Precious 4

45 4 1
                                    

"Sayang cari siapa tu?.."Naufal yang datang dari arah belakang bersama dua cawan plastik menegur cik tunangnya.

"Saya tak cari sesiapa pun..saja nak tengok tetamu yang datang.."nafi Eisha sedangkan dia mencari kelibat Davian yang hanya dilihat beberapa saat sahaja tadi.

"Tadi masa saya baru nak masuk balik dalam rumah saya nampak macam kawan boss awak dah balik..."

"Rasanya dia baru je datang tiba tiba dah nak balik..."mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh Naufal,Eisha dah boleh agak siapa yang dimaksudkan.

"Sayang,jom teman saya makan nak tak? Lapar lah dari pagi tak makan.."Eisha mengangguk perlahan,Naufal tersengih apabila ajakannya diterima.

Sedang mereka nak berjalan ke arah meja untuk mengambil makanan,Amelda datang ke arah Eisha.

"Eisha,Amel balik dulu ya sebab Que dah tanya bila nak balik.."

"Okay Amel,terima kasih banyak teman Eisha dengan uruskan majlis Eisha pagi tadi.."
badan Amelda dipeluknya erat.

"Nanti minta Tengku kirim salam dekat encik Davian ya sebab tadi Eisha perasan yang dia balik awal sangat.."Amelda yang mendengar apa yang dibicarakan hanya tersenyum sahaja.

"Abang Ian kecewa Eisha tengok awak dengan orang lain.."setiap perkataan itu hanya disimpan rapi di dalam hatinya.

"Ehh kejap tau Amel sebab Eisha lupa pulak Eisha ada belikan hadiah untuk Que dengan kembar..kejap tau.."Eisha berlari anak masuk ke dalam rumahnya semula,tinggal Naufal dan Amelda sahaja di situ.

"Dah kenal Eisha lama ke?..."tegur Naufal memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.

"Haah dah lama..."balas Amelda singkat malas nak berborak panjang.

"Eisha macam mana dekat tempat kerja?.."

"By the way,nama cik siapa?.."

Amelda sudah membuat muka tidak selesa apabila ada lagi soalan yang ditanya oleh tunang Eisha.Dia tak nampak ke yang aku ni tak selesa nak berborak?

"Sayang tunggu Eisha lagi ke?.."Tengku Rayden memaut lembut bahu isterinya,Amelda sudah menarik nafas lega apabila suaminya datang ke arahnya.

"Haah,Eisha tengah ambik hadiah untuk anak-anak.."

"Maaf Eisha lambat pulak.." 3 paper bag dihulur kepada Amelda.

"Thank you Eisha nanti Amel buat video call okay masa diorang unboxing hadiah.."

"Thank you Tengku sudi datang.."kepalanya ditundukkan sedikit.

Eisha melambai ke arah Ezrieq,Uqael dan Hazim,pandangan mata menghantar mereka pulang.
































Sementara menunggu Naufal mengambil makanan,iphone miliknya dikeluarkan contact Davian dicari olehnya.

"Terima kasih encik sudi datang majlis saya.."
button send terus ditekannya tanpa berpikir panjang.

"Tapi kenapa dia balik awal sangat?ada hal yang penting sangat ke sampai dia tak boleh nak jumpa aku sekejap or dia taknak jumpa aku dah.."Eisha mengeluh perlahan mendengar kata kata hatinya sendiri.

"Sama-sama Eisha ☺️.."makin bertambah kukuh dengan apa yang dirasakan olehnya apabila membaca mesej yang dihantar oleh Davian.

Let Me Protect You,My Precious Where stories live. Discover now