
.

Sejak hari itu, Alan sentiasa diarah untuk menghantar champagne ke bilik yang sama. Beberapa konco callie mula kehairanan melihat Alan yang setiap kali datang hantar minuman. Mereka juga turut hairan dengan callie yang setiap hari ingin kunjungi club itu.

"Untuk apa kau nak sangat datang sini.." tanya Khairy.

"Saja, seronok-seronok..."kata callie.

Khairy sedikit tidak puas hati. Mana mungkin callie boleh berasa seronok di tempat murahan seperti itu.

"Atau ada sebab lain.."kata Khairy.

Perbualan mereka terhenti setelah pintu diketuk. Mereka memandang ke arah pintu. Alan melangkah masuk. Kali ini dia datang dengan 2 botol arak ditangannya. Dari wajahnya sahaja sudah jelas terukir betapa terkejut Alan melihat callie dengan Khairy. Selalunya callie seorang diri di dalam bilik itu tetapi kali ini berdua.

"Datang pun.."bisik hati callie. Dia tersenyum.

"Aku nak balik.."kata callie. Dia bangun untuk beredar dari situ.

"Callie, tunggu!.."panggil Khairy. Dia bangun dan memegang tangan callie.

Callie memandang Khairy. Alan tidak tahu ingin melakukan apa di situ. Dia hanya memandang. Botol champagne yang berada di tangannya diletak di atas meja. Dia cepat-cepat melangkah pergi.

"Lepaslah!."kata callie. Dia menarik tangannya kembali.

Melihat Alan yang tidak mengendahkan keadaan dia pun pura-pura terjatuh di hadapan Alan. Alan yang melihat callie terjatuh cepat-cepat menahan tubuh callie dari menyentuh lantai. Callie memandang Alan. Alan menatap wajah callie. Alan dengan spontan melepaskan tubuh callie. Callie yang tidak sempat berkata apa-apa sudah terjatuh di atas lantai.

"Aaa... Ma..maaf." kata Alan.

Alan menghulurkan tangan. Khairy terlebih dahulu membantu callie berdiri. Callie menolak pertolongan Khairy. Dia berdiri sendiri dan pergi tanpa berkata apa-apa

Khairy dan Alan terdiri tidak berkata apa-apa. Mereka memandang sesama sendiri.

.
.
.

My Girl. [ Slow UpDate ]Where stories live. Discover now