Precious 13

20 2 0
                                    

"Lepaskan saya Naufal..."Eisha meronta-ronta apabila Naufal mula mendekatkan dirinya ke arah wajah Eisha.

"I takkan lepaskan you,Eisha.Harini you official jadi milik I..."leher Eisha yang terdedah dipandang sebelum ditekan dengan lebih kuat bahu Eisha supaya dapat memberhentikan Eisha yang sedang meronta-ronta.

"Tolong Naufal jangan apa apa kan saya.Saya merayu..."suara tangisannya mula bergema kerana dia tak sanggup diperlakukan seperti itu.

"I lagi suka dengar you merayu macam ni lagi you merayu lagi I puas..."Naufal mendekatkan bibirnya dengan kawasan leher Eisha.Makin bertambah suka Naufal apabila mendengar suara tangisan Eisha yang bertambah kuat.

Baru dia ingin mencium di bahagian leher itu, satu tendangan yang kuat datang daripada arah tepi membuatkan Naufal terpelanting sedikit jauh daripada Eisha.

















Tidak sempat mematikan enjin keretanya,Davian terus bergegas keluar daripada keretanya apabila melihat Naufal sedang menindih Eisha.Suara tangisan dan meminta tolong daripada Eisha dapat didengari olehnya.Pintu pagar yang sedikit rendah memudahkan Davian untuk memanjat dan terus menuju ke arah Naufal.

Tendangan yang kuat daripada sisi tepi dihadiahkan kepada Naufal sebaik sahaja dia selesai panjat daripada pintu pagar rumah Eisha.

"Kau memang lelaki bangsat!!.."jerit Davian kemudian bergerak ke arah Eisha.

Davian mencangkung di hadapan Eisha kemudian menyentuh perlahan lengannya bagi membantu Eisha untuk bangun.

"Jangan sentuh saya..."tergetar getar suara Eisha berkata dan memeluk dirinya dengan erat.

"Saya tak sentuh awak,saya nak tolong awak sahaja.Kalau awak taknak saya tolong awak macam mana awak nak bangun dengan keadaan awak macam ni..."baju di bahagian bahu Eisha kelihatan sedikit terkoyak dan bajunya dalam keadaan yang sudah kotor dengan debu debu tanah.

"Saya tak akan apa apa kan awak,saya betul betul nak tolong awak.."Eisha memandang Davian dengan air mata yang bertakung.Jujur dia masih takut ketika itu.

Naufal berdecit perlahan apabila pipinya terasa sakit menerima tendangan daripada Davian. Pasu bunga bersaiz sederhana besar yang berada di atas meja batu diambil olehnya.

"Kau takkan boleh bawa dia pergi mana mana dia milik aku..."gumam Naufal perlahan sebelum bangun menuju ke arah Davian dan melemparkan pasu bunga yang dipegangnya ke arah Davian.

"Encik!!.."jerit Eisha membuatkan Davian memandang ke arah belakang.Lengannya melindungi wajahnya daripada pasu terus terkena di bahagian wajahnya.Bunyi pasu bunga berkecai menambahkan amarah Naufal sebelum dia menerkam Davian dengan pantas.

Tumbukan bertubi tubi singgah di wajah Davian sebaik sahaja dia jatuh terbaring di atas lantai.

"Eisha,awak kena bangun dari situ pergi tempat lain!!..."jerit Davian yang masih melakukan defend body shots.

Walaupun masih terasa satu badannya mengigil, Eisha cuba mengengsot bergerak menyandarkan badannya ke arah dinding.Sebaik sahaja melihat Eisha sudah berada dekat dengan dinding, Davian bertindak menyerang Naufal dengan menghentakan kepala dengan bahagian wajah Naufal.Keadaan posisi mereka sudah berubah, kini wajah Naufal yang menjadi mangsa tumbukan Davian.

"Kau memang lelaki bangsat!!.."

"Kau memang tak guna!!..."

"Dia selamanya akan jadi milik aku,bodoh!!.."

"Aku dapat dia dulu bukannya kau,perempuan murah tu selamanya kepunyaaan aku!!.."Eisha menutup telinganya daripada mendengar apa yang diperkatakan oleh Naufal.

Let Me Protect You,My Precious Where stories live. Discover now