Bangun bangun sahaja daripada tidur Davian memandang hairan ke arah Uqael dan Hazim yang sedang tidur di birai katil.
"Dah kenapa diorang ni tidur macam ni?.."
"Kau bangun dah?.."soal Ezrieq yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Davian.
Segelas air kosong yang berada di atas meja dihulurkan kepada Davian.Jam di tangan menunjukkan jam 3 pagi.
"Asal diorang tidur dekat sini?.."gelas yang sudah kosong diletak tepi.Kepala yang terasa berpusing pusing tidak dihiraukan.
"Dah kau semalam tiba tiba je pengsan dalam pelukan si Hazim tu mana tak risaunya kitorang.."
"Aku pengsan?.."
"Iya bang kau pengsan dengan balik balik basah kuyup bagai mana tak demamnya.."dahi Davian disentuh perlahan.Ermm panas lagi ni..
"Kau lapar ke?kalau lapar aku boleh masakkan bubur untuk kau.."sambil bertanya Ezrieq menggantikan cool fever yang lama dengan yang baru.
"Kalau taknak bubur Amelda ada masakkan sup ayam untuk kau,aku boleh panaskan..."Davian menggelengkan kepala tanda dia tidak mahu makan.
"Taknak ahh makan takde selera..."
"Esok kau takyah nak mengada pergi kerja lagipun kitorang dah bagitahu dekat Raif yang kau demam.."
"Lepas 2 hari baru kitorang bagi kau masuk kerja.."
"Tapi..."Davian memandang ke arah Ezrieq dengan pandangan yang tidak puas hati sebab dia nak kerja.
"No excuse,Davian Aqasha.."kalau dah dengar Ezrieq sebut nama penuh dia memang tak boleh buat apa lah jawabnya kena patuh pada arahan.
"Kalau kau taknak makan sambunglah tidur lagipun baru pukul 3 ni..."baru kaki Ezrieq ingin melangkah ke hujung katil suara Davian kedengaran..
"Kau tahu dia nak tunang hujung minggu ni?.."
"Dah,Ray dah bagitahu kitorang.."
"Dia ajak aku jumpa dia semalam aku ingatkan dia memang nak jumpa aku saja saja je tetapi rupanya tak..."
"Dia nak bagitahu pasal berita gembira yang akan berlaku dalam hidup dia.."
"Lepastu aku nampak ada orang payungkan dia and yang lebih mengecewakan aku muka dia masatu happy sangat.."
"Senyuman yang dia bagi kat orang tu tak pernah dia bagi kat aku selama tempoh aku cuba dekat dengan dia.."
"Takpelah Ian memang mungkin memang dah ditetapkan dia bukan untuk kau..."
"Takpe ambik je berapa lama untuk move on daripada dia sebab aku tahu yang move on tu tak senang lagi lagi kau perlu move on tanpa memulakan apa apa pun.."
"Sekarang ni aku mintak sangat kat kau supaya kau tidur balik sebab aku tahu bukan setakat badan kau je yang tengah sakit tapi hati kau pun tengah sakit.."
"Jadi lebih baik kau rehat sekejap sebab mungkin lepasni akan lebih sakit.."ditolaknya perlahan bahu Davian supaya membaringkan badannya di atas katil.
Eisha menciut perlahan lengan Amelda apabila sudah hampir 10 minit dia menanti tetapi yang dia tunggu tunggu tidak muncul.
"Kenapa Eisha?.."Amelda yang sedang melayan Tengku Adrian dan Tengku Adruse bermain mengalihkan pandangannya.
"Mana kawan kawan Tengku yang lain?.."
"Diorang tak datang harini.."
"Kenapa?.."hairan Eisha dibuatnya sedangkan sepatutnya harini ada brunch time bersama nenda dan tokda.
YOU ARE READING
Let Me Protect You,My Precious
Romanceperasaan cinta yang sudah berputik lama tidak membuahkan hasil apabila pujaan hati memilih orang lain..terasa perit di jiwa melihat pujaan hati mula ingin membina perkahwinan bersama orang lain disaat dia sedang bertarung melupakan pujaan hati... "A...