"Ian,kau nak balik rumah kau ke rumah aku lepasni?.."soal Tengku Rayden sebaik sahaja majlis telah selesai.
"Aku nak balik rumah aku..."
"Kalau macamtu kau kena hantar Eisha balik sekali dengan kau lah sebab 3 budak yang lain tu diorang cakap esok diorang dah janji dengan Que nak pergi indoor playground.."
"Baguslah 3 ekor tu taknak ikut aku balik rumah kalau diorang ikut aku balik rumah takut macam bawak balik saka je nanti lagi lagi Zim dengan Qael.."
"Tapi kenapa Eisha tak balik rumah kau je dulu malam ni esok baru hantar balik kat rumah dia?.."macam tak manis pulak dia nak hantar Eisha balik rumah pada waktu waktu begini.
"Amel dah pujuk dah suruh stay rumah kitorang malam ni tapi dia taknak sebab esok dia kata dia ada hal dengan tunang dia.Lepastu dia cakap kalau tak boleh hantar dia balik rumah malam ni dia nak naik grab memang aku tak bagi lah jawabnya.."
"Aku memang nak hantar kan tapi twins dah macam mengantuk sangat takut nanti diorang tak selesa pulak lama lama kat luar.So kau jelah yang aku boleh harap kan.."Tengku Rayden menunggu jawapan daripada Davian.Selama ni Davian okay sahaja kalau melibatkan dengan Eisha tapi sekarang situasi sudah berlainan.
"Takpelah aku hantar je Eisha balik lagipun dah satu jalan nak balik rumah aku.Kalau kau hantar macam berpatah balik pulak nanti.."
"Thanks kalau ada apa apa nanti kau bagitahu aku.Dah sampai rumah nanti kau bagitahu aku.."
Davian bergerak terlebih dahulu ke arah kereta dari jauh dia sudah melihat kelibat Eisha menunggu di tepi pintu kereta.
"Eisha,jom saya hantar awak balik.."ikutkan hati memang dia taknak pun hantarkan Eisha balik sebab takut Eisha makin tidak selesa dengan dirinya.
"Encik seorang sahaja ke yang hantar saya balik? Mana tuan tuan yang lain?.."kan aku dah cakap benda macam ni akan buat dia tak selesa dengan aku.Haihh
"Diorang balik rumah Ray,saya pulak nak balik rumah saya yang guna sama jalan nak pergi rumah awak.."
"Kalau awak taknak naik sekali dengan saya, awak boleh balik dengan Ray sekali dan stay dekat rumah dia malam ni.Ray ada lagi tu tunggu dekat parking.."
"Saya boleh naik grab.."lain yang aku kata lain yang dijawabnya.
"Saya rasa saya cakap dua perkara je tadi sama ada awak nak naik sekali dengan saya ataupun awak stay rumah Ray takde pulak saya cakap perkara yang ketiga suruh awak naik grab.." dingin sahaja Davian berkata.Eisha yang melihat Davian yang seperti dingin dengannya terdiam seketika.
Davian menunggu jawapan daripada Eisha sambil menyandarkan bahagian belakang badannya di tepi pintu kereta bahagian pemandu.
"Saya naik sekali dengan encik.."setelah beberapa saat mendiamkan diri,Eisha memberikan kata putus kepada Davian.Davian mengeluh perlahan,penting sangat ke hal dengan tunang esok sampai sanggup naik sekali dengan aku.
Suasana di dalam kereta sunyi sepi tanpa sebarang bunyi daripada radio mahupun mereka berdua.Davian hanya fokus memandang ke arah jalan sahaja adalah juga Eisha curi curi pandang Davian yang sedang memandu.Kalau dulu mesti ada sahaja topik yang Davian cuba ada kan supaya mereka berdua boleh berbual tetapi sekarang tidak lagi.
"Dari rumah saya ke rumah encik lama ke?.." Eisha akhirnya memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
"Tak.."
"Berapa minit nak sampai sana?.."
"20 minutes.."
"Selalu ke encik balik rumah yang tu?.."
YOU ARE READING
Let Me Protect You,My Precious
Romanceperasaan cinta yang sudah berputik lama tidak membuahkan hasil apabila pujaan hati memilih orang lain..terasa perit di jiwa melihat pujaan hati mula ingin membina perkahwinan bersama orang lain disaat dia sedang bertarung melupakan pujaan hati... "A...