Bab 14 [ LIA ]

6 0 0
                                    

Johnson dibawa ke hospital. Doktor telah mengesahkan keadaannya sudah stabil. Untung saja dia sempat dibawa ke hospital. Di usia tua banyak saja penyakit yang datang.

"Macam mana dengan papa..?"tanya Callie. Cemas.

"Bos besar, dia ok. Doktor baru je selesai check."kata pengawal peribadi Johnson.

"Macam mana dia boleh jatuh.!?" Tanya Callie lagi.

Lelaki itu menjelaskan kepada Callie apa yang berlaku. Callie melepaskan nafas lega. Lelaki itu memandang sekeliling Callie. Tiada yang mengikutinya. Itu bermakna Callie datang seorang diri.

"Bos datang seorang. " Tanya lelaki itu.

"Aaa.., ya. Tak sempat nak bawa yang lain.."kata Callie. Menyembunyikan sesuatu.

Callie mengeluh. Wajah Jenny masih terbayang di fikirannya. Entah apa yang dirancangkan gadis itu. Matanya memandang ke arah Johnson yang terbaring di katil. Callie menjawab panggilan telefon daripada seorang setelah keadaan mula sunyi.
.
.

"Ray..!"

"Lia..!"

"Berani kau sentuh dia..!"

"Jangan apa-apa kan dia."

Rayyan dipukul sekumpulan pelajar lelaki kerana berselisih faham antara mereka. Lia yang cuba memberi penjelasan dihalang oleh seorang rakannya. Seorang lelaki dengan membawa sebatang kayu besbol lalu memukul tubuh Rayyan. Rayyan berusaha melindungi kepalanya. Tetapi semuanya berakhir setelah seorang guru datang ke arah mereka.

"Ini cuma salah faham..!" Kata Lia. Dia berusaha mendekati Rayyan.

"Apa yang kamu semua telah buat!!.." jerit guru itu.

"Cikgu datang. Cikgu datang!!"

Semua pelajar berlari meninggalkan tempat itu. Lia yang berusaha mendapatkan Rayyan namun ditarik rakan sekelasnya. Dia hanya mampu melihat Rayyan yang berada dalam keadaan berdarah. Hatinya diserbu seribu perasaan tanpa sebab. Adakah itu rasanya. Air matanya mengalir ke pipi. Lia memejamkan mata. Nafasnya ditarik sedalam mungkin. Lia mengumpul kekuatan dalam dirinya. Lia pusing menghadap rakannya lalu merentap tangannya dengan kuat. Dia kembali memandang Rayyan. Terlihat Rayyan yang masih tidak bangun dari baring. Lia berlari mendapatkan Rayyan. Air matanya mengalir tanpa henti.

' ternyata.. dia lah, orangnya. Ray.. aku..' bisik hati kecil Lia.

' hai, ray..'

' lamanye..tak jumpa ucuk ucuk ayang tite ni..'

Lia jatuh melutut di hadapan Rayyan yang masih terbaring. Ingatan itu menerkam fikirannya dimana secara tidak sengaja dia terlihat Callie berjumpa dengan Rayyan. Perkara ini tidak membuatkan Lia curiga tetapi apa yang mencurigakan adalah Rayyan yang memeluk Callie dengan penuh mesra. Bagai merpati dua sejoli.

"Apa yang telah berlaku!?"

"Lia, kamu okey..?"

"Sesiapa tolong telefon miss Callie.."

Wajah Lia berubah pucat. Ingatan itu membuat otaknya sakit. Wajah Rayyan yang tersenyum mesra bersama Callie berulang-ulang di ingatannya. Sudah ribuan kali dia cuba untuk melupakannya. Namun ia kembali setelah melihat wajah Rayyan yang tersenyum.

' kenapa..'

'Sudahlah, semuanya telah terlambat.'

' atau sememangnya aku yang terlalu lambat..' bisik hati Lia.

Lia mula berputus asa. Mungkin dia yang terlalu lambat untuk mengungkapkan cinta. Adakah ini salahnya. Sedangkan dia hanya jatuh cinta pada seseorang yang jatuh cinta pada ibunya. Saingan yang tidak adil.
.
.

Kakinya disilangkan. Matanya memandang lelaki tua yang berada di atas kerusi roda. Bibirnya tersenyum. Di sebabkan mereka mempunyai dendam yang sama mereka mula membuat rancangan. Rancangan yang sangat hebat. Rancangan yang akan mengejutkan semua saksi.

"Perlukan, kita mulakan semula kan sekarang.."

Lelaki tua itu tersenyum sinis. Dia hanya diam. Tangannya memegang kaki yang tidak akan dapat berjalan lagi.

"Tunggu. Kita tunggu masanya tiba.."

My Girl. [ Slow UpDate ]Where stories live. Discover now