Bab 19 [ TUNANGAN ]

2 0 0
                                    

"apa maksudnya.."

"Bukan bawahan..?"

"Apa hubungan mereka.."

" Callie, jangan buat kecoh di sini. Aku tahu aku salah. Tapi tolonglah maafkan aku.."kata Khairy. Dia cuba berbaik dengan Callie.

"Terserah.."kata Callie.

Callie kembali fokus kepada Johnson yang berada di atas pentas. Semua yang hadir memberi tepukan kepada Johnson. Alan berdiri di belakang Callie. Manakala Andy berada di sisi lain.

"Terima kasih kepada semua yang hadir. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk pengetahuan penting. Untuk pertama sekali kita jemput Callie satu-satunya anak saya. Callie sila naik.."kata Johnson.

Callie berdiri dan menunduk hormat kepada semua yang hadir sebelum naik ke pentas.

"Callie akan mewarisi seratus Persen semua harta saya. Lagi pun dia satu-satunya anak saya. Saya nak yang terbaik untuknya.."kata Johnson.

Orang ramai memberi tepukan gemuruh. Ada juga yang bersorak tidak percaya. Callie hanya tersenyum dari tadi.

"Tetapi dengan satu syarat. Sebelum itu.. Khairy, sila naik.."sambung Johnson.

Callie terus menjadi hairan. Untuk apa Khairy dipanggil naik. Dia memandang Johnson meminta penjelasan. Khairy dengan bangga berdiri dan naik ke pentas.

"Kami sekeluarga telah berbincang tentang hal ni. Untuk sekarang Callie akan mewarisi enam puluh Persen dari harta saya. Hingga dia berkahwin seratus Persen itu akan jadi miliknya.."kata Johnson. Dia memegang tangan Khairy dan tangan Callie.

Jantungnya berdegup kencang. Entah apa yang dirancangkan Johnson untuknya. Matanya Alan yang tidak lagi tersenyum. Dia dengan perlahan mengukir senyuman paksa.

"Jadi Khairy.. Callie. Apa yang berlaku biarlah ia berlalu. Wujudkan kenangan baru di masa hadapan.."kata Johnson. Dia menyatukan tangan Callie dan Khairy bersama.

"Apa semua ni.."tanya Callie. Perlahan.

"Callie aku tahu aku salah. Tapi aku janji tak kan ulang kesilapan yang sama.." kata Khairy.

"Kami sekeluarga telah memilih tarikh yang sesuai untuk majlis perkahwinan Khairy dan Callie. Iaitu pada 4 December sempena hari lahir Callie. Callie adakah kamu setuju.?" Tanya Johnson. Dia memandang wajah Callie.

"Callie.."panggil Khairy. Dia tersenyum.

Matanya beralih kepada Alan yang kelihatan bingung. Kemudian dia memandang Diana yang menikmati wain. Dia tertunduk memandang kedua ibu jari kaki.

"Kenapa pula tidak. Khairy adalah lelaki terbaik yang pernah wujud di atas muka bumi ni. Mana mungkin Callie boleh menolaknya, kan?" Kata Callie. Cuba untuk mengukir senyuman termanis yang pernah ada di bumi ini.

"Callie, terima kasih. Aku pasti tak akan sia-siakan peluang ni.."kata Khairy. Dia memeluk tubuh Callie.

Callie dengan perlahan meleraikan pelukan itu. Dia memandang ke arah tetamu yang hadir.

"From now on Khairy is my future husband. So.. jangan ada yang cuba merampasnya ya.."kata Callie sambil tersenyum.

Semua yang hadir memberi sorakan kuat. Ada juga diantara mereka yang ketawa.

"Terima kasih kepada yang datang. Please have fun and enjoy the food available.."kata Johnson.

Johnson turun dari pentas utama melayan tetamu. Callie juga mengikuti Johnson dari belakang. Khairy yang berada di belakangnya diabaikan.

"Aaa..papa. Callie perlu pulang sekarang. Ada urusan penting.."kata Callie.

"Callie.."panggil Johnson.

Namun Callie mengabaikan panggilan itu. Andy yang lagi asyik berbual dengan Anna meminta diri untuk pergi. Andy menarik tangan Alan untuk pulang.

"Habislah.. habislah..!"kata Andy. Risau.

"Kenapa.."tanya Alan.

"Andy.. kunci.!"kata Callie. Tegas.

"Ini.."Andy memberi kunci kereta kepada Callie.

Senyuman yang manis itu telah hilang sejak turun dari pentas. Dari wajahnya saja membuatkan orang sekeliling tidak berani untuk dekati.

"Alan, tolong jaga bos untuk aku." Pinta Andy.

"Aku..?"kata Alan.

Callie masuk ke dalam kereta. Namun kereta masih tidak berjalan kerana menunggu Alan masuk.

"Callie!!"panggil Khairy.

Khairy membuka pintu kereta dibahagikan penumpang. Callie terus mengacukan pistol ke arah Khairy. Alan dan Andy terdiam.

"Kalau kau masuk aku tembak.."kata Callie. Tegas.

"Aku.."kata Khairy. Khairy menggenggam telapak tangannya.

"Alan!!"panggil Callie. Marah.

Alan dengan cepat melangkah masuk ke dalam kereta itu. Kereta itu terus menghilang dari pandangan Khairy. Alan yang berada di dalam kereta hanya diam. Dia juga tidak punya keberanian untuk bersuara. Sepanjang perjalanan itu tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut mereka.

My Girl. [ Slow UpDate ]Where stories live. Discover now