Alan diberi kerisi roda. Kini dia sudah dapat bergerak sendiri meskipun tidak menggunakan kakinya sendiri. Dia keluar dari biliknya untuk melihat sekeliling.
"Awak.. awak tak boleh keluar lagi.." kata nurse bernama Jeniffer itu.
"Aku bosan.."kata Alan. Dia memandang ke arah luar rumah. Terlihat 2 orang lelaki menjaga pintu manakala 4 orang lagi jaga pagar rumah mewah itu.
Alan memandang gambar-gambar yang tergantung di dinding. Mata Alan fokus kepada gambar callie. Dia melihat sebuah bingkai gambar yang paling besar tergantung di ruang tamu. Seorang lelaki tua sedang berdiri di sisi kanan callie dan di sisi kiri seorang wanita berkaca mata.
Alan memandang pula pada bingkai gambar kecil di atas almari. Matanya tertangkap pada sekeping gambar callie bersama seorang anak kecil.
"Mungkin.. anak dia.."bisik hati Alan.
Dia mencari bingkai gambar yang lain berkemungkinan jumpa gambar callie bersama suaminya. Namun gambar itu tiada di situ. Selebihnya adalah sijil dan anugerah yang callie dapat ketika dia masih belajar.
"Siapa kau.."kata Earl yang berada di situ.
Alan memandang Earl. Entah bila lelaki itu berada di situ. Dia mendekati Earl. Earl hanya memeluk tubuh dan memandang Alan dengan kerusi rodanya.
"Apa kau buat dekat rumah ni.." tanya Earl. Dia memandang Alan dari bawah ke atas.
Alan terdiam setelah ditatap sebegitu. Tetapan yang menjijikkan. Alan bergerak ke tempat lain. Earl dengan cepat menghentikan kerusi roda Alan.
"Aku tanya kau, apa kau buat dekat sini" kata Earl. Agak marah.
"Earl..!"panggil Jeniffer.
Jeniffer menuju ke arah mereka. Alan memandang nurse yang menjaganya selama ini.
"Jeniffer.. bila kau datang."kata Earl. Dia melepaskan kerusi roda Alan.
"Tepi.."kata Jeniffer. Dia menolak kerusi roda Alan pergi dari situ. Sudah tiba masa untuk memeriksa keadaan Alan.
"Jeni.."panggil Earl. Dia memegang tangan Jeniffer.
"Lepaskan, atau aku beritahu bos.."kata Jeniffer. Dia meneruskan langkah bersama Alan.
Earl terdiam. Entah siapa lelaki yang bernama dengan Jennifer itu. Fikirannya serabut. Dia terus mengeluarkan sebatang rokok dan diletakkan di mulut.
.
.
.Setelah sebulan mendapatkan rawatan dari Jeniffer kini dia dapat berjalan dengan normal kembali. Sepanjang tempoh itu juga dia tidak melihat callie. Hinggalah seorang lelaki tua datang ke rumah itu.
"Jeniffer, bilik hujung tu..memang terkunci ee.."tanya Alan. Dia menguap spaghetti ke dalam mulut.
"Ooo.. bilik tu. Bilik tu dia memang sentiasa berkunci.."kata Jeniffer. Dia juga sedang makan spaghetti.
"Kau tahu tak ada apa dalam bilik tu.." kata Alan.
"Aaa..tu.."kata Jeniffer.
Jeniffer memandang ke arah seorang maid yang tiba-tiba berlari ke arahnya. Alan memandang maid itu pelik.
"Boss besar.. bos besar datang.."kata maid itu. Dia tergesa-gesa masuk ke dapur.
"Apa! "Kata Jeniffer. Tidak sempat dia melangkah lelaki tua itu terlebih dahulu tiba di situ.
Jeniffer terus menunduk hormat kepada lelaki tua itu. Alan memandang Jeniffer. Kemudian dia memandang lelaki tua itu.
"Bos.. bos besar.."kata Jeniffer. Dia memandang Alan yang tidak menunduk hormat. Dia memberi isyarat kepada Alan untuk tunduk hormat kepada lelaki itu.
"Bos besar.."Alan mengikut tingkahlaku Jeniffer.
"Callie.."kata lelaki itu. Dia memandang Jeniffer.
"Bos keluar dengan Danny." Kata Jeniffer.
Lelaki itu terus menuju ke ruang balkoni. Alan memandang lelaki itu pergi.
"Kau ikut aku.."panggil lelaki tua itu.
Jeniffer memandang Alan. Sepertinya lelaki itu masih belum tahu tentang keberadaan Alan di situ.
"Bos besar.. sebenarnya dia.."kata Jeniffer cuba memberi penjelasan.
"Aku tak minat penjelasan. Aku cuma nak dia.."kata lelaki itu.
Alan terus mengikuti lelaki itu. Jeniffer sempat memberi peringatan kepada Alan untuk berhati-hati ketika berbicara bersama lelaki itu. Setelah itu Jeniffer terus menghubungi callie dan memberi tahu keadaan yang sedang berlaku di situ.
.
.
.
~~
^
YOU ARE READING
My Girl. [ Slow UpDate ]
ActionCallie yang bermaksud 'wanita yang bebas'. Nama itu diberi agar dapat memberi kebebasan di masa hadapan. Just nk beritahu yang tu je... #sila-sila.. - Slow update Terima kasih atas Support yang telah diberikan..