"Sayang,why you lambat harini?.."Dina memandang ke arah Naufal yang baru sampai di club. Sepatutnya Naufal berjanji akan berada di club pada pukul 11 malam tetapi kelibat Naufal muncul pada pukul 12 malam.
"Sorry,baby.I dah try dah nak sampai awal tapi perempuan tu ajak I pergi sini pergi sana tu sampai pukul 10.30 baru I sampai rumah.."
"Ala you cakap jelah dengan I yang you suka kan keluar dengan dia lama lama.Dia kan perempuan yang diiktiraf I pula kan perempuan simpanan you je..."Dina memandang ke arah tempat lain, ingin menunjukkan yang dia sedang merajuk dengan Naufal.
"Hey baby,why you cakap macam tu you tahu kan I sayang gila gila dengan you kalau nak dibandingkan dengan perempuan tu you dengan dia macam langit dengan bumi tau.Kalau umi tak berkenan dengan perempuan tu I pun tak ingin lah kahwin dengan perempuan macam tu..." sambil memujuk Naufal mengusap lembut bahu Dina yang terdedah.Dina hanya membiarkan sahaja.
"Baby,I tahu you merajuk dengan I apa kata esok kita pergi shopping you nak tak?You ada kata kan haritu yang you nak handbag yang baru launch haritu kan..."mendengar sahaja perkataan handbag baru kepala Dina terus berpusing memandang wajah Naufal.
"Betul ni you nak belanja I handbag baru?Kalau you nak belanja boleh tak belanja heels sekali sebab pagi tadi I tengok ada heels yang baru jugak baru launch..."
"Boleh baby,you nak apa you bagitahu je I tapi you kena bagi I hadiah lebih malam ni boleh ke?.."
"Of course lah boleh nak lebih dari tu pun I boleh bagi.."
Eisha yang baru sahaja selesai membersihkan dirinya sebaik sahaja pulang daripada membeli persiapan perkahwinan mereka.Bibirnya terukir senyuman kecil memandang ke arah barang barang yang akan diberikan sebagai hantaran kepada Naufal nanti.
Dalam hatinya dia bersorak kecil kerana tinggal lagi beberapa bulan sahaja lagi sebelum dia sah bergelar sebagai seorang isteri kepada Naufal Iskandar.Dia mengambil iphonenya,nombor telefon Naufal dihuhunginya.
Sudah masuk 6 kali dia menghubungi Naufal tetapi tidak berangkat membuatkan Eisha mengeluh perlahan.
"Mungkin Naufal dah tidur sebab tadi tengok pun macam tak sihat ataupun tengah charge fone.."Eisha bercakap sendirian bagi menyedapkan hatinya sendiri.
"Takpelah nanti dia dah bangun ke nanti dia chat lah tu tanya kenapa call.Tunggu jelah dia chat balik.."
Instagram dilihatnya,Eisha menekan story Instagram yang dihantar oleh Hazim.Aikk ni bukan dekat mall aku dengan Naufal beli barang tadi ke?Kenapa tak nampak pun diorang?
Tidak cukup dengan melihat story Hazim,Eisha melihat story Ezrieq dan Uqael.Sah memang dia tak nampak mereka berempat tapi macam pelik pulak kalau diorang tak nampak aku sebab selalunya diorang akan perasan aku lagi lagi Encik Davian.
"Saya pun pergi mall pagi tadi tapi saya tak perasan pulak tuan tuan ada dekat mall jugak tadi.."Eisha membalas story yang dihantar oleh Hazim.
Tak sampai beberapa saat,Hazim sudah membalas balik message yang dihantar oleh Eisha.
"Haah tahu Eisha ada dekat mall jugak,Ian yang perasan Eisha tadi kitorang memang nak tegur Eisha tadi tapi macam menganggu pulak Eisha nanti..."
"Kalau tuan tegur saya tadi mesti saya dapat belanja tuan tuan makan tadi sebab selama ni saya nak belanja tuan tuan mesti tak dapat.."nak tahu kenapa tak jadi sebab last last dia yang dibelanja bukan membelanja.
"Ian tak bagi kitorang tegur Eisha sebab nampak Eisha dengan tunang Eisha takut nanti tunang Eisha tak selesa.Takpe banyak lagi masa Eisha boleh belanja kitorang..."
"Okay,kalau macamtu nanti kalau tuan tuan nak saya belanja bagi je tahu nanti saya belanja.."
"Okay Eisha..."
Sebaik sahaja habis membalas message bersama Hazim.Iphonenya diletak ketepi kemudian matanya memandang ke arah tv.
Setiap kali dia mendengar atau melihat berkaitan dengan Encik Davian setiap kali itu apa yang diperkatakan oleh Encik Davian kembali berulang di dalam fikiran.
Dia mengaku yang selama ini dia memang perasan dan sedar tentang perasaan Encik Davian kepadanya tetapi dia tidak mengambil benda itu secara serius dan memikirkan yang Encik Davian mungkin secara natural baik kepada semua orang termasuk dirinya.
Tapi bila difikirkan balik macam kasar sangat cara dia menolak perasaan Encik Davian kepadanya tapi bila tak buat macamtu nanti orang kata dia masih beri harapan sedangakan dia memang tak pernah bagi harapan.
Serabutnya fikir..
"Kau chat dengan siapa,Zim?Kau kan single siapa nak chat kau?..."hairan Uqael memandang ke arah Hazim yang seperti sedang berbalas message dengan seseorang.
"Kau cakap orang padahal kau pun sama,kau jealous kan sebernanya..."
"Aku nak jealous dengan kau memang lambert lagi kau tahu..Kalau dibandingkan muka kau dengan muka aku,aku lagi handsome berbanding dengan kau..."makin menyampah Uqael dengan Hazim bila Hazim tidak melayan dia.
"Eiii bagilah tahu aku kau chat dengan siapa..."
"Iya weyh aku pun nak tahu kau chat dengan siapa manalah tahu nanti next wedding kau pulak ke..."Adam yang duduk di sebelah Ezrieq juga ingin tahu.
"Aku tengah chat Eisha.."mendengar sahaja nama Eisha,Davian yang dari tadi hanya memasang telinga turut serta.
"Kenapa kau chat dengan Eisha pulak?..."
"Eisha reply story aku tadi dia cakap yang dia pun ada dekat mall tadi tapi dia tak nampak pun kita tadi..."
"Lepastu dia cakap kenapa tak tegur dia kalau tak dia boleh belanja kita makan.."
"And then kau cakap apa?.."
"Aku cakaplah yang kita taknak ganggu dia..."
"Haa tu jelah..."Hazim memandang ke arah mereka tetapi lebih memandang ke arah Davian.
"Mesti Eisha pergi beli barang kahwin dia kan.."
"Rasanya lah sebab kitorang nampak dia dengan tunang dia.."Ezrieq menyambung apa yang diperkatakan oleh Adam.
"Ian yang nampak Eisha dulu lepastu baru kitorang nampak kitorang nak tegur tapi Ian kata tak payah takut ganggu Eisha.."Hazim menjelaskan lebih detail kepada Adam dan Tengku Rayden.
"Tapi ann masa kitorang nampak Eisha,Eisha seorang seorang auu lepastu masa nak balik baru kitorang nampak tunang dia.Macam pelik pulak dia tak gerak dari rumah ke mall dengan tunang dia.."
"Dia tunggu tunang dia aku rasa nak dekat 2 jam sebab dia still tunggu dekat tempat yang sama masa kita nak pergi makan.."Davian yang dari tadi mendiamkan diri mengeluarkan suara dia.
"Aik macam mana kau nampak Eisha pula masa kita keluar dari wayang?.."makin hairan pulak mereka semua.
"Sebelum masuk restoran aku pandang tingkat bawah lepastu aku nampak dia kat tempat yang sama pastu bila aku nampak tunang dia aku terus masuk dalam restoran..."
"Patutlah aku suruh kau masuk kau cakap tunggu sekejap.."Davian mengangguk mendengar apa yang diperkatan oleh Ezrieq.
"Dahlah takyah fikir pasal Eisha,Amelda dengan Hanan dah tunggu dekat atas untuk movie time.."
"Jom abang kita naik atas.."Adam memeluk lengan Tengku Rayden.Hazim dengan Uqael juga menyibuk memeluk lengan Tengku Rayden.
"Apa yang mengada ngada sangat ni.."
"Kau jealous kan kitorang tak peluk kau kan,meh sini baby ucuk ayang kita..."tak cukup dengan itu mereka menarik Davian memeluk dan mencium Ezrieq.
"Eiiiii jijiks aku dengan korang..."
Enjoy reading sayang sayang!!
YOU ARE READING
Let Me Protect You,My Precious
Romanceperasaan cinta yang sudah berputik lama tidak membuahkan hasil apabila pujaan hati memilih orang lain..terasa perit di jiwa melihat pujaan hati mula ingin membina perkahwinan bersama orang lain disaat dia sedang bertarung melupakan pujaan hati... "A...