"Sayang dah lama tunggu ke?sorry saya lambat datang sebab tadi jalan jammed.."sambil memohon maaf Naufal mengambil tempat di sebelah Eisha.
"Saya pun baru sampai tadi sorrylah kalau saya macam menganggu awak pulak.."walaupun hampir dua jam sudah dia menunggu Naufal di shopping mall berdekatan dengan rumahnya.
Ikutkan Eisha taknak pun ingatkan Naufal pasal janji yang mereka akan keluar membeli barang persiapan kahwin mereka pada hujung minggu tapi bila bakal mertuanya sudah mengingatkan dia kembali jadi macam tak bagus pulak kalau dia tak keluar bersama tunangnya.
"Kita nak pergi mana dulu ni?.."
"Awak dah makan ke?kalau tak makan lagi kita boleh pergi makan dulu..."Eisha memandang ke arah Naufal yang macam orang tidak cukup tenaga dan waktu tidur jadi dia fikir lebih baik pergi mengisi perut terlebih dahulu.
"Saya dah makan tadi..kita pergi terus lah cari barang cepat kita siap beli barang cepat kita boleh balik.."
"Awak okay ke?kenapa saya tengok awak macam tak sihat ni?muka awak pun macam ada kesan lebam yang dah lama..."Naufal seperti mati kata apabila soalan begitu ditanya oleh Eisha.
Memanglah muka dia macam tak sihat sebab semalam dia terlajak pulak dekat club sampai pukul 6 pagi lepastu terkejar kejar balik semata mata nak jumpa perempuan ni..
"Saya okay je mungkin sebab banyak kerja then tidur tak cukup..pasal lebam ni pulak saya haritu terjatuh sebab tapak selipar dah haus..sayang jangan risau lah takde apa yang serius pun..." tolonglah jangan banyak ehh perempuan kau diam jelah.
"Leher awak pulak kenapa?kenapa warna merah merah?awak baru jatuh pagi tadi ke?ataupun awak ada langgar apa apa?..."hairan Eisha memandang tanda merah yang boleh dikatakan seperti baru.
"Ouh yang ni kena gigit dengan nyamuk lepastu pagi tadi masa bangun tidur tak perasan terlanggar bucu meja tu yang bagi teruk merah dia.."
"Jomlah sayang kita pergi beli ice cream saya tiba tiba rasa nak makan ice cream pulak dengan sayang..."Naufal dengan gelabah menukar topik supaya Eisha tidak bertanya lebih lanjut.
Naufal menarik hoodienya menutup kepalanya apabila Eisha menegur tentang tanda merah berada di lehernya.Nasib baiklah perempuan ni percaya dengan apa yang aku kalau dia tanya lebih lebih memang kena maki perempuan ni dengan aku.
"Nanti saya belikan ubat untuk awak sebab kalau biarkan takut melarat pulak kesan merah tu.."
"Saya dah beli ubat dah nanti balik saya sapu, sayang jangan risau..."
"Betul ni?..."kenapalah Eisha ni percaya sangat geramlah pulak author dengan Eisha ni.
"Betul sayang,jom sayang kita beli ice cream lepastu kita cari barang kahwin kita tak sabarnya nak kahwin dengan sayang.."kalau aku hempuk Naufal ni sia sia je hidup dia sorry gais author is emo.
"Korang nak bawak aku pergi mana ni?Aku dah cakap aku nak duduk rumah hari ni sebab nak tengok Sunjae.."merungut Davian apabila berkali kali dipaksa oleh kembar tenuk.
"Kau dah marathon Sunjae dengan Im Sol kau tu dah nak dekat 100 kali tau kalau kau marathon lagi harini dah jadi 101 kali..."
"Jadi lebih baik kau meluangkan masa dengan kitorang lebih manis..orang tua macam kau tak elok sangat tengok gajet lama lama apatah lagi marathon drama lagi lah tak elok boleh merosakkan mata hati..."
"Ishh fine kalau ya pun nak ajak aku keluar tak payah rampas semua iphone ipad aku..."
"Kalau tak rampas nanti kau cari jalan jugak nak tengok bukan kenal kau semalam nanti balik baru kitorang bagi..."malas Davian mahu melawan apa yang dikata oleh Hazim dan Uqael sebab nanti bazir tenaga dia je.
"Korang nak bawak aku pergi mana ni?..."
"Pergi tengok wayang!!.."kenapalah dugaan dia dapat sahabat sahabat organik macam ni daripada dia tengok wayang lebih baik dia tengok kdrama.
"Lepastu nanti kau belanja kitorang makan food tau..maseh Ian kitorang love you so much..."kalau boleh terjun daripada kereta ni sekarang memang dia dah buat dah.
Sebaik sahaja mereka sampai di shopping mall, Hazim yang sedang menyanyi riang ditahan oleh Ezrieq daripada arah belakang.
"Itu bukan Eisha ke?.."Davian turut memandang ke arah yang ditunjuk oleh Ezrieq.Hazim dan Uqael yang ingin pergi ke arah Eisha untuk menegur memandangkan jarak mereka berempat dengan Eisha sedikit jauh.
"Tak payah lah kacau Eisha lagipun kita punya movie dah nak start karang lambat terlepas pulak.."Davian berjalan meninggalkan mereka dibelakang membuatkan Hazim dan Uqael membatalkan niat untuk menegur Eisha.
"Mesti dia nak jumpa tunang dia kan..."jauh di hati Davian ingin sahaja dia pergi ke arah Eisha untuk menegur tetapi status Eisha sekarang tidak sama seperti dahulu.
"Kelakar gila movie tadi memang syok nak mampus..."sambil bertepuk tangan Hazim memuji movie yang mereka tonton tadi.
"Ahh kau gebang je lebih engko tengok pun tak... baru masuk beberapa minit dah buat taik mata..."kalau makan lutut Ezrieq sedap jugakkan,Hazim sengih seperti kerang busuk memandang ke arah Ezrieq yang sedang menjeling tajam ke arahnya.
"Dia yang paling beria ajak tengok wayang dia yang beria tidur..."
"Alaa bukannya selalu pun aku buat macamtu.."
"Kau nak aku buka buku ke dari dulu sampai sekarang?..."
"Kita nak pergi makan dengan mana ni?.."kalau tak tanya diorang bertiga ni nak makan mana mahu kejap lagi Hazim melutut dekat lantai sebab kita tarik sideburn dengan Ezrieq dengan Uqael.
"Makan sapi (daging lembu)!!!.."
"Mari Zainab mari Zaiton,Kak Zah bawak pergi makan sapi tapi bukan kak Zah lah yang belanja tapi Kak Eton yang belanja nanti kita cakap terima kasih dengan Kak Eton..."sambil bersilang tangan antara satu sama lain mereka berjalan meninggalkan Davian.
Baru sahaja Davian ingin mengikut langkah mereka bertiga ke restoran,matanya memandang ke arah tingkat bawah yang mana tempat Eisha duduk tadi.
"Kenapa dia ada dekat situ lagi?mungkin dia dah gerak tapi duduk dekat situ lagi..."
"Tapi tengok gaya macam tak bergerak dari tadi..."
"Dah nak dekat dua jam dia duduk situ dia tunggu siapa?..."pelbagai jenis soalan bermain di dalam fikiran pada waktu itu.
"Ian,kau buat apa lagi kat luar?kenapa tak masuk ?..."
"Kau masuk dulu,Rieq kejap lagi aku masuk..."
"Jangan lama sangat kat luar nanti dua gorgon kat dalam tu mengamuk pulak.."
Mata Davian masih tertumpu memandang ke arah Eisha,beberapa saat kemudian hatinya berasa menyampah apabila ternampak susuk tubuh Naufal berjalan ke arah Eisha.
"Nak dekat dua jam Eisha kena sidai semata mata nak jumpa lelaki jahanam macamtu.." Davian yang berasa bengang melihat wajah Naufal terus berjalan masuk ke dalam restoran.
Patutnya aku pergi shopping mall lain bukannya pergi shopping mall yang dekat dengan rumah Eisha.
Eisha yang terasa seperti dipandang, mendongakkan kepala ke atas memandang ke arah tempat yang Davian memerhatikannya tadi.
"Kenapa sayang?.."
"Tiada apa saja nak pandang atas..."
Enjoy reading sayang sayang saya
YOU ARE READING
Let Me Protect You,My Precious
Romanceperasaan cinta yang sudah berputik lama tidak membuahkan hasil apabila pujaan hati memilih orang lain..terasa perit di jiwa melihat pujaan hati mula ingin membina perkahwinan bersama orang lain disaat dia sedang bertarung melupakan pujaan hati... "A...