"Vier" panggil Tuan Arcy. Xaivier yang sedang mengikati tali kasutnya itu memandang ayahnya. Kening dinaikkan sedikit..
"Ya daddy?" Soal Xaivier. Tuan Arcy memegang kedua dua bahu anak ketiganya.
"Pergi sekolah elok elok. Belajar rajin rajin, jaga diri Vier" pesan lelaki itu. Xaivier mengangguk faham.
Hari ini hanya dia seorang saja yang ke sekolah memandangkan Cahaya tidak sihat.
Baru saja dia menapak masuk ke dalam kawasan sekolah, Cikgu Nizam memanggil namanya.
"Dhariz, tolong cikgu bawa barang ni ke pejabat boleh?" Pi ta Cikgu lelaki itu. Xaivier hanya mengangguk setuju. Dia membawa satu kotak yang sederhana besar itu ke pejabat.
KLAK!
Dia menolak pintu pejabat. Kotak tadi diletakkan di atas meja berhadapan dengan kaunter kerani.
Seorang gadis yang duduk di sofa kecil berhadapan dengan meja tadi dipandang. Kening Xaivier berkerut. Budak baru ke dia ni? Tak pernah nampak pun sebelum ni.
"Cantik" gumamnya perlahan.
Dia mengamati wajah gadis itu lama. Kening dan hidung yang terletak cantik, iris mata berwarna hitam pekat dan bibir kecil. Sungguh, gadis itu sudah dapat mengambil hati bekunya.
"Hi?" Sapa si gadis. Tersentak Xaivier.
"Hi" sapa Xaivier dengan nada beku. Dia terus keluar dari pejabat itu dan berlari kembali ke kelasnya.
"Kau dah kenapa Xaivier?" Tanya Adif hairan. Dah kenapa lah si Xaivier ni berlari lari macam baru lepas kena kejar dengan hantu je dia tengok.
Muhammad Adif Khayish, anak ketiga Muhammad Luke Khalish dan Adriana Viera.
"Tak ada apa apa lah. Aku takut cikgu dah datang je" nafi Xaivier.
Dia mengeluarkan buku teks dan buku latihan sejarahnya. Adif mengecilkan matanya ke arah jejaka itu. Mencurigakan.
"Kau jangan pandang Dhariz macam nak makan lah, Ad" sampuk Nashriq, seorang lagi rakan baik mereka.
Mereka bertiga adalah di antara pelajar pelajar yang pandai di sekolah ini. Xaivier dikenali sebagai Dhariz saat di luar, hanya ahli keluarganya saja yang memanggilnya Xaivier.
"Kau dari mana, Nash? Lambat pula datang hari ni" ujar Adif. Maklumlah dia yang selalunya datang paling awal so dia memang dah alert dengan kehadiran kawan kawan dia.
Selalunya selepas dia, Nash lah yang akan datang ke sekolah. Dah rumah belakang ni je.
Xaivier pula yang paling lambat tapi tak ada lah sampai pagar dah tutup. Hanya yang paling pambat di antara mereka bertiga saja.
"Aku pergi jumpa Ayden dengan Qay tadi. Ada budak baru dalam kelas diaorang. Cantik woo" puji Nashriq. Terhenti tangan Xaivier yang sedang menyalin nota dari buku teks sejarahnya.
Budak baru? Perempuan?
Tiba tiba saja wajah gadis di pejabat tadi bermain di fikirannya. Perempuan itu ke budak baru dalam kelas 4sk3?
Tapi tak nampak langsung macam tingkatan 4, pendek macam tingkatan 1 ada lah. Tapi comel.
Eh sempat lagi kau eh Xaivier.
To be continue..

YOU ARE READING
HANYA DIA SEORANG
RomanceASYRAAF DHARIZ XAIVIER & TENGKU KAISARA KHALISHAH Pertemuan pertama mereka di pejabat sekolah sewaktu tingkatan 4 menjadi titik bermulanya hubungan mereka. Xaivier yang dahulunya tidak pernah tersenyum pada perempuan lain selain ibu, adik dan kakak...