Seminggu kemudian...,
Eisha menggenggam rapat tangannya,wajah-wajah yang telah menjaganya hampir seminggu dipandang olehnya.Dia rasa sudah sampai masanya untuk dia kembali kepada kehidupan asalnya.
"Erm Eisha ada sesuatu nak cakap.."walaupun suaranya kedengaran seperti tenggelam timbul tetapi berjaya menarik perhatian semua yang sedang menonton televisyen.
Davian orang pertama yang memberikan sepenuh perhatian kepada Eisha.
"Ada apa tu Eisha?.."Amelda bertanya,wajah Eisha yang seperti takut takut untuk bercakap dipandang olehnya.
"Kalau lusa Eisha nak start kerja dekat office Tengku balik boleh?.."dengan sekali lafaz dia berkata,pandangan terkejut dan risau daripada mereka yang lain dihiraukan.
"Eisha dah betul betul okay ke?Saya tak kisah berapa lagi Eisha nak cuti tapi kalau boleh biarlah Eisha rehat dalam tempoh 2 minggu atau lebih.Jangan risau tempat Eisha saya tak akan ganti sesuka hati tanpa kebenaran daripada Eisha.."Tengku Rayden memberikan respons terhadap pernyataan Eisha.
"Kitorang pun setuju dengan apa yang Ray cakap tu.Kitorang rasa Eisha kena rehat lebih lama sampai betul betul Eisha rasa betul betul okay. Apa kata tunggu lagi seminggu?.."
"Betul Tengku,saya dah okay dan saya rasa saya dah cukup rehat dalam tempoh seminggu ni. Saya dah rasa serba salah sebab dah lama sangat duduk sini dan tinggalkan kerja saya.."
"No Eisha,awak kena rehat lebih lama.Lagipun saya tak rasa awak dah okay sepenuhnya.."
"Tapi Encik Davian.."
"Takde tapi tapi Eisha,kalau awak nak kerja jugak buat masa sekarang awak kena stay dekat rumah ni lagi and pergi kerja dengan kitorang. Kalau awak tak setuju dengan apa yang saya cakap awak ada satu pilihan je dan pilihan tu awak kena rehat lagi..." Davian terus berlalu meninggalkan Eisha yang masih terpinga pinga dengan arahan yang diberikan oleh Eisha.
Davian rasa apa yang dia mintak Eisha patuh itu betul demi kepentingan dan keselamatan Eisha sendiri.Halaman rumah dituju olehnya.
Amelda yang melihat Davian terus keluar meninggalkan mereka semua di bahagian ruang tamu mendekati ke arah Eisha.
"Amel pun setuju dengan apa yang abang Ian kata tu..kalau Eisha nak jugak kerja lusa lebih baik Eisha stay dekat rumah kami dan pergi kerja dengan abang abang yang lain dulu,kita tengok macam mana dalam beberapa hari lepas Eisha berkerja.Kalau semua benda dalam keadaan yang terkawal takdelah kitorang risau sangat dekat Eisha.."
"Kalau pasal Ian tu Eisha janganlah fikir sangat dia tu cuma terlebih risaukan Eisha sangat sebab tulah jadi macamtu..."Ezrieq tersenyum manis ke arah Eisha.
"Nanti bila Eisha nak pergi dan balik daripada office bagitahu je kitorang nanti dalam sekelip mata kitorang sampai untuk hantar dan jemput Eisha.Eisha jangan risau pasal benda tu.Kami siap berkhidmat untuk Cik Eisha Sofea.."
dengan penuh yakinnya Hazim berkata sebegitu.Kalau dia yang pergi ambik Eisha nanti memang kena hempuk dengan Davian agaknya.Eisha hanya senyuman nipis sahaja,tidak menolak atau menerima dengan cadangan yang diberikan.Buat masa ini bagilah dia masa untuk berfikir terlebih dahulu.
"Benda yang aku mintak kau tolong carikan tu ada dah ke?.."Davian yang baru masuk ke dalam office Leo bertanya.
"Ada,dekat atas meja tu pandai pandai lah kau cari.."tidak dihiraukan Davian yang sedang bertanya,Leo berlari ke arah Hazim dan Uqael. Badan mereka berdua dipeluk.
"Lamanya korang tak jumpa aku,korang tak rindu aku ke?.."dengan suara yang tergedik-gedik Leo berkata.
"Aww of course lah baby,kitorang rindu gila dekat kau.Kitorang banyak kali nak jumpa kau tapi si penyondol Ian tu tak bagi kitorang jumpa kau..."
YOU ARE READING
Let Me Protect You,My Precious
عاطفيةperasaan cinta yang sudah berputik lama tidak membuahkan hasil apabila pujaan hati memilih orang lain..terasa perit di jiwa melihat pujaan hati mula ingin membina perkahwinan bersama orang lain disaat dia sedang bertarung melupakan pujaan hati... "A...