3 bulan kemudian..
Callie memandang Khairy yang lagi berpelukan dengan Jennifer di dapur. Kata tak ada apa-apa hubungan, tapi kenapa berpelukan. Alan yang turun dari tangga melihat callie yang berada di dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur.
"Dah kenapa tercegat dekat sini.."bisik hati Alan.
"Cis.."callie berpusing dan pergi.
Callie menjeling Alan yang berada di tangga. Alan memegang dadanya. Agak tajam jelingan itu.
"Ikut aku.."kata callie.
"Eh..."Alan hairan tetiba. Marah ke?
Dalam diam Jennifer memandang callie pergi bersama Alan. Kemudian dia tersenyum. Tidak pasti apa maksud senyuman itu.
.
.
.Alan memandang callie yang separuh mabuk. Dia tidak berhenti minum air arak yang berada di dalam gelas. Callie mendekati Alan yang berada di meja bir. Dia bersandar pada Alan. Lampu berwarna-warni mengaburi pandangannya. Tambahan pula perutnya yang tidak berhenti memulas.
"Aku..aku nak balik!!.."kata callie sambil terjerit-jerit.
Alan memimpin callie ke kereta. Dalam perjalanan menuju ke kereta callie terus memuntahkan arak yang diminumnya tadi. Alan menahan nafas agar tidak bau muntah callie.
"Menjijikkan lah, kau ni.."kata Alan. Dia melurut belakang callie.
"Aahhh.." keluh Alan.
"Ni siapa yang bawa kereta.." tanya Alan. Ketika datang callie yang membawa kereta. Disebabkan callie mabuk mustahil untuk dia bawa kereta itu tambahan pula dia tidak mempunyai lesen memandu.
"Callie..., lama tak jumpa."
Alan memandang ke belakang sementara callie tidak berhenti muntah lagi. Terlihat seorang wanita berusia 27 tahun menghisap rokok sambil tersenyum ke arah mereka.
"Siapa lelaki ni.., anak ikan baru ke.." kata wanita itu.
Callie kembali berdiri namun tidak memandang ke arah wanita itu. Dari suara sahaja dia sudah kenal. Apatah lagi jika dipandang wajahnya. Jenny. Atau lebih dikenali sebagai Miss J. Yang merupakan salah seorang pesaing atau kawan baik callie.
"Bawa aku balik.."kata callie.
"Eh, tunggulah. Kita baru saja berjumpa."kata Jenny. Dia tersenyum.
Jenny mendekati callie. Alan terus menghalang, risau sesuatu terjadi pada callie. Callie meletakkan tangan di bahu Alan dan membiarkan Alan mendukungnya seperti anak kecil. Entah kenapa dia terasa selesa diperlakukan begitu. Setelah callie diletakkan di kusyen sebelah pemandu Alan terus pergi duduk di kusyen pemandu. Kemudian dia terdiam sambil tangannya diletakkan di stereng kereta.
"Jadi..."kata Alan. Dia memandang callie yang tertidur.
"Kenapa.."tanya callie. Dia membuka matanya setelah menyedari kereta itu masih belum bergerak.
"Aku... tak ada lesen memandu.."kata Alan. Dia memandang callie.
Callie mengeluh. Callie memegang kepalanya. Tidak percaya Alan tiada lesen memandu pada usianya sekarang. Akhirnya callie membuat keputusan untuk menginap di mana-mana hotel.
.
.
.Alan melabuhkan punggung di sofa single bersebelahan katil yang ditiduri callie. Dia memandang ke arah callie. Fikirannya beralih kepada Jenny . Anak ikan? Apa maksudnya? Callie seorang sugar mummy ke? Tak kan lah Jenny tu pesaing dia?
"Anak ikan..tak rela aku nak jadi anak ikan dia..."kata Alan. Perlahan.
"Dia.. Jenny.."kata callie. Dia pusing tubuh menghadap syiling. Tangan kanannya diletakkan di dahi. Dia mengeluh.
"Ooh."kata Alan sepatah. So?
"Alan.."panggil callie. Dia memandang Alan.
"Ya."kata Alan. Dia juga memandang callie.
"Kau rasa masih ada ke orang baik dalam dunia ni?."tanya callie. Dia memejamkan mata.
"Aaa.."Alan mula berfikir.
Terlihat mutiara jernih mengalir keluar dari mata kiri callie. Alan mendekati callie. Alan melabuhkan punggung di birai katil. Air mata callie di sapu dengan jari ibu Alan. Apa yang aku buat ni?. Dia mula panik.
"Kau..kau menangis?."kata Alan. Bingung.
"Memang aku tak tak berhak untuk menangis ke, Alan. Aku pun manusia. Aku pun ada perasaan. Aku bukan robot, Alan!.."kata callie. Dia seakan sangat marah.
"Kau sedih sebab siang tadi, ke.."tanya Alan. Dia tahu callie sedih tentang apa kerana dia juga melihat apa yang berlaku antara Khairy dan Jennifer. Bodoh kali aku. Udah tahu masih bertanya.
"Padahal dia dulu yang ajak aku tunang, tapi dia dulu yang curang.."kata callie.
"Atau.. aku yang tersalah pilih.." sambung callie
Alan terdiam. Ternyata hubungan callie bersama Khairy bukanlah sekadar kawan atau pengikut. Tetapi..
Alan termenung sejenak..
°
YOU ARE READING
My Girl. [ Slow UpDate ]
AcţiuneCallie yang bermaksud 'wanita yang bebas'. Nama itu diberi agar dapat memberi kebebasan di masa hadapan. Just nk beritahu yang tu je... #sila-sila.. - Slow update Terima kasih atas Support yang telah diberikan..