"Apa yang jadi dekat rumah Eisha sampai kita kena pergi rumah Eisha malam malam ni?.." Hazim meminta jawapan daripada Tengku Rayden atau Amelda.
"Aku tak tahu apa yang jadi tapi tadi Ian call suruh pergi rumah Eisha dalam masa 30 minit bawak Amel sekali..."
"Tu je ke yang Ian cakap dengan kau?.."Tengku Rayden hanya menjawab penyataan Hazim dengan anggukan kepala sahaja.
"Aku harap takde benda yang serius lah jadi.."
"Bagitahu Rieq dengan Qael kalau dah sampai rumah Eisha jangan buat apa apa.Tunggu kita sampai dulu.."
"Dia..."semua mata memandang ke arah Eisha sebaik sahaja Eisha membuka mulutnya.Mereka menanti perkataan yang bakal keluar daripada mulut Eisha.
"Dia tak buat apa apa dekat saya,dia cuba selamatkan saya daripada kena rompak tadi.." Eisha berusaha menyusun patah perkataannya walaupun bibirnya bergetar dengan kuat. Tangannya digenggam erat bagi menghilangkan rasa gementar di dalam jiwanya.
"Kamu fikir kitorang percaya dengan apa yang kamu kata kan?Sedangkan tiada tanda tanda rumah kamu dipecah masuk?Kamu nak selamatkan lelaki ni sampaikan kamu nak sorok perkara sebenar yang terjadi?Atau mungkin memang betul apa yang kami fikirkan?.."seorang wanita berusia lewat 40 an berkata setelah lama mendiamkan diri.
Mendengar apa yang diperkatan oleh wanita itu, beberapa orang yang berada di kawasan rumah Eisha mula berbisik antara satu sama lain.
"Baik kamu cakap betul betul Eisha apa yang dah terjadi atau dengan kamu sekali kami bawak pergi balai .."seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30 seperti menyokong apa yang diperkatakan oleh wanita itu tadi.
"Betul saya tak tipu dia memang tak buat apa apa dekat saya..."Eisha mula takut apabila jiran jiran di kawasan perumahannya mula tidak percaya dengan apa yang diperkatan oleh Eisha.
"Aku tak percaya dengan apa diorang berdua ni kata entah entah diorang berdua ni memang ada buat benda yang tak elok tapi kita yang sibuk nak tolong ingatkan ada benda buruk yang berlaku. Budak..."belum sempat menghabiskan percakapan,Davian mencengkam leher lelaki yang sedang bercakap tadi dengan kasar.
"Kalau tak tahu nak cakap apa lebih baik diam..." suara Davian kedengaran keluar daripada celah celah gigi.
"Kau buat apa haa?Kau lepaskan suami aku sekarang!!.."bahagian belakang badan Davian dipukul berkali kali membuatkan lebih kuat dia mencengkam leher lelaki itu.
"Saya akan lepaskan dia kalau dia mintak maaf dekat Eisha.Selagi dia cakap dia taknak mintak maaf selagi tu saya tak akan lepaskan.."tidak dipedulikan dengan penduduk kawasan perumahan yang lain.
"Nak minta maaf ke tidak!!!..."suaranya naik seoktah membuatkan semua orang yang ada disitu menjadi gerun.
Ezrieq dan Uqael yang baru sampai di kawasan perumahan Eisha terus turun daripada motor mereka apabila mendengar suara Davian mengamuk sebentar tadi.
Mereka memandang satu antara sama lain sebelum berlari ke arah Davian yang sedang mencengkam leher seorang lelaki.Leher Davian dikunci dan belakang bahagian lutut ditekan oleh Ezrieq.
Penduduk yang lain memandang ke arah mereka berdua dengan pandangan yang hairan serta mula berbisik antara satu sama lain.Uqael masih berusaha melonggarkan cengkaman Davian.
"Ikut cakap aku Ian,aku mintak kau lepaskan orang tu.Biar kitorang yang handle.."bisik Ezrieq perlahan di telinga Davian.Ezrieq memandang ke arah Uqael memberi isyarat mata sebelum dia menekan belakang bahagian siku tangan Davian.
Terbatuk batuk lelaki itu sebaik sahaja Davian melepaskan cengkaman.
"Kau orang ni siapa?Kau orang ni boss budak ni ke?.."Ezrieq ingin membalas tetapi Davian memberhentikan tindakannya.Davian menghela nafas perlahan apabila matanya menangkap kelibat Tengku Rayden.
YOU ARE READING
Let Me Protect You,My Precious
Romanceperasaan cinta yang sudah berputik lama tidak membuahkan hasil apabila pujaan hati memilih orang lain..terasa perit di jiwa melihat pujaan hati mula ingin membina perkahwinan bersama orang lain disaat dia sedang bertarung melupakan pujaan hati... "A...