Sedang Eisha mencari kunci pintu rumahnya di dalam handbagnya,dia mendengar seperti suara orang sedang bercakap tetapi kedengaran sayup sayup dan dia tidak memahami isi suara yang didengari itu.
Ikutkan hati memang dia takut nak tinjau suara yang didengari berdekatan dengan dinding belakang rumahnya yang menghadap ke arah laman kecil di tepi rumahnya,tetapi bila difikirkan balik lagi berbahaya apabila dia membiarkan sahaja.Dengan secara perlahan lahan dia bergerak ke arah suara itu.
Semakin dekat semakin dia dapat mendengar suara itu dengan jelas,terhenti jantungnya seketika apabila melihat susuk tubuh tunangnya sedang terbaring di atas rumput di tengah tengah laman rumah Eisha sambil sedang mengira bintang di langit.
"Naufal,awak buat apa dekat sini?.."Naufal yang sedang mengira bintang di langit mengalihkan pandangan kepada Eisha yang sedang berdiri jauh sedikit daripadanya.
"Hai sayang dah balik?Lama tau I tunggu you dekat sini.."daripada posisi baring melintang, Naufal menukar kepada posisi berdiri.Eisha seperti tidak percaya melihat keadaan Naufal yang berada di hadapannya.Setapak demi setapak Eisha mengundur kebelakang.
Dengan muka Naufal yang serabai,tanda merah penuh di bahagian leher dan dada,baju yang seperti mempunyai kesan tumpah air dan yang lebih membuatkan Eisha lebih takut ialah kerana bau alkohol yang kuat dikesan oleh hidungnya.
"Sayang nak pergi mana?Sini lah dekat dengan saya..."Naufal melangkah setapak demi setapak walaupun dalam keadaan terhuyung bayang tidak menghalang Naufal untuk mendekati Eisha.
"Naufal,awak buat apa dekat sini?Patutnya awak balik ke rumah awak bukannya ke rumah saya.." Eisha masih cuba berlembut dengan Naufal mengelak sebarang perkara buruk yang bakal berlaku.
"Ala I nak spend time dengan you,sekejap pun jadi lah I rindu lah dengan you.."Naufal menarik dengan kasar tangan Eisha membuatkan dia terjatuh terduduk di atas lantai simen.Eisha cuba menarik tangannya daripada dicengkam oleh Naufal tetapi tidak berjaya.Naufal mencangkung di hadapan Eisha yang sedang terduduk di atas lantai simen.
"Sayang dah tak boleh lari pergi mana mana dah.."tangan Naufal naik membelai rambut Eisha kemudian wajahnya di dekatkan dengan wajah Eisha.Eisha menoleh mukanya ke arah kanan bagi mengelak matanya memandang ke arah Naufal.
"Kau pandang aku sekarang!!.."Naufal bertukar menjadi berang apabila Eisha mengalihkan pandangan matanya daripada memandang ke arah dirinya.Tangannya yang sedang membelai rambut Eisha kini mencengkam rambut Eisha dengan kuat.
"Aku cakap pandang sini!!.."Naufal memaksa kepala Eisha untuk menghadap kepada dirinya tetapi Eisha masih menahan kepalanya supaya tidak menoleh ke arah Naufal.Dengan adanya sedikit keberanian yang ada di dalam dirinya, Eisha terus mengigit tangan Naufal yang sedang mencengkam rambutnya.
"Arghh!!.."kerana terkejut dengan tindakan drastik daripada Eisha membuatkan genggaman Naufal sedikit longgar daripada sebelum ini. Eisha mengambil peluang untuk melarikan diri dengan menolak dada Naufal dengan kuat sehingga Naufal jatuh kebelakang.
Eisha sedaya upaya bangun dengan pantas walaupun kakinya terasa sakit,dipandangnya handbag dan iphonenya yang diletakkan di atas meja kecil di hadapan pintu rumahnya. Rancangannya dia ingin mengambil barang yang berada di atas meja itu dan menyelamatkan diri dengan keluar daripada kawasan rumahnya kemudian meminta bantuan jiran jiran yang lain.
Dengan keadaan yang memaksa kakinya untuk berjalan,Eisha menghampiri meja kecil dan mengambil iphonenya terlebih dahulu.Sebaik sahaja dia memegang telefon bimbitnya panggilan telefon daripada Davian masuk,tanpa memikirkan apa apa dengan tangan dan jari yang tergetar getar Eisha cuba menjawab panggilan daripada Davian tetapi tidak berjaya kerana dia sedang mengigil dengan teruk.
YOU ARE READING
Let Me Protect You,My Precious
Romanceperasaan cinta yang sudah berputik lama tidak membuahkan hasil apabila pujaan hati memilih orang lain..terasa perit di jiwa melihat pujaan hati mula ingin membina perkahwinan bersama orang lain disaat dia sedang bertarung melupakan pujaan hati... "A...