Previous 7

38 5 2
                                    

Davian berjalan masuk ke dalam rumah dengan pantas bagi mengelak untuk bertembung dengan mereka yang lain.Kalau kantoi dia bergaduh tadi memang masak dia nanti lagi lagi dengan Amelda.

"Lambat kau balik..."berdebar jantung Davian bila suara Tengku Rayden menegurnya dari arah belakang.Ini confirm Tengku Rayden bangun nak buat susu untuk kembar.Aduh kenapa lah waktu waktu macam ni jugak...

"Leo lah borak lama sangat aku dah cakap aku nak balik tapi dia still tak berhenti borak..." badannya tidak dipusing menghadap ke arah Tengku Rayden.

"Aku masuk dalam dulu lah mengantuk lah..." bagilah aku lepas kalini kalau tak memang kena bebel 3 hari 2 malam nanti..

Tengku Rayden memandang hairan Davian yang seperti mengelak dan menyembunyikan sesuatu daripada dirinya.

Masaklah kau Ian...

"Davian Aqasha tunggu..."Davian mengeluh perlahan kalau dah nama penuh dia kena sebut dengan Tengku Rayden memang dia angkat bendera putih jelah.

"Pandang aku Davian Aqasha..."dengan tidak rela Davian memusingkan badannya menghadap ke arah Tengku Rayden.Tapak tangannya menutup separuh mukanya yang sudah bertanda akibat bergaduh tadi.

"Letak tangan kau dekat bawah.."Tengku Rayden memandang tajam ke arah Davian yang sedang meminta simpati ke arahnya.

"Fine..."

"Aku bagi kau 10 saat cerita apa jadi dengan muka kau..."

"Takde apa pun tadi aku tergelincir masa nak selamatkan anak kucing dalam longkang.."tipu Davian padahal dia dah shaking dengan hanya melihat wajah Tengku Rayden.

"Aku tanya Leo sendiri lepastu nanti aku bagitahu Amelda yang kau bergaduh tadi..."

"Ray...."rengek Davian perlahan apabila Tengku Rayden mengeluarkan kuasa vetonya.

"Nope masa 10 saat kau dah habis aku tak perlukan apa apa explanation lagi.."

"Please Ray kalini aku janji aku gam buat lagi..."

"Apa bising bising ni?..."Uqael yang baru sahaja ditendang keluar daripada bilik Ezrieq menegur.

"Ian bergaduh sampai muka lebam tapi dia taknak mengaku.."dengan selamba Tengku Rayden berjalan meninggalkan Davian yang sudah terdiam disitu.

"Apa?!!Ian punya muka lebam?!!.."dengan suara yang separa terkejut separa menjerit Uqael membuatkan Davian menyerah kalah.

"What?Intan payung kesayangan I terluka?.." selepas Ezrieq,Hazim pulak ditendang keluar daripada bilik Ezrieq.

"You bagitahu I siapa yang buat macamtu dekat you?.."

"Rieq tengok tu muka kesayangan kita dah lebam.."terganggu niatnya nak beradu apabila mendengar suara maknyah Hazim.

"Nanti I babap dia balik..."memang esok telinga dia tak selamatlah dengar peluru bebelan Amelda.




































Kepalanya yang terasa sakit dan pandangan matanya  terasa berpinar pinar membuatkan Naufal berdecit seketika.

Luka diwajahnya disentuh perlahan dia cuba mengingati apa yang berlaku semalam tetapi tidak berhasil mungkin akibat pengambilan alkohol yang agak tinggi semalam.

Mungkin dia terjatuh longkang semalam lagipun benda macam ni dah biasa baginya.Ahh lantak lah asalkan semalam aku enjoy dengan buah hati..

"Saya dah sampai office, hati hati pergi kerja..." notifications yang tarpapar di screen iphonenya dipandang.

Let Me Protect You,My Precious Where stories live. Discover now