Precious 3

40 6 7
                                    

"Kau betul betul nak pergi ke ni?.."Hazim yang sedang membakar roti di dapur bertanya.

"Iya weyh kalau taknak tak payah lah paksa diri kau.."Uqael meletakkan roti yang telah disapu dengan chocolate peanut butter di atas pinggan Davian.

"Aku dah janji dengan Eisha nak pergi jadinya aku kena pergilah..."

"Amelda dengan Ray dah pergi rumah Eisha dah ke?.."soal Davian bagi mengelak terus perbualan tentang kecewa dirinya.

"Dah baru je gerak tadi..."

"Que dengan kembar pulak?.."

"Hantar pergi rumah Adam lagipun takut diorang tak selesa lama lama nanti..."

"Lepas makan ni terus pergi bersiap karang kejap lagi kita lambat pulak.."

"Kalau kita sampai awal kita boleh balik awal.." pinggan yang telah kosong dibawa ke singki terlebih dahulu.

"Korang dengar tak?.."

"Dengar Tuan Zakwan Ezrieq.."

"Bagus..."Ezrieq mengeluh perlahan apabila melihat Davian yang hanya diam dari tadi.

"Ian..."panggil Hazim.Davian mengangkat keningnya ke arah Hazim.

"Kalau gajah terbang nampak pelikkan.."

"Apa yang kau cuba nak sampaikan ni?.."

"Kau diam Qael aku tak ajak menyembang dengan kau.."

"Selek ahh kau.."

"Shh diam aku nak sambung ni.."

"Kalau harimau terbang pula nampak apa?.."

"Haa jawab Ian cepat nanti teka teki aku expired.."

"Nampak seram?.."tanya Davian,Uqael yang jawab pulak.

"Eiii kan aku cakap Ian yang jawab bukan kau.."

"Cepatlah jawab Ian.."

"Entah aku tak tahu..."Davian membalas dengan riak wajah yang biasa.Ini bukan Davian kami yang sebenar pulangkan Davian kami balik.

Sedihnya.

"Kalau harimau terbang nampaklah gajah terbang lagi..."Hazim menepuk nepuk lengan Uqael sebab terhibur dengan lawaknya sendiri.

"Macam bodoh lawak kau tetapi kelakar jugak.." Uqael menyentuh perutnya yang terasa senak seketika.

"Aku naik dulu lah nak pergi mandi.."Davian membiarkan sahaja Uqael dengan Hazim yang masih ada sisa tawa mereka.

"Aku nak bagi dia gelak balik balik kita juga yang gelak dia tak gelak pun..."

























Davian menarik nafas dalam dalam sebelum dia keluar daripada kereta.Uqael,Hazim dan Ezrieq sudah berada di luar kereta tetapi dia masih di dalam kereta.Tangannya digengam rapat bagi menghilangkan getaran yang kuat di dalam hatinya.

Getaran hatinya terhenti seketika apabila cermin pintunya diketuk oleh Uqael dari luar.

"Kitorang gerak masuk dalam dulu ehh sebab takut Ray pisyang pulak lama lama sebab rindukan kita..."

Let Me Protect You,My Precious Where stories live. Discover now