"Sha,mari duduk sini dengan nenek.."ruang katil yang kosong disebelahnya ditepuk perlahan.
"Iya nek ada apa apa yang nek nak ke?.."tangan Nek Siti dipegangnya lembut.
"Kawan boss Sha yang Sha selalu cerita dengan nenek tu tak datang ke majlis tunang Sha tadi?.."
"Apa nama dia?Davi?Diva?Haishh nenek tak ingat lah nama dia.."
"Davian nek nama dia..."ketawa kecil Eisha dibuatnya ketika itu.
"Haa betul tu tuan Davian..."
"Dia ada datang pagi tadi tapi..."belum sempat Eisha menghabiskan ayatnya pehanya ditepuk oleh Nek Siti.
"Kenapa kamu tak bagitahu nenek yang dia datang tadi kalau tak nenek boleh jumpa dia.."
"Aduh sakitlah nek.."
"Haa padanlah muka kamu..."
"Nek ni Sha tak habis cerita lagi nek dah pukul Sha,encik Davian memang ada datang pagi tadi tapi dia balik awal sebab dia ada hal kecemasan.."
"Jumpa Sha pun dia tak sempat nek apatah lagi nak bawak jumpa nek.."
"Dahtu macam mana kamu boleh tahu yang dia datang pagi tadi?.."cucu perempuannya dipandang hairan.Dah kalau kata balik awal macam mana pula Eisha tahu tuan Davian datang?
"Sha nampak dia dekat tepi pintu rumah dia senyum dekat Sha lepastu Sha tak nampak dah dia.."
"Kalau begitu lah kamu kata takpelah nenek anggap tiada rezeki lah nenek nak jumpa tuan Davian..."rambut cucunya yang jatuh di sisi muka ditolak ke belakang telinga.
"Kamu betul betul ke nak jadikan Naufal tu sebagai suami kamu nanti?.."soal daripada Nek Siti membuatkan dahi Eisha berkerut.
"Kenapa nek tanya Sha macam tu?.."
"Naufal dah jadi tunang Sha dah.."terasa hati dibuatnya apabila Nek Siti bertanya soalan seperti itu.
"Nenek tanya sahaja sebab alam perkahwinan ni bukan boleh dibawa main,salah pilih suami hidup isteri akan musnah.."
"Kalau suami salah pilih isteri perkahwinan itu boleh masih dibentuk sebab tugas suami memang untuk membentuk isteri ke arah yang lebih baik..."
"Kalau isteri yang salah pilih suami kamu rasa mudah ke isteri tu nak bentuk suami dia ke arah yang lebih baik?ego seorang lelaki tu tinggi,Sha.."
"Nenek nasihatkan kamu sahaja tidak lah nenek nak maksudkan Naufal tu bakal jadi suami yang tak baik untuk kamu nanti..nenek yakin dengan apa yang kamu pilih..."Nek Siti berkata sebaliknya bagi menjaga hati cucunya walaupun hati tuanya berkata Naufal bukan pilihan yang tepat untuk cucunya.
"Nenek harap sangat suami kamu nanti boleh jaga kamu lebih baik dari nenek nanti boleh bagi kasih sayang yang lebih dari cukup,jaga makan minum kamu,selalu jaga hati kamu,tak pernah berkasar apatah lagi naik tangan dengan kamu dan yang penting cinta suami kamu nanti lebih besar daripada kamu.."
"Apa ni nek cakap macam ni..."mata Eisha mula berlinang dengan air mata.
"Nenek cakap sebab nenek tak sentiasa ada dengan kamu selagi nenek bernyawa nenek sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu..kata kata kan satu doa..."
"Maafkan nenek kalau selama ni nenek tak pernah dapat penuhi permintaan kamu ya,Sha.. ingat pesan nenek selalu ya..."Eisha memeluk erat badan tua Nek Siti tangisannya mula pecah.
"Ya Tuhan jika nanti sudah tiba masanya aku bertemu dengan Engkau semula Engkau hadirkanlah seseorang yang terbaik bagi menjaga cucuku,Eisha Sofea.."tangannya mengusap perlahan belakang badan cucunya sambil dalam hatinya berdoa.
YOU ARE READING
Let Me Protect You,My Precious
Romanceperasaan cinta yang sudah berputik lama tidak membuahkan hasil apabila pujaan hati memilih orang lain..terasa perit di jiwa melihat pujaan hati mula ingin membina perkahwinan bersama orang lain disaat dia sedang bertarung melupakan pujaan hati... "A...