Alan termenung di ruang dapur. Otaknya masih berfikir perkara yang berlaku tempoh hari dimana callie menceritakan perkara sebenar. Tidak disangka apa yang diceritakan Jennifer tidak sama dengan apa yang callie ceritakan.
"Kau masih fikirkan perkara tu.." tanya Andy. Dia duduk di kerusi bersebelahan Alan.
"Aku cuma rasa bersalah. Apa yang aku fikir tak sama dengan apa yang terjadi." Kata Alan.
"Hhmm.. dah 3 hari bos tak balik. Mungkin dia terlalu marah haritu.." kata Andy.
"Mungkin juga, dia marahkan aku.."kata Alan.
"Aaa.. mungkin juga.."kata Andy. Dia melepaskan keluhan.
Kedengaran suara kereta callie yang baru sahaja pulang ke rumah. Alan dan Andy memandang ke arah pintu. Callie melangkah masuk dan menuju ke biliknya. Alan berdiri pantas menuju ke arah callie yang sedang naiki tangga.
"Tunggu.."panggil Alan. Dia memegang tangan callie.
Callie memandang pergelangan tangannya yang dipegang Alan. Dia terus menarik tangannya kembali.
"Eh.. lepaslah..!"kata callie. Dia meneruskan langkah. Kaki kanannya tergelincir setelah memijak anak tangga seterusnya.
"Aaa!!.."jerit callie.
Alan cepat-cepat menarik callie ke dalam pelukannya dan membiarkan tubuhnya jatuh terlebih dahulu. Kepala Alan terhantuk pada bucu tangga itu. Khairy berlari ke arah mereka setelah terdengar suara jeritan. Dia memandang Alan dan callie berpelukan disitu. Callie terus berdiri.
"Ke tepilah.."kata callie. Dia menolak badan Alan.
Callie terus pergi dari situ. Alan menggosok kepalanya yang terasa sakit.
"Aduhhh.."kata Alan.
"Eh, kau okey tak.."tanya Andy. Dia membantu Alan berdiri.
"Okey..tak ada hal lah. Sikit je ni.."kata Alan. Confident.
"Eh, Alan kau.."panggil Andy.
Alan terus rebah. Cecair merah pekat mengalir keluar dari kepala Alan. Andy mendekati Alan yang sudah terbaring. Callie terpusing memandang Alan.
"Bos, macam mana ni..?"kata Andy. Panik.
Callie hanya berdiri tanpa melakukan apa-apa. Khairy berlari membantu Alan. Jennifer cepat-cepat mengambil peti kecemasan dan cuba untuk merawat luka Alan. Mereka membawa Alan ke bilik bedah yang tersedia di rumah itu. Lebih tepat ialah bilik rawatan untuk Jennifer yang merupakan seorang nurse.
.
.
."Callie..!!"panggil Khairy.
"Diamlah!. Aku tak nak bincang pasal ni lagi.."
"Tapi aku perlukan penjelasan. Kenapa..?" Kata Khairy.
Alan terdengar suara Khairy bersama seorang. Percakapan mereka tidak terlalu jelas. Alan membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa sakit walaupun sudah dirawat. Dia memandang ke arah mereka. Tidak tahu apa yang dimarahi Khairy.
"Kalau dia beban, kenapa kau selamatkan dia. Dia hanya orang luar.. callie..!"kata Khairy.
Callie memandang Khairy. Dia terus menampar pipi Khairy. Khairy terdiam. Alan juga terkejut mendengar tamparan kuat itu. Kemarahan callie tidak dapat ditahan lagi. Kerana tidak mampu untuk menjawab pertanyaan Khairy, dia menampar pipi Khairy agar Khairy faham akan maksudnya.
"Pernah tak aku tanya kau,macam mana Jennifer boleh mengandung anak kau, sedangkan kau tahu apa hubungan kita masa tu.."kata callie.
"Jadi kau selamatkan dia untuk buat aku jealous.."kata Khairy.
Tiba-tiba telefon bimbit callie berdering. Dia menjawab panggilan itu. Callie terus keluar dari bilik itu. Khairy masih terdiam. Alan kembali baring pura-pura tidur.
"Hello, Ray.."kata callie sambil menjawab panggilan itu.
"Ray. Macam pernah dengar nama tu.." bisik hati Alan.
Alan memandang Khairy yang telah pergi. Dia melepaskan nafas lega. Pada masa yang sama dia terfikir apa yang dikatakan Khairy tadi. Adakah callie selamatkan nyawanya hanya untuk membuat Khairy jealous.
.
.Flash back..( 3 tahun sebelum.. )
Alan menunggu Rayyan di perhentian bas seperti biasa. Rayyan yang berusia 14 tahun itu menuju ke arah Alan. Baginya Alan sudah seperti seorang abang setelah kematian ahli keluarganya.
"Asal lambat sangat.."tanya Alan.
"Maaf, sekarang aku kena fokus belajarlah. Nanti mummy aku marah.."kata Rayyan.
"Mummy. Sejak bila kau ada mummy, mama bagai ni.."tanya Alan. Hairan.
"Aku lupa nak beritahu kau pasal tu. Tak apa nanti aku kenalkan pada kau.." kata Rayyan
"Kau jangan macam-macam. Nanti lain ceritanya.."kata Alan
"Kau jangan risau lah. Sugar mummy, eh.. maksud aku.. mummy aku tu baik. Siap bagi duit belanja lagi. Hujung bulan ni dia nak bawa aku beli baju sekolah baru. So..kau tak perlu nak cari duit untuk aku lagi.."kata Rayyan dengan perasaan bangga.
"Sugar mummy. Apa maksud kau?.." tanya Alan. Terkejut.
"Kan aku dah cakap, tak perlu risau. Dia baik. Dia tak akan minta yang bukan-bukan lah.."kata Rayyan. Yakin.
Rayyan tetap bela sugar mummynya itu. Padahal baru 2 minggu dia menjadi anak ikan. Alan mula risau setelah dapat tahu Rayyan mempunyai sugar mummy. Entah kenapa Rayyan sanggup mencari sugar mummy sedangkan selama ini Alan yang memberinya duit belanja .
°
°
°Maaf kepada anda wahai pembaca. Sorry lambat update.
Lagi sibuk nonton anime.🙏🙏🙏
X sempat update cerita.Salahkan saja dia..
YOU ARE READING
My Girl. [ Slow UpDate ]
AksiCallie yang bermaksud 'wanita yang bebas'. Nama itu diberi agar dapat memberi kebebasan di masa hadapan. Just nk beritahu yang tu je... #sila-sila.. - Slow update Terima kasih atas Support yang telah diberikan..