"Handsome jugak ehh aku ni?.."kalau yang selalu perasan ni ada 2 orang je tak Hazim mesti Uqael.
"Kalau nak dibandingkan handsome kau dengan aku,aku lagi handsome.."Uqael melihat wajahnya yang persis putera di hadapan cermin.
"Daripada memuji kau handsome lebih baik aku puji Ian atau Rieq.Kembang tekak aku nak puji kau..."
"Aku tahu kau suka aku sebab tu kau malu nak puji aku..."menyampahnya Hazim mendengar apa yang dikatakan oleh Uqael.
"Korang berdua ni kalau tak bergaduh tak sah kan.."Ezrieq yang juga sudah selesai menegur mereka berdua.
"Kalau dulu kitorang bergaduh bertiga tapi sekarang kau tengoklah dia taknak pun dah gaduh dengan kitorang.We are sad.."trio never works gaiss.
"Betul,sekarang banyak diam je.Ian yang kami cintai dah hilang dan berubah jadi orang lain.." Uqael memeluk Hazim sambil berpura pura menangis.
"Kalau aku layan korang berdua memang alamatnya takkan sudah buat penat otak aku je nak mencerna apa yang korang cakap.."
"Life is too short,so spend your time with kami berdua yang comel and enjoy the drama.."
"Korang berdua comel?Nak termuntah aku mendengarnya.Dahlah lebih baik aku keluar tunggu dalam kereta sebelum aku kena marah dengan Amel sebab lambat..."Ezrieq meninggalkan Uqael dengan Hazim yang masih melakukan kecomelan attack sesama sendiri.
"Mana Rieq?.."Davian yang baru turun ke tingkat bawah bertanya.Hazim dengan Uqael memandang Davian tidak terkedip.
"Korang kenapa ni pandang aku macamtu?.."
"Aura orang broken yang tengah dalam fasa move on memang lain ke?.."
"Kenapa aku tengok Ian macam lebih handsome dari kita berdua ni?.."
"Iya weyh selalunya aku tengok aura orang tengah angau bercinta je tapi tengok aura orang tengah gamon lagi dahsyat weyh.."
"Ini kalau Ian petik jari ni bukan 10 je datang tapi 50 aku rasa.."
"Ian,kau tak payah lain dua ekor tu lebih baik kau keluar sekarang tunggu dalam kereta sebelum kejap lagi kau sekali kena tempias dorang berdua.."Davian yang masih memandang hairan ke arah Hazim dengan Uqael hanya mengikut apa yang diperkatakan oleh Ezrieq.
"Jangan pergi meninggalkan kami,Romeo. Izinkan kami menatap wajah kamu wahai Romeo.."Davian melarikan diri apabila Hazim dan Uqael mula mengejar dirinya.
"Pervert!!!.."jerit Davian ketakutan.
Davian menjeling Ezrieq dan Hazim yang berada di bahagian pemandu dan penumpang hadapan melalui pantulan cermin sisi kereta.Patutlah tadi Tengku Rayden dan Amelda melarang mereka berempat naik kereta bersama mereka berdua,rupa rupanya ada agenda lain.
Uqael yang sedang berada di sebelah kanannya pura pura tidur.Dia fikir aku tak tahu ke yang dia pura pura tidur?Kalau aku hempuk tiga tiga ni kejap lagi memang sampai ke luar karang.
Wanita yang berada di sebelah kirinya dipandang melalui hujung matanya sahaja.Siapa lagi kalau bukan Eisha Sofea..
Eisha hanya mendiamkan diri sebaik sahaja masuk ke dalam kereta dan membuang pandangan ke arah jalan.Dia pun tidak selesa apabila berada di dalam kereta bersama 4 je kaka yang lain terutamnya bersama Encik Davian disebelahnya.
Notifications messages daripada tunangnya membuatkan dia tersedar daripada lamunannya.
"Sorry sayang,I tak dapat hantar you harini..." sepatutnya yang hantarnya malam ini ialah Naufal tetapi malangnya tidak jadi.Oleh kerana itu,dia terpaksa dan dipaksa menumpang Tengku Rayden oleh Amelda.
YOU ARE READING
Let Me Protect You,My Precious
Romanceperasaan cinta yang sudah berputik lama tidak membuahkan hasil apabila pujaan hati memilih orang lain..terasa perit di jiwa melihat pujaan hati mula ingin membina perkahwinan bersama orang lain disaat dia sedang bertarung melupakan pujaan hati... "A...